Showing posts with label hati dan perasaan. Show all posts
Showing posts with label hati dan perasaan. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

24 Disember 2011..aku terima nikahnya..



Nampak tak inai itu? Sampai sekarang tengok je inai, perasaannya ialah wah..nisa dh kahwin. Kalau inai dah habis nanti cane. Aduh! Cane nanti kalau orang tanya dah kahwin ke belum, terus geleng selaju-lajunya. Risaunya saya. Kena berlatih angguk sekarang juga.

Masa doa ni pon, tengah kelebet-kelebet inai tengok mana yang tak berapa sempurna. Adoi~


Ini suami saya tengah baca lafaz taklik.

Pada 24hb Disember 2011, majlis akad nikah berlangsung selepas asar lebih kurang pukul 5.15 petang bertempat di Masjid Venice, Lumut. Kami dinikahkan oleh Pak Mat, iya ayah saya sendiri. Saya amat berterima kasih kerana ayah sudi menikahkan anakanda sulung beliau yang best ini.

24 haribulan dipilih kerana hari lahir kami suami isteri jatuh pada 24 haribulan. Kami kan suwweet. Ngeh..ngeh..ngeh. (Gelak sumbing)

Monday, May 30, 2011

Entri untuk Kak Eton (Kak Eton kena baca sampai habis sebab sangat panjang..Bersabarla~)

Hai Kak Eton!

Nisa ni.(buat-buat terperanjat tau)

Kak Eton nak pindah dah ek?

Lamanya nisa jadi rumet kak eton. Mmm..berapa bulan ye. 2 tahun 5 bulan kot.

Ingat tak kali pertama jumpa nisa? Nisa nyorok belakang vizy. Vizy yang tegur kak eton dulu. Nisa ni pelampau pemalu. Nisa nak cerita pasal kak eton kat sini. Siap bersedia ok?

Dup..dup..dup..

Kak Eton berdebar kan? Heh..heh..heh..(Gelak dengan gaya sedikit jahat)

Parti Islam Semalaysia (PAS) ??
Beberapa hari selepas nisa menjadi rumet kak eton, Nisa masih malu-malu kucing. Tersengih-sengih dan tersenyum-senyum sahaja yang mampu nisa lakukan. Sedih. Oleh itu, kak eton yang banyak bercerita dan nisa mendengar. Pada satu ketika dalam beberapa hari itu, kak eton ada memasang ceramah agama yang nisa tak ingat siapa penceramahnya. Ditambah pula dengan cerita-cerita kak eton banyak berkisar tentang politik di Malaysia ini. Tanggapan pertama nisa untuk kak eton ialah adakah kakak ni ahli PAS? Hmm...

Pecinta Bahasa Melayu
Pada hari ulang tahun kelahiran kak eton pada tahun 2009, kak eton belanja kak su, vizy dan nisa makan di Sg. Dua Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh. Masa perjalanan pulang, nisa pura-pura pejam mata kat belakang. Motifnya nisa sendiri pon tak tahu. Mungkin melayan perasaan kenyang makan percuma. Tiba-tiba nisa dengar kak eton bersembang dengan kak su berkenaan simpulan bahasa. Perbincangan yang unik untuk nisa yang tak berapa nak matang ni. Menurut kak eton dari pembacaan, semasa pakar-pakar bahasa melayu dahulu(kot) ingin menukar tulisan jawi kepada tulisan rumi, mereka ada terlepas pandang beberapa perkara sehingga menukar maksud sebenar. Contoh yang nisa ingat ada dua. Satu merah padam dan satu lagi melepaskan batuk di tangga.

Takrif 'merah padam' daripada kamus dewan edisi 4 ialah merah seperti bunga padma (bukan ketika marah)
Contoh 'merah padam'; "Wajah kak eton merah padam kerana berasa malu"
Ejaan 'merah padam' dalam jawi- مره فدم

Ejaan 'padam' dan 'padma' dalam tulisan jawi adalah sama iaitu فدم
Dari artikel yang kak eton baca, sampai sekarang kita menggunakan merah padam adalah ekoran dari kesilapan terjemahan padma kepada padam. Untuk pengetahuan, bunga padma adalah bunga refflesia.

Melepaskan batuk di tangga tu kena tanya kak eton sendiri sebab tak larat nak terangkan. Jujur sahaja Nisa, anda malas.Heh.

Berbalik kepada topik sebenar, nisa agak kagum dengan apa yang kak eton suka baca. Adalah sangat berbeza dengan nisa. Nisa suka baca gosip. Kan nisa dah cakap, nisa kurang matang.

Keesokan harinya nisa pergi ke skul dan bertemu kak murni dan fa. Mereka menanyakan hal tentang bagaimana personaliti kak eton. Nisa jawab, "mm..kak eton okey. Tapi kak eton suka bercakap tentang bahasa."

Adoi~

Terima kasih kak eton.

Semakin lama nisa kenal kak eton, baru nisa tahu kak eton bukan suka bercakap tentang bahasa tetapi kak eton memang kaya dengan fakta-fakta menarik.

Nisa tahu kak eton pon ada tanggapan pertama pada nisa. Terima kasih bertahan menjadi rumet nisa selama ini.

Terima kasih menjadikan nisa suka membaca. Wajib singgah di mana-mana kedai buku kalau pergi berjalan-jalan.

Terima kasih mengajar nisa tentang bagaimana hendak berkomunikasi dengan orang-orang tua, rakan yang lama tak berjumpa dan orang mengandung. Nisa srius tak tau. Pastu muka kelat je sebab tak tau nak tanya apa.

Terima kasih sentiasa menyokong nisa untuk kurus. Teman nisa pergi minum kat herbalife.

Terima kasih tolong nisa siapkan colloquium hari tu. Serta meneman nisa berjaga malam dan membelikan nisa makan tengah hari di kedai kelapa sawit. Sedap sangat.

Terima kasih makan nasi lemak kuning dengan nisa setiap hari Jumaat.

Terima kasih hantar nisa sampai pintu rumah setiap kali balik rumah walaupon kak eton kena patah balik rumah kak eton.

Terima kasih bersabar dengan nisa yang sangat kuat memBEBEL ini. Sangat tipu berbanding dengan mula-mula kenal kak eton yang kunun-kunun pemalu tu kan? Yang nyorok belakang vizy tu.

Terima kasih memperkenalkan banyak kedai makan yang sedap kat parit buntar. Makcik gagak, makcik nasi lemak taman sempadan, kedai bakso, gerai nasi lemak kuning kat nibong tebal, kedai makan bawal goreng kat juru dan banyak lagi. Dengan kak eton jugak nisa pertama kali memberanikan diri melangkah kaki masuk ke pintu kedai seoul garden dan manhattan fish market. Jauh sangat dari kebiasaan nisa iaitu pizza hut, mcd dan kfc. Sedih juga.

Terima kasih hantar nisa balik rumah untuk bertunang. Kalau tak ada kak eton, tak bertunang la nisa. Aiceh~

Kalau kak eton lihat nisa macam tak sedih, bukan bermaksud nisa gembira kak eton nak pindah. Cuma nisa terer berlakon. Tapi nisa memang betol-betol gembira kak eton dapat kerja kat Manjung. Dekat dengan rumah nisa. Boleh teman nisa pergi kedai pengantin kalau nisa balik bercuti. Kan kak eton kan?

Nisa doakan kak eton sukses di tempat baru (macam orang indonesia tak?). Nanti jangan lupa datang tidur bilik asrama baru yang macam hotel tu tau.

Bai kak eton~
Jangan lupa nisa k.

p/s: Sori ye kalau tak suka entri nisa. Kak eton pon pemalu macam nisa jugak.

Friday, September 24, 2010

Ketika aku berumur 25.

9.20 pagi 25 tahun yang lalu, mak telah melahirkan seorang anak yang kurus pada masa itu di Hospital Lumut, Perak. Atas bukit yang sejuk hospitalnya. Perrgh..agak omputih di situ.

Aku sudah 25 tahun. Alhamdulillah. Masih berpeluang melihat dunia. Bersamaan juga setahun aku menghampiri kematian. Sila takut Nisa.

Semasa aku berumur 10 tahun iaitu 15 tahun yang lalu, aku berangan siap beritahu kawan-kawan yang aku kalau nak berkahwin mestilah pada umur 25 kerana terasa masa itu sangat ideal. 10 tahun dah kegatalan nak berkahwin. Belum akil baligh tuh. Siap kawan-kawan pon nak kahwin umur 25. Apalah budak umur 10 tahun tahu tentang realiti hidup. Ceh..macam la sekarang ko tahu sangat. Masa tu semuanya mudah. Kalau lapar, pergi makan. Kalau ngantuk, sila tidur. Sekarang nak makan pon kena tengok purse berisi ke tak. Sekarang nak tidur pon sebok main zombie dulu. Sibuknya Nisa.

Dan malangnya angan-angan tetap angan-angan. Masa berangan tuh best gila la tapi. huhu

Disebabkan berangan ialah sesuatu yang best gila, aku terpaksa berangan juga pada umur 25 ini.

Angan-angan jangka masa pendek (dalam 2 tahun)
1. Hari lahir tahun depan sudah habis master.
2. Selepas habis master sudah ada kerja.
3. Duit dalam simpanan ada banyak. Banyak mana, itu kita yang tak tahu.

Bila dah ada simpanan yang banyak maksudnya aku dah agak kaya. Oleh itu angan-angan seterusnya ialah angan-angan bila aku dah kaya.

Angan-angan bila aku dah kaya (dalam umur 30 ke atas)
1. Bayar hutang PTPTipu PTPTN. Bayar hutang itu wajib ye kawan-kawan.
2. Mengerjakan haji atau umrah sebelum mengumpul aset yang dasyat.
3. Melabur dalam pelaburan hartanah dan emas. Kaching..kaching..kachinggg..(Bunyi syiling dalam poket)
4. Ada satu kandang lembu yang banyak serta gemuk-gemuk lembunya. Seronok-seronok.


Kalau dah perempuan, sudah semestinya orang akan bertanya bila nak kahwin. Jawapan yang umum semestinya sehingga sampai jodoh. Jawapan yang agak terperinci ialah sehingga berjumpa seseorang yang bersetuju dengan angan-angan bila aku dah kaya itu. Dan semestinya orang itu juga hendak berkahwin dengan aku. Hendak bukan hanya di mulut tetapi disertakan juga dengan usaha dan perbuatan.

Agak emosi bila bercakap tentang kahwin. Mungkin kerana angan-angan semasa berumur 10 tahun tidak mungkin terjadi. Sedih.

Akhir kata, semoga angan-angan aku berusia 25 tahun ini menjadi kenyatan. Amiinn..
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.


P/s: Sangat tak percaya aku sudah 25. Terasa diri ini masih muda remaja. Sila jangan jeles ye. huhu.

Saturday, April 24, 2010

Selamat hari lahir

Samat hari lahir yang ke dua puluh lima. (Apabila umur ditulis dalam bentuk perkataan dan bukan angka, orang tak perasan sangat kita dah tua.)

Penulisan di bawah adalah khas untuk encik yang sedang mengorek kubu. Iaitu saudara Suhairie. Wah..dah terkeluar sudah nama.

Doa dan ucapan saya untuk awak,
1. Semoga gembira di mana saja awak berada. Walaupon awak penat mengorek kubu kat sana.

2. Saya doakan awak sentiasa selamat dan dilindungi Allah hendaknya.

3. Moga awak dimurahkan rezeki dan selalu belanja saya makan.

4. Awak dah tua, saya pon bakal tua. Nanti kita sama-sama makan ulam k.


Disebabkan kita jauh di mata tapi dekat di hati, aiceh. saya tak dapat nak bagi hadiah, oleh itu saya kirimkan kucing comel ni untuk nyanyikan bagi pihak saya.

Sedia?
1..

2..

3..

Nyanyi.





Terima kasih. Terima kasih.

Sedapkan suara Nini? Hah, tiba-tiba bagi nama encik kucing tu Nini. Awak ingat lagi tak kat Nini? Tak ingat? Cuba awak pejamkan mata dan balik ke masa lampau. Kira-kira 5 tahun lepas.

Awak dah ingat?

Tak ingat ke?

Ala..video yang awak pernah bagi dulu. Oh. Terbagitau pulak.

Ha..dah ingat kan? Gembira-gembira. Penyataan sejukkan hati sendiri.


Saya ada kejutan lagi ni. Saya dah sediakan kek hari jadi khas untuk awak. Saya nak buatkan kek coklat spesel untuk awak. Tapi oven mak saya rosak. Alasan.

Kek untuk awak. Ni prototaip je tau. Jangan makan.


Saya harap dapat sama-sama sambut hari lahir awak yang ke tujuh puluh lima. Saya cilok gambar kek birthday nenek Betty ni kat internet. Pinjam ye nek.



Setiap hari lahir mestilah dapat hadiah. Hari lahir awak pon tak ketinggalan. Saya ada sediakan hadiah untuk awak. Seronok tak? Tapi yang kat bawah ni contoh je tau. Yang betol-betol punya saya simpan. 

Contoh hadiah awak.



Sekian dari saya untuk awak. Harap awak gembira dengan kek dan hadiah maya saya ni. Semoga berjumpa lagi k.

Hani.

Saturday, April 17, 2010

Workshop CFD

Entry ini merupakan penulisan aku dengan otak kosong. Oleh itu ceritanya tah hape-hape.

Hari khamis yang lepas aku pergi workshop CFD. Bukan workshop kepunyaan CFD yang repair-repair kereta atau motor atau lori hatta kapal terbang sekalipon. Ia merupakan kelas belajar menggunakan software aplikasi CFD.

Aku siap sesat larat lagi nak cari tempat workshop tersebut. Padahal bangunan skul mekanik tu tak sampai 5minit berjalan kaki dari lab aku. Bangunan pon 3 tingkat je. Cane la kalo aku belajar kat oversea dan kena mencari dewan kuliah, memang sesat 20km ke hadapan la jawabnya.

Sesampai je aku kat situ, boleh pulak duduk depan sekali. Orang pertama di depan penceramah tu beb. Memang semangat..!

1 jam kemudian....

Kelopak mata aku dah tinggal separuh.

2 jam kemudian....

Dah rasa nak pitam ibarat macam lepas makan ubat selsema tapi tak boleh tido. Perrgghh..

30 minit sebelum workshop berakhir..

ZzzZZzzz..

Tipu je. Gila nak tido pabila aku orang pertama di hadapan penceramah. Memang menempah tiket untuk mendapat jelingan maut dan sindiran sinis.
Aku amik pen dan kertas. Aku terus menghasilkan surat cinta.hehe.

Aku dah tau kenapa dulu kelas berkadar songsang dengan aku. Bila kelas ada, aku tak datang. Bila kelas tak ada, aku  menangis-nangis gembira nak datang. Kalau aku berkadar terus dengan kelas, memang aku dah menghasilkan sebuah novel cinta dah. Siap jadi glemer gila. Berangan sambil mata bercahaya.

Isi cerita di atas ialah aku menulis surat cinta. Tah hape-hape kan? Aku dah cakap dah.

Thursday, March 4, 2010

Kiss - Because I'm a girl

Yeay..! Pencarian aku berakhir. Terlalu lama aku mencari video klip romantik ni. Tiba-tiba bilik empat segi aku menjadi taman bunga. Kali terakhir aku menontonnya pada tahun 2005. PC aku telah diheret ke pusat pemulihara barang-barang lama akibat tuannya tidak menjaga kebajikan anak buah beliau. Natijahnya, habis semua video-video jiwang aku hilang. huu~~

Mungkin akan ada orang kata aku kurang bijak kerana tidak menggoogling dari awal. Ya..aku pon mengakuinya. Mengapa Nisa? Mengapaaa??

Maka, terima kasih yang tidak terhingga kepada member seberang katil saya kerana menurunkan ilmu googling beliau. Nak tau tak apa yang beliau taip untuk mencari videoklip ini? Agak kelakar dan macam tak logik tapi ajaibnya berhasil.

Japanese video clip blind girl boyfriend donate eyes

Pelik kan? Aku tak pernah terfikir nak taip macam tu. Seboleh-boleh nak buat ayat skema dan tak ada kesalahan tatabahasa serta struktur ayat. Macamla google tu paham.

Baiklah. Aku nak melayan perasaan jiwang nih. Meh la join....




P/S : Entry yang sangat pendek kerana terlalu tidak sabar ingin melayan perasaan..hikhikhik (Gelak gaya Mamu Raja Lawak S4. Mesti mari..yeah!!)

Wednesday, February 24, 2010

Tajuk karangan "Kawan baik ku"

Hai semua. Karangan hari ini adalah kawan baikku. Sila menikmatinya. Nyum..nyum..

Kawan-kawan baik ku atau bekas kawan-kawan baik ku boleh dikira mengguna sempoa. Tak banyak. Tetapi aku bahagia.

Aku sangat gembira berkawan dengan mereka. Sehingga sampai satu ketika, aku mohon masa untuk berhenti berdetik. Walaupon sekejap. Untuk aku merasai kegembiraan ini dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapon, pertemuan memang menjanjikan perpisahan. Hidup masing-masing perlu diteruskan. Setiap nakhoda mempunyai haluan sendiri.

Aku mempunyai kawan baik bermula di sekolah rendah. Aku sangat kecil dan tidak matang. Jarang untuk aku menghargai seorang kawan. Dan aku sangat menyesal. Sampi ke hari ini.

Perjalanan bertukar. Aku ke sekolah menengah. Dari menengah rendah hingga ke menengah tinggi di sekolah yang sama. Kawan-kawan baik aku juga bertambah. Berasal dari setiap pelosok Perak.

Haluan bertukar lagi. Aku ke matrikulasi. Berkawan baik dengan dunia yang lebih besar. Dunia Malaysia yang bukan hanya ada negeri Perak.

Dan haluan masih berubah, aku mengalihkan layar ke universiti. Berlakunya pertambahan bilangan kawan baik ku.

Haluan aku akan terus berubah sehingga aku menutup mata.

Sedaya upaya aku untuk tidak berubah apabila keadaan hidup aku berubah. Dengan harapan kawan-kawan baik aku dari sekolah rendah hingga ke sekarang masih mengenali aku. Untuk mereka tahu, aku tetap Nisa yang dulu. Nisa yang pernah mereka kongsi suka dan duka. Ya..aku sangat mahu mereka berasa selesa seperti satu ketika dahulu.

Sistem pemakaian aku tidak berubah. Cara bercakap tidak berubah. Gila tidak berubah. Emo pon tidak berubah. Aku tak kisah kalau ada orang kata aku membosankan. Aku sendiri memang membosankan. Mengapa perlu marah untuk perkara yang benar. Dan mungkin ada orang kata, bukan semua tu dinilai dalam persahabatan tetapi aku tak kisah. Aku tetap mempunyai cara sendiri.

Kepada kawan-kawan baik saya,
Terima kasih kerana ikhlas dan sabar semasa berkawan dengan saya.
Maafkan saya untuk semua dosa saya kepada kalian.
Saya tau saya tiba-tiba skema. Saya tak pernah bahasakan diri saya dengan korang. Saja buat poyo.

Aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemani perjalanan hidup ini. Percayalah aku btol-btol bersyukur.

Friday, January 29, 2010

Minggu ini

Minggu yang kelam kabut untuk aku sekeluarga.

Ayah yang lemah sepanjang minggu.

Mak dah seminggu tak pergi kerja.

Aku mengendalakan homework.

Rumah yang tunggang terbalik.

Dugaan, ujian yang perlu dilalui dengan positif.

Sentiasa bersangka baik itu wajib.

Kata-kata ayah yang aku berharap tak akan lupa. Sebab aku sudah mula nak lupa huu~~

"Jangan tertipu dengan kesenangan. Kesusahan itu perlu untuk kita menjadi lebih baik"
Ayat yang depan tu sumpah betol. Ayat yang nombor dua tu ingat-ingat lupa.

Aku selalu mengadu tentang perjalanan ijazah yang 'hegeh-hegeh' bak kata izhar anak buah member seberang katil aku. Sepanjang aku tadika sampailah ijazah sarjana muda, jarang untuk aku berasa susah. Sehinggalah aku menyambung pelajaran ke peringkat sekarang. Dengan keadaan kewangan yang kais mengais, progress sangat lambat (dicampur dengan sikap malas dan suka melengah), ayat-ayat semangat ayah adalah sangat perlu. Ayah ialah bulan aku. Yang menyinari di kala malam dan menemani di kala siang. Gila puitis aku. Sekarang ayah tidak sihat dan aku....



sangat Jiwa Kacau.