Friday, August 16, 2013

Batas Bahagian Satu

Batas-batas pergaulan lelaki dan wanita (zaman bujang).

Topik serius lagi. Dan panjannggggg gila.

Aku masih mengingati satu peristiwa yang berlaku pada suatu masa dahulu. Aku sekeluarga keluar makan malam di satu kedai tomyam. Ketika itu aku berusia dalam lingkungan 10, 11 tahun. Aku nak tambah order, maka aku mengangkat tangan memanggil salah seorang pelayan lelaki di kedai tersebut, "Abang..abang.."

Tak sempat pon abang pelayan tu memandang aku, aku dimarahi oleh ayah, "Haishh..jangan panggil abang. Panggil encik."

Aku berumur 10 tahun, pelayan tu dalam lingkungan 25, 26 tahun. Logik lah aku nak panggil abang tapi tetap ayah aku marah.

Untuk orang biasa mestilah pelik mengapa ia tidak dibenarkan oleh ayah. Tapi disebabkan itu merupakan ayah sendiri yang aku kenal sikit-sikit karektor beliau, maka aku faham sebabnya.

Oh, tak boleh panggil abang pada lelaki-lelaki tua, kena panggil encik.

Ia menjadi titik permulaan bagaimana aku memandang panggilan abang itu begitu istimewa dan aku perlu membataskan diri aku dengan lelaki. Siap ada cita-cita lagi, hanya sorang je yang aku akan panggil abang dalam hidup aku.
Suami.

Gatai umur 10 tahun dah bercita-cita sedemikian.

Dari aku tadika aku memang seorang yang ganas. Aku rasa lah. Tapi sekolah rendah memang kompem dah ganas. Main pedang-pedang dalam kelas. Pengsan bapak aku kalau tengok. Masuk tingkatan 1 pon agak ganas jugak, sampai ada budak lelaki tegur, "Ko ni tomboi eh".

Bila dah sampai tingkatan 5, aku dah kurang ganas dari segi perlakuan. Tapi kata-kata masih ganas. Ada sebab mengapa aku memilih untuk berkata ganas.

Ini cara aku membataskan pergaulan aku dengan lelaki.

Ayah aku mesti tak setuju. Mengapa nak jadi ganas. Ada cara yang lebih mudah. Iaitu...

Jangan berkawan dengan lelaki.

Prinsip ayah, lelaki hanya berkawan dengan lelaki dan perempuan hanya berkawan dengan perempuan.

Prinsip itu bunyinya memang mudah. Tetapi masalahnya, aku bersekolah campuran. Bukan sekolah perempuan sahaja. Kelas aku terdiri daripada 23 pelajar lelaki dan hanya 6 pelajar perempuan. Kalau kerja berkumpulan, campuran lelaki dan perempuan memang tak dapat dielakkan. Cikgu pula suka buat kerja kumpulan masa cuti sekolah. Nak tak nak kena telefon rumah untuk berbincang. Dulu tak ada facebook nak buat perbincangan.

Ayah pulak pantang kalau ada lelaki telefon rumah. Kompem kena soal selidik atau maki hamun jika mood tidak baik. Ini adalah bahaya. Kalau telefon berbunyi kat rumah, aku akan berlari pecut untuk memastikan bukan ayah yang mengangkat telefon tersebut. Dengan adik-adik dah kautim siap-siap. Heh!

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari. Aku tiada di rumah. Aku keluar berjalan-jalan di pasaraya Fajar satu masa dahulu. Sekarang dah tukar kepada The Store.

Kawan lelaki sekelas aku telefon. Kawan aku kena soal siasat dari A sampai Z. Ini siapa? Kenapa nak cakap? Tak boleh berkumpulan dengan lelaki je ke? Bla..bla..bla..

Sesampai je aku di rumah, mak aku bagitau ada kawan lelaki telefon. Hati aku dah berderau. Habislah aku. Mak bagitau lagi ayah dah soal siasat dan marah-marah. Gila kau rasa nak nangis. Malu gila. Itu kawan kelas aku, bukannya kekasih gelap.
Selepas berkali-kali menerangkan kepada ayah sambil menangis, ayah suruh aku telefon balik dan minta maaf. Masa kejadian tu aku tingkatan 2. Sampai aku tingkatan 5, satu sekolah ulang cerita yang sama.

"Aku telefon nisa, pastu bapak dia jawab, tanya aku macam-macam..bla..bla"

"Eh..ko jangan kacau nisa, nanti En. Roslan marah. Haha"

Sabar nisa, sabar.

Tamat persekolahan pon dorang tetap ulang cerita yang sama.

                                                                           **********

Berbalik kepada cara aku membataskan pergaulan, aku akan membahasakan diri 'aku' dengan semua lelaki. Cakap pon ganas je. Lagi-lagi kalau aku tengok lelaki tu lain macam je, lagi kuat ganas nya aku. Macam lah orang nak ngorat ko nisa.

Antara orang yang terkena tempias ganas aku adalah suami sendiri. Masa zaman kemengoratan dulu lah. Sekarang aku haruslah lembik macam dadih. Drama air mata adalah wajib. Heh!

Masa zaman belajar di universiti, aku memang ganas dalam berkata-kata. Mungkin itu lah sebabnya tak ramai pompuan nak berkawan dengan aku. Dorang nampak aku ganas bercakap kat kelas kot. Padahal aku bercakap dengan pompuan lembut tau. Kadang-kadang je saya serius. Itu pon ketika kalau ada yang sengaja menjolok sarang tebuan.

Tetapi itu ketika  zaman tidak matang. Sekarang bila berkawan dengan Kak Eton, perangai dah sedikit matang. Kalau sakit hati, nangis je. Tak payah serang orang. Jiwa kaca sekarang. Hehe

Apabila aku berkawan dengan lelaki, aku akan lebih selamber. Khas untuk kawan yang rapat sahaja. Kalau dengan lelaki yang hanya kenalan, aku tiba-tiba jadi pendiam. Manakala apabila berkawan dengan pompuan, aku akan lebih lembut. Mana boleh bercakap ganas dengan pompuan, lari semua orang nanti. Dah lah kawan perempuan pon sikit je. Dengan pompuan yang tak rapat pula, aku memang tak banyak cakap.

Masa zaman belajar dulu, ada lah sorang dua kawan lelaki yang aku rasa aku boleh cakap lepas je. Kamceng la jugak. Aku lah rasa kamceng, dorang aku tak tahu. Aku ni cakap banyak, gelak besar plak. Terbalik dengan teman hidup aku sorang tu. Beliau tak kepoci macam aku dan lebih lembut dalam berkata-kata.

Aku dan beliau teman sekelas dan juga teman sepalapes. Hidup masa palapes lebih menjadi diri sendiri. Selekeh, busuk, serabai, masuk hutan, keluar hutan, bangun tidur muka selenga, tak mandi seminggu, kena marah, kena denda, macam-macam lagi. Tak sempat nak kontrol cun. Maka, kami lebih akrab masa aktiviti palapes. Semua ahli palapes batch kami memang kamceng habis. Selalu jugak buat aktiviti percutian.


Berbeza ketika di kelas. Aku dan beliau tak rapat pon. Langsung tak rapat. Main- main mata je. Muahaha.

Dan aku di kelas adalah berbeza dengan aku masa palapes. Ntah lah kenapa.

                                                                           **********

Berbalik kepada tajuk entri; batas.

Disebabkan ahli palapes seperti keluarga yang akrab, dengan semua orang pon kita boleh je duduk berdua bersembang, bergelak ketawa, bergosip-gosip, dan sebagainya tanpa mempedulikan kalau ada orang cemburu. Nampak sangat ada. Hehe

Itu masa belajar. Sekarang selepas ramai dah berkahwin, bagaimana kita sepatutnya bergaul? Adakah boleh duduk berdua bergelak ketawa tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang?

Okey, itu adalah untuk entri akan datang. Panjang berjela dah ni.

p/s: Dalam palapes, ada 3 orang lelaki yang lebih tua banyak dari aku. Aku tak panggil dorang 'abang', tetapi aku panggil dorang 'abang A', 'abang B' dan 'abang C'. A, B dan C mewakili nama mereka. Disebabkan mereka seperti keluarga, terasa sangat tidak elok memanggil nama je sebab mereka tua banyak daripada aku. Aku dah anggap mereka seperti big brother.

Kenapa aku nak terangkan? Sebab apabila aku bagitau aku simpan panggilan abang khas untuk suami, ada orang pertikaikan tentang panggilan aku pada A, B dan C.

'abang A', 'abang B' dan 'abang C' kalau dalam bahasa inggeris ialah 'bro A', 'bro B' and 'bro C'.

Abang untuk suami kalau dalam bahasa inggeris ialah 'sweetheart', 'love', 'darling'.

Gitu lah.

Friday, July 12, 2013

Papago GPS tablet vs Waze dalam android

Teman sebilik aku ada kerja kat kolumpo. Aku pon sibuk nak ikut. Ada kerja kat jalan semarak. Dekat dengan UTM Jln Semarak. Beliau tidur sekali kat sana.

Perancangannya aku akan 'menghantar' beliau ke sana dan aku bawa kereta pergi tumpang tidur kat shah alam. Walaupon jalan cerita dia macam kompleks sgt, kita abaikan je. Nak cerita ialah macam mana aku nak mengharungi jalan raya dari jalan semarak ke shah alam yang satu pon aku tak tahu kat mana dengan menggunakan alat bantuan arah. Aiceh. (Alat bantuan arah? Ikut suka kau je kan)

Apalah gunanya hidup di zaman android ini kalau tak nak guna kemudahannya bukan? Maka kita bukak lah Papago GPS tablet (aku tak tahu nama sebenar alat itu tapi GPS yang beli kat kedai tu. Bukan install kat smartphone) yang memang telah tersiap sedia kat dalam kereta teman sebilik saya ini.

GPS tablet kat dalam kereta ni ada mood dia yang  tersendiri. Kadang-kadang lajunya dia loading. Kadang-kadang dah nak sampai pon tak habis loading lagi. Siap dah 99% dah, dia boleh patah balik 1%. Sabo jela. Nak dijadikan cerita, masa aku guna aku dapat kadang-kadang yang kedua itu. Sabo jela kan? Bulan puasa harus banyak bersabar. Walaupon ada adegan yang makin menipiskan kesabaran aku. Masa aku nampak dia dh 99%, aku pon keluar dari tempat letak kereta dan nak keluar simpang. Dengan bersusun kereta kat belakang aku ni, GPS tablet tu boleh loading dari 1% balik. Apa?? Kelam kabut jangan cakaplah. Aku ni jalan KL-Selangor ni memang macam pergi planet lain je. Tak tahu langsung.

Nak ke kanan ke kiri?

Kanan pergi mana? Kiri pergi mana? Arghh.

Kanan ke kiri???

Hoi GPS kanan ke kiri????

Dia masih loading dengan gerak perlahan. Stress sungguh.

Tak ada jalan lain, aku kena ikut gerak hati jela. Kalau pasal arah jalan, gerak hati aku la paling mengecewakan. Memang tak pernah nak betul. Tapi redah jela.

Aku amik kiri.

Lepas dah berpusing-pusing tah berapa kali dan GPS tablet itu masih lagi tak habis loading, baru teringat dalam tab ada waze. Yeay.

Buka waze dan cari destinasi. Ok, dah sedia. Oh boleh pilih jalan mana nak guna. Hmm..ada tiga jalan. Dua jalan ada tol, satu jalan tak ada tol. Kita kedekut, jom yang tak ada tol.

Jalan punya jalan dengan salah simpangnya, dengan tak tahu nak letak tab kat mana nya, dari jalan kecik ke jalan besar, dari sebok ke lengang. Tiba-tiba dah ada kat sebelah klcc, tiba-tiba ada kat petaling street. Huh? Aku kat mana nih?

Dengan susah payah penat jerih, akhirnya aku sampai jugak ke shah alam. Tapi kena tol jugak RM1.10. Tol mana pon aku tak tahu.

Inilah hasil tangkapan hari ini ketika lampu isyarat merah.





 




Terima kasih kepada waze kerana dapatlah aku bersiar-siar di tengah-tengah hutan batu. Kedekut lah lagi.

Ni saja tambahan pengalaman ye. Walaupon GPS tablet tu lambat bebonar nak loading tapi arahan jalan beliau lagi mudah untuk pemandu kereta keseorangan seperti saya. Tak payah tengok map dia pon, hanya dengar suara insyaallah boleh sampai tanpa salah masuk simpang. Hah.. dah macam bunyi moto perniagaan pulak. Tapi logiklah dia hebat sebab Papago tu memang untuk diniagakan pon. Kalau seorang-seorang sila lah menggunakan GPS tablet sahaja. Lagipon tak payah pakai internet. Cucuk je kat charger kereta jika kehabisan bateri.

Waze best sebab keadaan dia keadaan semasa. Kalau jam ke, kereta rosak ke, jalan tutup ke, memang ramai akan beritahu waze dan maksudnya beritahu kita lah sekali. Dia lebih kurang macam laman sosial (cth facebook) tapi khusus untuk kegunaan gps. Tapi aku anggap dia macam main game. Dia ada level dan juga point. Kalau cukup point boleh naik level. Cara nak dapat point kena rajin hantar report kalau ada apa-apa jadi kat jalan yang kita lalu tu. Kalau aku tak drive, mata aku meliar je nak kutip point. Asiklah kelam kabut nak merepot. Ngeh..ngeh..ngeh. Tapi waze ni suka suki hati dia je nak zoom in atau zoom out map tu. Terkial-kial la jugak nak agak simpang mana yang dia maksudkan. Sebab itu aku asiklah salah masuk simpang. Tambahan, dia kena ada talian internet walaupon masa nak install tu percuma. Kalau berteman boleh lah pakai waze. Co-pilot boleh lah tolong tenggokkan waze punya arahan jalan sambil menambah point (point itu penting sebab ia nampak best). Kalau ko seorang-seorang, jadilah menggagau macam aku tadi. Tapi kalau terer, boleh je guna. Aku tak berapa terer. Huhu

Selamat mencuba kalian. (Tiba-tiba)

p/s: teman sebilik a.k.a. teman sehidup semati a.k.a. suami tercinta..Aiceh..poyo sekali sekala dimaafkan. Heh.

Friday, June 14, 2013

Tabung haji


Tengok bangunan ni rasa macam ia sebuah tabung yang sangat besar. Bukan bangunan. Perasaan menabung tu macam membara-bara.

Dulu masa kanak-kanak ribena, ada 3,4 biji tabung ni kat rumah. Ada warna hitam, hijau dan merah. Sebijik sebentuk macam bangunan tabung haji ni. Aku rasa kalau kecik-kecik aku ternampak bangunan ni, harus jadi super super super ghairah. Opps, teruja. Dulu masa belajar ijazah, tak tahu lah apa yang aku teruja lebih sangat, aku masuk dewan kuliah dalam keadaan separuh berlari kat celah-celah kerusi yang sempit tu. Lepas aku duduk dengan menghenyak kerusi, ada seorang pelajar lelaki cina tengok aku dengan gaya tak puas hati gila. Mestilah dia tak puas, kerusi dia sebelah kerusi yang aku henyak tu. Kerusi dia mesti bergoyang sama. Kerusi kat dewan kuliah kan bercantum berbaris-baris. Kemungkinan besar dia bengang. Lepas dia tengok aku tergelak-gelak, terus dia tegur, "Kenapa ghairah sangat?"

Aku macam terpana pon ada. Ghairah? Bila plak lah aku buat aksi ghairah. Lepas 2,3 saat buat muka pelik, baru aku terfikir apa dia nak maksudkan. Excited. Encik, excited tu teruja ye. Kejadian ni masa first year, sampai final year kalau terserempak dia kat mana-mana, aku mesti cakap, "Ha..tu budak ghairah". Kalau aku tak perasan kehadiran budak tu, nanti member aku yang tegur, "Nisa, tu budak ghairah". Kesimpulannya nanti kalau terdengar sesiapa mengaku beliau ghairah dengan muka tak bersalah, mungkin maksudnya teruja. Tapi kalau dia mengaku ghairah dengan muka ghairah, haruslah jauhkan diri dengan secepat mungkin.

Oh, berbalik kepada bangunan tabung haji. Rindu betol aku nak menabung. Aku tak ingatlah banyak mana aku menabung dengan tabung tu, tapi bila aku tengok je tabung tu jiwa nak menabung tu membuak-buak. Dewasa ini (terasa sastera sungguh), banyak dah tabung aku beli tapi rasa dia tak sama dengan tabung haji ni. Kalau aku pergi rumah sebaya aku, mesti ada tabung ni. Budak-budak sekarang macam tak ada dah je tabung ni. Sian kome. Tabung aku pon dah tak ada. Kena buang kot. Dua kali sian kat aku. Pernah ada tapi tak menghargai.

p/s: aku tengok gambar ni banyak kali pon masih tak boleh anggap ni bangunan. Macam tengok replika tabung besar gila. BESAR GILA.

Saturday, June 1, 2013

Cakap siang pandang-pandang

Indahnya peribahasa. Tajuk pon orang dah tahu isi cerita. Maka terus kepada isi nya. Sungguh malas nampaknya nisa.

Hari itu aku ke universiti aku yang di utara tu, ada viva. Oh lupa. Aku dah lama tak henggat meninggalkan asrama. Alhamdulillah Allah izinkan aku dapat juga menghabiskan belajar yang sannggaattt lama itu. Seronok belajar lama-lama ye puan? Sengih dan angguk laju-laju.

Semenjak dua menjak ni kalau aku pergi ke U dari rumah untuk berbincang dengan penyelia. Aiceh..berbincanglah sangat. Mesti kena bawa pegawai pengiring. Untuk viva kali ni, aku bawa pegawai pengiring yang paling kecik. Sebab pegawai pengiring yang dewasa dh masuk belajar balik. Maka, bawa yang kecil saja.

Sebelum viva yang sebenar, aku ada viva olok-olok atau mock viva sebagai latihan sementelah aku ni orang melayu asli. Hanya terer berbahasa melayu. Viva haruslah bahasa inggeris sebab tesis pon dalam bahasa inggeris. Nasib baik tesis aku tak dalam bahasa cina ke, urdu ke. Kalau bahasa korea bolehlah sikit-sikit. Saranghae..

Nasib baik.

Maka, penyelia aku telah meng'sms' bertanyakan berkenaan mock viva ini tepat pukul 11pagi ketika aku baru keluar dari lebuh raya menuju ke U.

Sms beliau lebih kurang berbunyi begini, "Nisa, awak dah sedia untuk mock viva?"

Sambil aku membebel-bebel sebab aku lapar, aku pon balas, "Saya baru keluar lebuhraya Dr."

Sambil dalam hati berdoa agar Dr memahami maksud tersirat aku iaitu supaya mock viva diadakan sebelah petang sebab aku sangatlah lapar dan mau makan.

Dan..penyelia pon membalas, "Mock viva pada pukul 2 petang di lab dot dot. Ok?"

Doakan aku termakbul. Terima kasih Allah.

Eh..jap.

Aku baca balik sms beliau.

"...di lab dot dot. Ok?"

Apa?? Di lab? Serasa mahu pitam.

Mengapa Dr? Mengapa lab yang menjadi pilihan?

Aku bayangkan bilik mensyuarat ke, bilik mana-mana ke. Yang aku mahu BILIK. Definasi bilik; kecil dan private. Tapi Dr bagi lab atau makmal. Definasi makmal; besar dan kawasan umum. Maksudnya sesiapa sahaja boleh tonton mock viva itu. Arghh.Tidak!

Aku kembali membebel. Ya, saya kuat membebel. Antaranya bebelan adalah seperti berikut.

..Dr ni apa la..ramai orang la.
..Aish..saja je la.
..Dah la tak sedia lagi ni.
..Bla..bla..bla..

Sambil memecut sepantas 100km/j menuju ke tempat makan bersebelahan dengan universiti tercinta ku ini, aku masih lagi membebel. Dan tak balas lagi sms tersebut.
Bebelan aku masih tidak berakhir walaupon aku dah duduk di meja makan untuk menjamu perut bulat ini. Aku rasa adik aku merangkap pegawai pengiring mesti menanah telinga beliau dengar aku bebel. Tapi beliau dah biasa sebab dah bertahun-tahun beliau terpaksa berdepan dengan bebelan aku. Beliau redha.

Disebabkan lapar sangat aku pon balas sms penyelia dengan jawapan, "Ok Dr." Setelah berbakul-bakul beliau aku bebelkan.

Allah itu maha besar, nisa.

Ko bebel cikgu eh?

Inilah padahnya.





Ya.

Baju biru itu cikgu saya merangkap penyelia yang menghantar sms di awal cerita ini.

Dan saya berbaju kurung kelabu terketar-ketar ketakutan. Adik saya kata masa saya membebel, beliau sudah berada di belakang saya. (bila pulak lah belakang aku ada orang.adoii~~)

Kan dah tukar jadi saya.

Padan muka. 

Saturday, May 4, 2013

Azam 2013 (Bersabarlah membacanya)

Yes...!


Yes........!


Berjaya juga membuka blog sendiri yang berkuruuuuuuuuuuun lamanya tidak dibuka.


Perasaannya?

1. Wah..aku dah tua.

2. Wah..aku dah matang. Walaupon macam tak ada kena mengena.

3. Wah..apa azam tahun baru ye? Entri pertama tahun 2013 la katakan. Entri pertama kenalah cerita azam baru kan? (sambil tengah pikir azam tahun 2013..mmm..apa agaknya ye.)

4. Mmm..masih sedang mereka azam 2013.

5. Rujuk perasaan yang keempat..mmm..

6.

7.

8.

9. YES! Dapat dah. Azam tahun baru saya adalah untuk berjaya dalam hidup. Best kan?


Sekian dari saya yang sudah hilang ditelan zaman sehinggakan membuat entri guna point sahaja sebanyak 69 patah perkataan.


Panjang sekiannya. Nak cukupkan 100 patah perkataan lah katakan. Entri pertama selepas setahun dengan 100 patah perkataan. Bagus Nisa, bagus. Bagus sangat!






Wednesday, June 13, 2012

Burmese Pool; Aku dulu dan sekarang.

Beberapa tahun yang lepas, aku dan kak eton selalu pergi bermandi manda di Burmese Pool iaitu sebatang sungai yang terdapat di Taiping. Sungai itu sangat best. Batu nya besar-besar belaka. Airnya tidak sederas air di Sungai Sedim, Kedah dan tidak sestatik air di Sungai Chepor, Ipoh. Sungai Chepor tu dah lah air statik tak bergerak, paras airnya tinggi sikit je dari buku lali aku. Famili pengunjung lain dah macam famili kalian juga kerana jarak kalian dengan mereka hanyalah sekaki jauhnya di depan, belakang, kanan dan kiri kalian. Boleh bayang tak kepadatan itu? Salin baju pon dalam kereta. Sungguh sedih. Itu kenangan aku banyaaakk tahun yang lalu. Semoga sekarang air sungai itu tidak lagi statik.

Oh berbalik kepada Burmese Pool. Kami (merujuk kepada aku dan kak eton) selalu bermandi di satu port yang mana anda boleh baring sambil badan anda di bawa arus deras sungai itu. Dah macam main gelongsor dalam air. Best gila. Kami bermula dengan berbaring di antara celah-celah batu yang sangat besar. Air yang terhasil di celahan itu sangat laju sehingga dapat menolak diri ku yang tak berapa nak ringan ini sejauh beberapa meter hingga ke tebing. Dan kami akan memanjat tebing dan balik ke celah batu besar itu kembali.

Kali kedua kami ke Burmese Pool, kami ingin ingin pergi bermain gelongsor air itu lagi. Tetapi ramai para askar bermain di port kami itu. Maka kami bermain atas sikit dari mereka.

Tiba-tiba.

Suasana menjadi kecoh.

Beberapa askar itu menghampiri batu besar tempat gelongsor kami itu. Mengapa?

Dan...

Seekor ular sawa berada di dalam pelukan lima orang askar itu. Panjang.

Ya..!

ULAR SAWA puan-puan. Yang sedang tidur kekenyangan seperti Puteh tidur tak sedar diri.

Gigil lutut aku. Batu besar tempat aku bermain dengan riang ria itu ada ular? ULAR??

Terus. Terus aku keluar dari sungai itu dan bergerak pulang walaupon baru lutut aku yang sempat mandi.

***

Kami pergi lagi ke Burmese Pool untuk kali ketiga.

Dan kami masih bermain di gelongsor-air-batu-besar-tempat-Cik-U-itu-ditangkap.

Mengapa nisa? Mengapa????

Ko ingat Cik U tu tak ada anak beranak lain ke?

***

Aku ingin bercerita perjalanan kami ke Burmese Pool itu buat kali pertama. Kami singgah membeli nasi ayam, roti, pisang goreng dan air mineral di pertengah jalan. Bekalan makanan haruslah banyak. Baru berkelah namanya. Oh ya, kami hanya pergi berdua sahaja.

Sedang kami syok bermain gelongsor di tempat Cik U belom ditangkap, tiba-tiba datang sekumpulan monyet/beruk/kera hendak mencuri roti. Aku panik. Juga takut. Kerana aku memang mempunyai kenangan yang sangat buruk dengan makhluk Allah itu pada suatu masa dahulu. Nasib baik nasi ayam dah selamat di dalam perut aku. Alamak! Kunci kereta dan baju bersih berada di situ juga. Aku perlu mengambil tindakan. Segera.

Sedang aku memerah otak, kak eton tiba-tiba berteriak "Shoohh..shoohhh..shoohhh".  Aku ketawa.

Mana ada orang shoohh pada monyet/beruk/kera. Shoohh tu untuk kucing la kak eton, kata aku.

Kak eton yang terasa nak sekeh aku lantas bertanya, "Habis tu nak buat bunyi apa?"

Aku terdiam. Sampai sekarang aku masih tak tahu jawapan kepada soalan beliau.

Itu cerita dulu.

Ini cerita sekarang.

Pagi tadi datang seekor kera hendak mencuri pisang di luar rumah aku.
Aku tengok kera itu, ia juga tengok aku. Kami saling berpandang pandangan. Dia takut aku. Aku takut dia. Kami sama.

Sekilas, soalan kak eton muncul kembali di fikiran aku. Fikir jawapannya nisa, fikir. Kera ni tengah tengok ko sebab nak curi pisang lagi. Fikir..!

Masih tiada jawapan. 

Aku bermonolog. Patutkah aku jerit shoohh? Patutkah?? Dengan gaya mulut sudah muncung ke hadapan.

Tak boleh. Tak boleh. Beria ia aku cakap kat kak eton shoohh tu untuk halau kucing, bukan kera.

Sedang aku bermonolog, kera itu masih merenung aku. Dan dia semakin menghampiri pisang di tiang rumah. Aku gelisah. 

Akhirnya...


AaaaAAaaaAAAA (huruf besar untuk nada tinggi, huruf kecil untuk nada rendah). Sila cuba sendiri.

Ambik kau, kera tu pon pelik tengok aku. Dia lari sikit je dan berpusing merenung aku kembali. Dan bukan hanya kera tu yang pelik dengan jeritan aku, kakak cina sebelah rumah pon merenung aku dengan pelik sambil memegang lastik.

Sungguh aku tak perasan beliau di situ.

Kan dah malu. Kenapa aku tak jerit shoohh je tadi. Aish..!

Tuesday, April 24, 2012

Selamat hari lahir abg ashka..

Hari ini 24 haribulan April.

Hari ini antara hari yang terpenting untuk saya.

Kerana hari ini merupakan hari lahir lelaki yang sangat saya cintai. (Mak aii...geleman tak?)

Selamat hari lahir suami saya.



***


24 April merupakan antara satu dari dua sebab mengapa aku memilih menikah pada 24 Disember yang lepas. Sebab kedua adalah kerana aku lahir pada 24 September.

Aku dah kata kami kan suwweet.

Ngeh!


Aku tak bersedia berkongsi ciri-ciri best abg ashka. Satu je boleh kongsi, abg ashka tak banyak mulut macam aku yang suka kepoh-kepoh pasal isu-isu hati dan perasaan ni. Maka, aku anggap aku pon perlu begitu juga. 

Pamerkan kebahagian terlampau di internet bukanlah sesuatu yang bijak (bagi aku). Tak kira lah, di facebook kah, di blog kah. Kalau mahu jadi kan diari peribadi, sila tulis di buku diari seperti aku.

Aku ada diari cintan?? Opss.

Thursday, April 12, 2012

Gempa lagi.

Srius kali ini sangat kuat rasa nya berbanding dulu. (Entri Gempa Bumi)

Aku buat kerja programming di meja makan 8 kerusi. Meja makan yang jarang-jarang digunakan. Ia hanya digunakan apabila dua perkara berlaku. Satu apabila tetamu datang dan hendak menyorokkan meja makan dapur yang tak berapa nak cun. Kedua apabila Nani sebok memenuhi meja dapur dengan peralatan masak kek beliau.

Bukan fungsi meja itu yang aku hendak kepohkan. Tetapi saiz kaki meja itu. Saiz sebatang kaki meja adalah 10.5cmx10.5cm (lebih kurang) sebab aku baru je lepas ukur pakai pembaris. Gigih.

Meja itu diperbuat dari kayu nyatoh solid. Berat gila. Hari itu nak gerakkan 2inci je pon mengah. Itu pon kena empat orang di setiap kaki. Ko tolak sorang memang kompem tak gerak.

Masa aku tengah bergayut di telefon sambil membelek-belek laptop, tiba-tiba...

Meja yang gagah itu bergoyang sekuat-kuatnya. Aku terkejut kucing. (kucing comel dari beruk)

Srius goyang kuat. Macam dalam movie pulak rasa nya.

Disebabkan dah berpengalaman mengalami perasaan itu, dengan yakin dan tanpa ragu-ragu menjerit kepada mak yang berada di luar rumah.

"Mak...! Gempa bumi"

Sambil berlari masuk bawah meja. Dan sambil menyuruh mak aku masuk meja juga. Tetapi mak ayah aku tak nak dan mereka mengambil keputusan berada di luar rumah. Mungkin buruk rupanya duduk bawah meja. Tetapi Putih juga lah yang menyokong tuan best nya ini. Dia melenggang-lenggang dari luar masuk rumah dan terus join aku bawah meja. Mana la tak sayang putih sangat. Hehe.

Aku selalu tengok cerita jepun, budak-budak di sekolah akan masuk meja kalau ada gempa. Aku pon tiru lah. Tapi baru aku teringat yang diorang akan keluar kelas apabila gempa berhenti. Tapi aku kan suka reka teknik sendiri. Habis gempa terus sambung sambung buat kerja.

Bajet rajin. Heh!

*Gempa telah berlaku di Acheh 8.9 skala Richter pada 11 April 2012 lebih kurang 4.21pm.

Tuesday, April 3, 2012

24 Disember 2011..aku terima nikahnya..



Nampak tak inai itu? Sampai sekarang tengok je inai, perasaannya ialah wah..nisa dh kahwin. Kalau inai dah habis nanti cane. Aduh! Cane nanti kalau orang tanya dah kahwin ke belum, terus geleng selaju-lajunya. Risaunya saya. Kena berlatih angguk sekarang juga.

Masa doa ni pon, tengah kelebet-kelebet inai tengok mana yang tak berapa sempurna. Adoi~


Ini suami saya tengah baca lafaz taklik.

Pada 24hb Disember 2011, majlis akad nikah berlangsung selepas asar lebih kurang pukul 5.15 petang bertempat di Masjid Venice, Lumut. Kami dinikahkan oleh Pak Mat, iya ayah saya sendiri. Saya amat berterima kasih kerana ayah sudi menikahkan anakanda sulung beliau yang best ini.

24 haribulan dipilih kerana hari lahir kami suami isteri jatuh pada 24 haribulan. Kami kan suwweet. Ngeh..ngeh..ngeh. (Gelak sumbing)

Wednesday, March 28, 2012

Youtube

Pirst time..

Pirst time..!!

Pirst time...!!!!

Teruja gila sampai huruf F terus bertukar menjadi huruf P.

Pirst time menggunakan youtube untuk sesuatu yang ilmiah. 100%. Sumpah.

Maka, sejarah ini harus diwartakan. Mengapa over sangat ya? Kerana ia diibaratkan seperti aku membaca buku teks sejarah tanpa dipaksa selama 20minit. Gila tuh. Pencapaian mengagumkan. Tapi itu tak diwartakan lagi. Sebab ia tak pernah terjadi. Setiap kali minit ke-19, mungkin sudah dibuai mimpi indah dan tak indah.

Oh, tak paham ke?

Ok ok. Cari ibarat yang lain. mmm..

Ibarat...ibarat aku...mmm

Ha..aku dapat dah.

Ibarat orang mengantuk disorong bantal, tapi dia tak nak. Dia nak tidur duduk jugak. Berkali-kali orang sorong pon dia tak nak. Degil orang ni. Ha..camtu la lebih kurang. Maksudnya perkara ni tak mungkin terjadi tapi tiba-tiba mungkin terjadi.

Pening-pening.

Berbalik kepada youtube tadi. Aku selalu teruja apabila ada internet. Selalunya internet percuma. Seperti kejadian di hospital di Ipoh. Tetapi kebenarannya aku tak tahu apa bendalah aku nak search kat internet nih. Almaklumlah, aku kan anti facebook. Walaupon kadang-kadang skodeng suami sendiri guna facebook adik sendiri. Aku kan tak ada facebook. (Mak aii..dah pakai perkataan suami sekarang. Aww). Adik-adik..skodeng suami sendiri tak apa k. Sebab jiwa skodeng ni susah nak dihilangkan. Maka untuk menghilangkan gian, sila skodeng suami sendiri di facebook.

Oh..berbalik kepada youtube tadi. Apabila hampir 10minit memerah otak dan masih blur nak cari apa di internet, maka youtube sahaja yang paling relevan. Sebab itu je aku reti. Dan best jugak. Memang tengok yang lagho SAHAJA. Antaranya Teacher Shida dan budak perempuan gaduh. Gila best yang budak pompuan gaduh tu. Lagi-lagi gaduh berebut lelaki. Ganas tapi kesian. Bukan kesian sebab kena pukul tapi kesian sebab ia memalukan diri sendiri sesungguh-sungguhnya. Nanti dah dewasa-dewasa, mesti kumpul duit nak pergi jumpa doktor. Minta buat pembedahan hilangkan ingatan. Sebab kejadian sengal itu akan berulang-ulang dalam otak tak kira tengah makan hatta apa-apa keadaan la. 24 jam. Kesian kan?

Tetapi hari ini sungguh berlainan. (Kagum dengan diri sendiri sambil mata berkaca-kaca. Kadang-kadang tak apa poyo.Chait!)

Buka lamang sesawang. (Kak Eton, laman sesawang ke nama dia?)

Buka youtube.

Aku taip di kotak carian youtube
 subsonic circular cylinder simulation
Ilmiah sungguh diri ini.

Untuk pertama kali nya.

Tahniah Nisa.

...kerana mengambil lebih 30minit hanya untuk mengarang ayat sehingga menyebabkan kerja yang betul-betul ilmiah terus terbantut.

Maka markah penuh untuk ilmiah anda telah berkurang kepada 35%.

Friday, March 16, 2012

Sang Putih.




Ini  Putih
(walaupon putih jantan, tulisan pink kerana kadang-kadang putih seperti betina)



Putih baru keluar 5 minit lepas, tetapi dah rasa nak panggil putih balik. Rindu kat putih yang gemuk itu.

Mengapa?

Sedangkan putih itu banyak ciri-ciri yang bikin panas hati antaranya....


1. Suka bajet otai serta merasakan semua kerusi dan sofa adalah milik beliau.


'Kawasan' baru yang dirasakan hak mutlak beliau seekor. Padahal itu kerusi ayah semasa melepak menonton televisyen. Ada satu hari, putih melepak dikerusi tersebut, ayah pon berkata, "This is my place". Lalu ayah pon duduk di bucu kerusi yang ditinggalkan sedikit oleh putih. Ayah pon berkongsi kerusi dengan putih, ayah 40%, putih 60%. Selang beberapa minit, ayah bangun ingin ke dapur. Putih dengan pantas dan laju nya memenuhi bucu tadi dengan badan beliau yang sangat besar itu. Sangat rasa diri itu best. 

Episod kedua berkenaan kerusi itu. Ada satu hari lagi, aku melepak di kerusi itu sambil menonton televisyen juga. Ya, aktiviti ayah harus dicontohi walaupon ayah menonton berita dan aku menonton melodi. Menonton juga kan? Oh ya, berbalik kepada putih. Putih berlari-lari kencang dari luar dan tiba di kaki aku. Ingatkan tiba-tiba putih menjadi seekor yang manja tanpa sebab.(Putih HANYA akan menjadi manja apabila ada sebab tertentu. Di lain entri ya). Aku saja buat degil tak nak bangun. Dia melangut sambil buat muka minta simpati. Ya, aku mengalah. Seperti jangkaanku, ia melompat naik dan terus berbaring selang sedetik aku bangun. Gedik kan?




2. Muka putih itu kerek gila.


Telinga harus capang ketika kerek. Selalunya jika tidurnya diganggu oleh ahli rumah. Tetapi putih agak sabar. Ia hanya menggaru sofa ketika geram. Sangat penyabar ahli rumah ini walaupon sofa sudah berbulu-bulu sekasar bulu putih juga.


3. Putih itu malas.

Nak menahan kepala pon tak pakai tangan sendiri, pakai besi, kaki kerusi, kepala orang dan banyak lagi. Suka bermain bola yang digumpal dari kertas, apabila bola dibaling, akan berlari bersungguh-sungguh mengejar bola tersebut. Selepas itu baring sebelah bola. Penat ye teh. Tu la, gemuk sangat. Saya mahu putih yang kurus dulu, apabila bola dibaling, beliau akan megonggong bola itu kembali kepada si pembaling. Rindu btol.


4. Putih suka keluar rumah dan hanya kembali ketika lapar. 

Tak pelik jika kucing jantan suka merayap. Tapi putih separuh jantan. Putih sudah di 'nyah' kan. Sian putih. Siapa suruh anda setiap kali pulang ke rumah, badan berdarah-darah bergaduh. Memang terus ke klinik dan tiada lagi kejantanan la jawapannya.  Harapan kami selepas me'kasi'kan anda adalah anda hanya akan termenung seperti gambar di atas. Ternyata itu hanya angan-angan pelsu. Chaiss..


Berbalik kepada soalan mengapa putih selalu dirindui ketika beliau tiada di rumah walaupon banyak ciri-ciri tak best beliau seperti di atas.

Kerana putih itu sangat best di...




....genggam.

Sekuat-kuatnya aku mengenggam putih tetapi muka beliau maintain..kerek. Ngeh.ngeh.ngeh.

Sabar teh.


P/S: Setelah dibaca berulang kali, sungguh hampeh gaya penulisan untuk entri ini. Tak apala, putih bukan reti baca.

Wednesday, March 7, 2012

Nisa dah bernikah dengan suami beliau.

Alhamdulillah..saya sudah berpunya. Jodoh yang telah ditentukan Allah sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi. Sangat gembira dan bersyukur di beri rezeki berkahwin.

Mode skema tamat.

Yeay...aku dah kahwin. Terima kasih ya Allah.

Semasa aku di zaman sekolah rendah, makcik-makcik aku mula melangkah ke alam perkahwinan seperti aku sekarang. Zaman sekolah rendah juga merupakan zaman paling kuat berangan untuk budak perempuan. Lelaki aku tak tau sebab diri ini perempuan. Auww..

Dan zaman sekolah menengah adalah zaman ingin merealisasikan angan-angan di zaman sekolah rendah. Bahaya-bahaya. Kalau berangan nak belajar sungguh-sungguh tak ape la juga. Ini berangan nak dapat boifren korea. Chait. Itu bukan aku la sebab zaman aku dulu shah rukh khan yang glamer tah henggat dunia. Aku dulu berangan nak dapat nombor satu dalam setiap ujian je. Chait kuasa dua!!

Berbalik kepada apa aku berangan apabila tengok makcik-makcik aku kahwin. Jeng..jeng..jeng..


Aku berangan nak pakai inai macam dorang masa aku kahwin satu masa nanti. Nak pakai sepuluh jari dan ada dot di tengah-tengah tapak tangan. Serta pakai di keliling kaki. Berangan sambil tersengih-sengih. Gila kan budak darjah satu. Berangan kahwin tuh. Masa tu aku rasa tak sabarnya nak kahwin sebab nak pakai inai. Aku sangat suka pakai inai. Makcik aku kahwin pon aku sebok juga nak inai. Tingin nak pakai yang kat kaki tu, tu yang tak sabar nak kahwin. Gatai! Nasib baik berangan dalam hati je. Kalau tak, mesti dah kena pelangkung.

Oleh itu, dari zaman inai india buat corak-corak tu sampai sekarang, aku memang tak terpengaruh. Angan-angan di waktu kecil lebih mempengaruhi. Nasib baik tak berangan nak jadi artis.

Ohh..berbalik kepada aku kahwin di zaman realiti ini, bukan lagi zaman kanak-kanak yang suka berangan itu.

Teruja gila apabila mak pakai kan inai di kaki. Rasa nak menjerit kegembiraan. Tersengih-sengih sambil baring dan dipakaikan inai sampai tertidur.

5jam kemudian...

Mak datuk seriwijaya...! Pinggang krem. Rasa nak terlurus tulang belakang. Tangan dah terdepa tak boleh bergerak. Kaki lurus tak boleh goyang. Sampai ke pagi gaya tidur cenggitu. Seksa.

Seksa dalam keterujaan..

Tak apa. Aku sanggup.

Angan-angan Nisa kecil (bajet comel) lebih penting.

Sekian dari Nisa besar  dewasa.

Friday, August 26, 2011

Mengapa kursus kahwin tak sesuai pergi BERDUA dengan pasangan anda?

Sebenarnya satu lagi impian aku tak tertunai selepas impian ingin berkahwin pada umur 25 termusnah sebab aku lagi sebulan akan berumur 26 tahun. Sungguh tidak logik untuk aku bernikah dalam masa sebulan ini. Impian terkini yang telah musnah adalah ingin pergi kursus kahwin selepas bertunang bersama-sama tunang. Alasannya pada satu masa dulu ialah supaya input yang diterima oleh ustaz didengari oleh kedua-dua pihak maka tiada perbalahan di kemudian hari. Kunun la.

Akhirnya aku memang pergi ke kursus kahwin selepas bertunang tetapi ditemani oleh adik aku yang juga gatal hendak bertunang. Sila memberi sokongan kepada beliau.

Maka, entri ini diwujudkan untuk mengatasi perasaan sedikit sedih kerana impian ini juga tidak tercapai.

Mengapa kursus kahwin tak sesuai pergi BERDUA dengan pasangan anda?
1. Pergi dengan adik ataupon kawan perempuan lagi best kerana kita boleh makan dengan banyak semasa rehat makan tengah hari. Juga hanya perlu mengambil makanan untuk diri sendiri dan tidak perlu risau jika kita tidak berapa nak ayu. Sang bakal isteri yang datang kebanyakannya akan mengambil makanan untuk sang bakal suami manakala sang bakal suami hanya duduk bersila di hujung penjuru menunggu juadah dari sang bakal isteri. Keadaan ini janggal di mata saya yang sepet ini. Sila bersabar, kalian belom berkahwin. Tidak perlu menunjukkan sifat isteri solehah di hadapan ustaz yang menganjurkan kursus kahwin itu.

2. Apabila pergi bersama adik kita, adik kita boleh membawa bekal kek coklat. Sangat bahagia apabila kita boleh turun makan kek di dalam kereta. Kalau dengan pasangan mesti malu sebab gigi kita akan mempunyai tompok-tompok kek. Apatah lagi kalau ia kek coklat. Sungguh tak ayu. Mungkin pasangan kita tak sampai hati nak beritahu yang gigi kita kelihatan rongak.

3. Apabila ustaz mencerita unsur-unsur memalukan di dalam ceramah, kita akan relek je sambil bergelak ketawa bersama adik kita di sebelah. Terasa macam dengar ceramah agama kat masjid je. Lebih relek dan fokus. Kalau bersama pasangan sehati sejiwa mestilah diiringi unsur-unsur intai mengintai dan jeling menjeling sambil tersenyum-senyum kesipuan. Mungkin ustaz di hadapan semakin lama semakin berceramah dengan diri sendiri.

4. Apabila ustaz mengutuk pasangan lelaki atau pasangan perempuan di dalam bilik ceramah tersebut, kita tak kan terasa pon sebab pasangan kita tak ada pon kat situ. Tak adalah bengang dengan ustaz tersebut sebab dengan selamba mulut beliau mengutuk pasangan kita di hadapan kita dan semua orang.

5. Ketika ujian boleh berbincang dengan adik kita di sebelah. Kalau tak tahu pon tak adalah tebal muka sangat sebab kita sedarah sedaging. Kalau berbincang dengan pasangan mesti malu semalu malu nya apabila rukun islam pon masih terkial-kial menekanya.

6. Hati gembira kerana boleh pulang ke rumah dan terus tidur.

Sekian dari saya yang berkurun lama ku rasakan cintaku padamu tidak menaip sesuatu di sini. Lantaran itu, saya jadi semakin serius. (Macam tak ada kena mengena. Heh!)

Thursday, July 14, 2011

Persediaan diri (I)

Hari ini aku nak buat entry agak dewasa sedikit ye. Walaupon kerja sebanyak-banyak nya sedang menanti. Tak apa, abaikan dulu.

Persediaan aku menjadi seorang isteri. (Mak aii, gatal pulak bunyi nya.)

Tingkatkan keyakinan diri
Aku adalah seorang yang tak berapa nak yakin diri tentang sesuatu yang aku tak terer. Contohnya memasak. Kalau ikut buku resepi sebijik-sebijik pon mesti aku ragu-ragu. Paling aku tak suka ayat dalam buku resepi ialah ayat "sediakan garam secukup rasa". Banyak mana secukup rasa itu? Satu sudu besar kah? Dua sudu besar kah? Sangat tak spesifik. Tertekan. Dan kalau dulu tolong makcik-makcik kat dapur, aku mesti tukang pergi amik barang punya. "Nisa, amik kan bawang 4-5 biji." Srius aku bingung. 4 biji ke 5 biji ni. Cakap tak nak clear. Memang tertekan. Oleh itu, aku akan cuba lebih memberi keyakinan kepada diri aku sendiri dengan membubuh garam secukup rasa hati aku dan mengambil bawang sebanyak sendiri suka. Tak payah nak pening-pening 5minit pikir jawapan yang sebenarnya.

Dengar kata hati
Aku selalu was-was dengan kata hati sendiri. Kata hati ialah lebih kepada perbincangan hati yang logik. Contoh, kalau dah nampak orang potong rumput, janganlah mengada-ngada nak parking semeter jauh sikit je dari pemotong rumput tersebut. Itu bengong namanya Nisa.

Banyakkan ilmu kewanitaan
Ilmu kewanitaan di sini bermaksud ilmu memasak, ilmu potong bawang, ilmu siang ikan, ilmu mengenal daun kunyit, pokok serai, daun kari, halia, lengkuas dan sebagainya. Jangan nanti pergi rumah mak mertua bawang pon tak kenal. Perbanyakan juga ilmu topik-topik rumahtangga supaya kalau bersembang tak adalah ko ajak mak mertua ko bergosip tentang artis terkini.

Jangan menangguh kerja
Oh, sekarang memang tengah menangguhkan kerja dengan menulis entri ini. Oklah, sambung buat kerja yang banyak itu.

Sekian. Akan bersambung lagi kerana ia sungguh tak logik apabila hanya ada empat sahaja.


p/s: Baru empat dah rasa banyak. Cane ni?

Tuesday, July 5, 2011

Saya yang suka berlakon di hadapan orang.

Saya baru sampai di usm.

Saya tak larat nak kemas barang.

Saya nak tidur.

Saya tak suka tulis entri pendek kunun-kunun macam twitter. Tapi saya buat jugak.

Sebab saya mulai bosan.

Esok kena jalan kaki pergi skul.

Buat muka konon gembira sangat.

Balik bilik jalan kaki singgah halim beli makan malam.

Sampai bilik pukul 5.30 petang dan makan nasi seorang diri.

Maaf jika bunyi nya sangat pathetic.

Saya jiwa kacau.

Saya nak balik rumah.

Main dengan putih yang makin gemuk itu.

Dan makin menjadi ganas menggaru perabot emak saya.

Sehingga saya selalu memarahi nya sambil menjentik telinga beliau.

Putih itu kucing saya selepas Chombee menghilangkan diri.

Kadang-kadang selalu terpanggil Putih itu Chombee.

Semoga beliau tidak kecil hati.

Putih yang seakan perangai anjing. Baling bola kertas dan beliau akan menggonggong nya kepada si pembaling dan minta di baling lagi. Itu ciri-ciri anjing. Bukan kucing.

Nasib baik beliau kuat mengiau. Maka saya yakin beliau kucing.

Tidak perlu disamak.

Monday, July 4, 2011

Electric Train Services

Aku ke kuala lumpur balik hari dengan menggunakan perkhidmatan awam. Bangga gila. Poyo.

Mengapa aku berbangga dengan kejayaan ini? Siap jadikan ia sebagai kejayaan tuh. Ayo~ 

Kerana, ia adalah pertama kali dan ia adalah tidak normal bagi aku yang kurang menggunakan perkhidmatan awam di Malaysia apatah lagi luar Malaysia sebab aku passport pon tidak ada. Apa kena mengena?

Keluar dari rumah pada pukul 9 pagi, berkejaran ke stesen keretapi batu gajah dengan sangat laju. Dari lumut ke batu gajah memakan masa sejam dan lebih. Aku sedikit cuak kerana tiket adalah pada pukul 10.10 pagi dan tiket masih tidak dibeli. Aku tidak berani melihat jam di handphone kerana aku akan lebih cuak dan itu merupakan satu tindakan tidak bijak langsung. Tindakan tidak bijak langsung itu merujuk kepada tidak melihat jam di handphone. Aku hanya berpandukan jam digital di dalam kereta. Hati aku kembali tenang apabila jam digital tersebut menunjukkan masa masih awal. Mengapa perlu rungsing. Dan di situ lah tindakan tidak bijak langsung itu berlaku. Ia kerana jam digital kereta adalah lambat kira-kira 10 minit. Sungguh hampeh apabila ia hanya tersedar pada pukul 9.54 pagi dan bumbung stesen keretapi masih tidak kelihatan. Nafas tersekat.

Sesampai di stesen keretapi batu gajah, jam di stesen yang sememangnya tepat kerana telah diselaraskan dengan semua stesen keretapi bersama-sama keretapi nya sekali menunjukkan jam 10.04 pagi. Aku bertambah cuak kerana di depan masih ada tiga orang beratur dan system down. Penjual di kaunter agak mengambil masa kerana beliau perlu menulis secara manual di dalam borang. Keadaan sangat genting.

Akhirnya tiba giliran aku yang cuak.

"Kak, ETS pergi kl sentral ada?" tanya aku dengan nafas tersekat-sekat. Tapi kakak kaunter tu tak nampak sebab aku berlakon.

"Ada. 10.10 pagi"

Lega. Pernafasan kembali normal.

"Dua ye" Sambil tersengih dan menunjukkan jari best. Tapi kakak kaunter tu tak nampak juga sebab jari best itu hanya imaginasi aku sahaja.

Seperti yang diberitahu, aku bukanlah seorang yang selalu menggunakan perkhidmatan awam malah tidak terer. Oleh itu, aku sangat tidak kool semasa berada di dalam ETS. Macam budak empat tahun yang duduk di depan aku lagaknya. Terjenguk-jenguk dan terkagum-kagum. Sangat tidak kool. Selepas ini aku akan lebih beringat supaya menjadi lebih kool.

Disebabkan terlampau tak kool, di sini aku akan memuji-muji perkhidmatan ETS yang sangat memudahkan diri aku yang tak kool tapi best. Bagilah can menyejukkan hati sendiri dengan memuji diri sendiri best. Muahahaha. (Sejak bila ko gelak camtu?)

Bermula sesi puji melambung-lambung. Sedia?

ETS tersebut sangat laju. Halaju paling tinggi adalah 148km/j.

Tetapi semasa aku menaiki KLIA Ekspres dahulu lagi gayat. Sehingga hati berdebar-debar kegayatan.

ETS terasa lebih selamat kerana ia melalui kawasan kampung dan berbatu-batu, maka halaju nya lebih disesuaikan dengan keadaan sekeliling. Tak adalah ko redah belakang rumah orang yang betol-betol di sebelah landasan dengan halaju 148km/j. Mahu melayang atap zink dibuatnya.

Masa yang di ambil ETS dari saat berhenti di stesen-stesen sehingga bergerak kembali adalah dalam julat 2minit. Sangat tidak membuang masa. Janganlah risau kalau takut terlepas atau tersadung sebelum sempat keluar dari koc kerana setiap pintu akan di jaga oleh pekerja ETS yang berpakaian sangat kemas dan cantik. Mereka akan memastikan anda akan selamat keluar sebelum memberi tanda isyarat untuk menutup pintu dan meneruskan perjalanan.

Kerusi juga lebih selesa dan luas dari keretapi lama yang sempit sehingga menyebabkan pakcik sebelah anda seperti mengambil kesempatan menghimpit-himpit anda dan anda terasa hendak bertindak kurang ajar dengan memberi tendangan maut. Perasaan menyampah tidak boleh nak dihilangkan. Hanya mampu bersabar kerana pakcik itu bertongkat. Kalau di ETS masih ada pakcik seperti ini, lekuk sahaja beliau sambil berkata "Kerusi ni besar pakcik, sila jangan himpit."

Dan paling gembira adalah gegaran nya tidak terlampau terasa walaupon ia sangat laju. Apabila badan kurang bergerak ke kiri dan ke kanan, anda akan tidak terasa penat sehingga tidak mampu nak pergi makan kenduri selepas itu. Tak terasa jauh pon. Serius. Dan masa perjalanan dari batu gajah ke kl sentral adalah 2jam 20minit dengan harga tiket RM24 seorang. Dan macam buat promosi pulak rasanya.

Satu sahaja aku nak pesan iaitu jika ingin pulang pada hari itu juga, sila beli tiket siap-siap kerana masa hendak pulang tadi tiket sudah sold out sebelum pukul 3 petang lagi. Maka aku TERPAKSA pulang dengan menaiki bas pakcik-kerek-tak-best itu. Sangat berbeza perasaan naik bas yang memenatkan badan itu.

Kelebihan naik bas berbanding menaiki ETS adalah aku boleh mengambil bas terus dari lumut dan tidak perlu pergi ke batu gajah. Lumut tiada stesen keretapi.

Kesimpulannya, aku memohon jasa baik kerajaan untuk membina landasan keretapi dari lumut ke batu gajah atau terus ke kuala lumpur. Artikel ini diakhiri dengan ucapan terima kasih dari aku yang tak kool tapi best.

Friday, July 1, 2011

Tertekan diri sendiri

Aku sangat tertekan dengan handphone dan sim kad dan nombor talian aku iaitu celcom. Setiap sms yang masuk dapat di baca tetapi tidak dapat di balas. Setiap kali aku cuba membalas, sms hanya akan masuk outbox dan akhirnya gagal.

Sangat geram.

Mungkin aku kehabisan kredit, aku pon check baki dan ternyata ia masih berbaki lagi. Tapi mengapa tak boleh hantar sms? Mengapa????

Kemudian aku merasakan mungkin celcom salah dalam memaparkan baki kredit aku, maka aku memohon kredit advance. Malam sangat larut untuk keluar membeli topup di kedai serbaguna.

Tak boleh jugak.

Dia kata akaun aku tak aktif. Tak aktif?? TAK AKTIF???? Sambil menjerit kecil.

Ini bikin panas. Di tambah aku pernah dengar cerita kak eton yang nombor beliau selalu dituduh tidak aktif oleh celcom. Itulah, dulu bila kak eton cerita aku hanya senyum-senyum konon-konon comel. Bila dah kena diri sendiri, baru nak menyeringai mengalahkan hantu di hutan.

Mulut bebel-bebel membebelkan celcom. Terlebih geram ni.

Disebabkan penat membebel, aku pon tertidur awal dengan lena.

Keesokan harinya, aku bangun dengan ceria tetapi cuba untuk tidak memandang handphone di tepi bantal. Semasa membasuh pinggan dengan gembira, tiba-tiba terdetik sesuatu di benak fikiran ini.

"Entah-entah..."

Aku berlari pecut ke handphone yang dah bergulung sekali dengan selimut di atas katil.

Dan aku check sesuatu.

Ya, apa yang terdetik itu benar sama sekali.

Kredit saya sudah expired.

Muhahahaha...sila gelakkan diri sendiri.

Semasa saya (tiba-tiba menukar kata ganti diri aku kepada saya sebab saya sudah malu) membebel-bebel semalamnya, ada tiga orang yang saya melepaskan geram. Dan kepada tiga orang itu, anda dilarang membaca entri ini kerana saya sangat malu.

Pagi ini saya pergi membeli kredit untuk menambahkan tarikh sah sehingga sebulan lagi. Saya kembali gembira kerana boleh meng'sms'. Maafkan saya celcom kerana membebel-bebelkan anda walaupon anda tak mendengarnya.

Nasib baik saya tidak menelefon hotline celcom lagi kerana saya memang berura-ura hendak melakukan sedemikian. Hampir memalukan diri sendiri sedekad lamanya.

Monday, June 13, 2011

Madu dari si lebah (II)

Kalau orang kata aku terdesak nak kurus, memang aku akui. Hari-hari aku mesti meluahkan tentang nak kurus pada kak eton (masa kak eton ada dulu la..aiyak, rindu nak bebel bebel, gosip gosip, sesi meluah perasaan dengan kak eton). Hampir dua tahun permasalahan ini diulang-ulang. Nasib baik kak eton baik orang nya. Kalau tak mungkin mulut aku dah kena jahit. Mulut je macam terdesak, padahal usaha sangat ciput dan separuh jalan sahaja. Sangat menyedihkan.

Usaha nak kurus aku punya lah kedekut. Tak nak beli produk kurus yang mahal-mahal ni. Asyik ulang je nak pergi London Weight Management. Tapi aku sangat kenal diri sendiri. Sedalam-dalam hati aku ini aku tahu aku tak akan pergi sana. Mahal gila. Sah-sah i kedekut dan tak berapa nak kaya.

Ada jugaklah aku beli produk-produk yang tak melebihi RM10 ni. Kedekut pahit. Pertama, teh JioGulan yang tersangat tak sedap untuk melancarkan sistem aliran darah dalam badan. Kedua, fiber kat Cosway untuk melancarkan sistem pencernaan. Tak jalan untuk aku yang tak berapa nak rajin ni. Tak sampai sebulan dah berhabuk. Kadang-kadang aku terlupa pernah membeli produk tersebut dan apabila ternampak ia terperosok dalam almari, hati aku mesti terdetik, "eh, benda apa ni?". Tak ke sedih?

Ciri-ciri teknik kurus idaman aku ada tiga. Satu, nak kurus tapi tak nak berpeluh. Kedua, tak nak tahan makan, nak makan banyak dan sedap sedap. Ketiga, tak nak makan ubat kurus.

Setahun selepas itu, baru aku tahu teknik kurus seperti ciri-ciri di atas adalah tidak wujud sama sekali. Aku kecewa.

Akhirnya aku memilih untuk mengawal kadar pemakanan aku dalam sehari. Aku akan pastikan aku makan nasi sehari sekali sahaja. Dan nasi mestilah sikit. Sangat sikit sampai kadang-kadang lepas makan pon lapar. Tapi sabarlah wahai perut. Sebab aku tak sanggup nak mengorbankan lenguh-lenguh badan akibat berjogging. Biarlah perut aku lapar.

Teknik kurus ini bermula secara serius pada bulan September 2010. Dari September 2010 sampai Mac 2011, turun 2 kilo je. Ulangan DUA SAHAJA. 7 bulan ikat perut tapi DUA SAHAJA yang turun. Memang rasa nak baling je penimbang tu walaupon bukan salah beliau. Nak baling diri sendiri tak larat. Baling atas katil terus tidur pulak nanti. Dilema dilema.

Pada akhir Mac 2011, aku tergerak hati hendak meminum madu campur air setiap pagi tanpa gagal. Rujuk sini. Berat aku yang degil gila semakin menurut kata.

Dengan masih mengekalkan teknik yang lama iaitu mengawal kadar ambilan makanan, masuk bulan Mei, sudah hilang satu kilo. Dan sekarang bulan Jun, hampir sekilo lagi bakal menghilang.

Tiga bulan untuk DUA KILO. Sangat berbaloi berbanding 7 bulan untuk DUA KILO.

Ini kesan madu terbesar pada diri aku selain ia juga melancarkan lagi sistem pencernaan. Punya lah panjang entri, satu kesan je aku bagi. Ces..ces..untuk diri sendiri.

Kesan-kesan lain aku tak kaji lagi. Nanti setelah dikaji, aku akan beritahu secepat mungkin.

Akhirnya berjaya menghabiskan sambungan kedua untuk topik ini setelah berlambak-lambak entri lain yang masih tidak tersambung-sambung.

P/S: Ayat agak tunggang tungging sebab baru bangun dari tidur yang tak berapa nak nyenyak.

Monday, June 6, 2011

Saya sangat tak setuju dengan pandangan Dr. Rohaya Mohamed, naib president Kelab Isteri Taat.

Saya sangat tidak berpuas hati dengan berita di dalam Berita Minggu ahad lepas bertarikh 5 Jun 2011 yang bertajuk 'Layan macam pelacur', Isteri 'dingin' di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar di mukasurat 6 betol-betol selepas berita politik. Penting sangat berita ini nampaknya.

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. 

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. 
Kalau ikutkan hati yang membara-bara ni, memang ayat yang tak sedap keluar dari mulut saya. Tetapi kata-kata yang tak sedap itu hanya menjadi saya bertambah marah dan isi utama yang saya hendak perkatakan tidak dapat disampaikan dengan jayanya.

Pertama, mengapa akhbar Berita Minggu hendak menrendahkan tahap maruah kualiti mereka dengan mengeluarkan cerita persis akhbar Harian Metro? Seperti yang kita maklum Harian Metro memang sangat suka menyiarkan berita-berita tentang seks, seks, seks dan seks. Adakah Berita Mingguan hendak mencari publisiti murahan kerana di bawah ruangan berita ini ada tertulis
Berikan pandangan anda di BERITA MUTAKHIR(www.bharian.com.my), SERTAI KOMUNITI BH(facebook.com/bhinline), IKUTI KAMI DI(twitter.com/bharianmy)
 Saya selak helaian demi helaian dan tiada berita lain yang Berita Minggu hendak mendengar pandangan pembacanya selain berita ini. Padahal ada satu berita yang sangat bagus dan lebih memerlukan perhatian umum iaitu Waspada makanan halal bercampur produk babi, Pembekal tamak abai hak pengguna Islam, langgar peraturan di mukasurat 10. Selang 4 muka dari berita yang saya sangat tidak puas hati itu. Patutlah saya dah lama sangat tak baca akhbar Berita Minggu atau Berita Harian atau Harian Metro.

Kedua, siapa Dr. Rohaya Mohamed ini hendak merendahkan dengan sehina-hinanya martabat isteri yang mulia dengan martabat pelacur? Tak kisah lah pelacur kelas pertama ke, kedua ke, ketiga ke, terakhir ke. Pelacur tetap pelacur.

Adakah telah dibuktikan semua suami curang disebabkan kegagalan isteri melayan kehendak seks suami?

Tiada.

Suami curang adalah disebabkan suami itu bukan seorang pemimpin dan ketua keluarga yang baik. Kalau pon suami tidak berpuas hati dengan layanan isteri, suami tersebut perlulah berbincang dan bermesyuarat dengan isterinya secara baik dan berhemah. Bukannya dengan marah-marah dan mencari kepuasan di luar. Dia memang bukan suami yang baik. Semestinya bukan.

Satu lagi yang membuat saya sakit jantung, paru-paru, usus dan segala organ dalaman apabila Dr. Rohaya Mohamed ini mengatakan lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang. 


Berdasarkan penyataan anda ini Dr. Rohaya Mohamed, mengapa pelacur masih juga banyak melacur di dunia ini? Mengapa lelaki-lelaki yang dikatakan suka sangat layanan pelacur tidak mengambil pelacur tersebut sebagai isteri? Sepatutnya semua pelacur sudah menjadi isteri orang yang melanggannya.

Hanya lelaki yang tidak baik menyukai pelacur kerana lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik dan wanita yang tidak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik.

Adakah kita hendak menyerahkan masa depan kita wanita untuk lelaki yang tidak baik? Jawapan saya, tidak.


P/S: Editor akhbar,majalah perlulah lebih bertanggungjawab dalam menyediakan bahan bacaan untuk masyarakat.