Showing posts with label Lain-lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-lain. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Human neck.

Manusia normal mempunyai sudut toleh sebanyak 180 deg. bermula dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Hikmah penciptaan Allah ini adalah untuk membolehkan kita melintas jalan dengan selamat samada semasa berjalan kaki, menaiki basikal, menunggang motosikal hatta memandu lori.

Apakah perasaan anda apabila anda tidak boleh menoleh? Atau apabila ingin menoleh, bahu anda perlu digerakkan selari dengan kepala?

Untuk yang tidak tahu, perasaannya adalah sangat tidak gembira dan terseksa.

Mengapa aku tahu? Adakah aku Doktor? Sensei jual teh JioGulan di pekan lama? Ataupon adik jual koyok di Kedai Runcit Muaz? Pilihan-pilihan di atas tidak bersangkut paut sama sekali. Aku mengetahuinya semua ini adalah kerana.......













Kerana aku sedang mengalaminya sekarang. Waaa...! Hanya boleh menoleh ke kiri dengan sepenuhnya. Kanan hanya separuh sudut. Untuk sesiapa yang berada di kanan ku, janganlah menganggap aku tidak sudi memandang kamu ataupon aku ni suka menjeling ketika berbicara. Ia adalah kerana AKU SAKIT TENGKOK! Leherku kelihatan teleng ke kiri. Maka, duduklah di sebelah kiri ku untuk tidak berkecil hati.

Memandu kereta dengan terseksa sekali, dua kali dan berkali-kali. Tidak macho nya memandu dengan menoleh ke kanan bersama bahu. Tidakkkk...! Terkedek-kedek hendak melintas jalan seperti baru mendapat lesen P.

Mungkin ada yang beranggapan aku makan leher ayam hingga menyebabkan leherku teleng. Ketahuilah hampir seminggu aku tak nampak ayam. Apatah lagi nak makan haiwan peliharaan tersebut.

Kesimpulannya, atas nasihat doktor aku tidak boleh bergerak aktif. Perlu berehat sehingga sihat. Oleh itu, aku perlu beristirehat sekarang juga!

Zzzzzzz....

Thursday, February 11, 2010

CC and BCC

Aku mula berkenalan dengan internet ialah pada tahun 2001, masa aku Form 4. Sebagai permulaanya ialah aku kenal mana satu ikon internet. Penting tu. Waktu itu pon aku hanya mengenali Window Internet Explorer. Rupa-rupanya banyak lagi 'internet browser' yang wujud. Itu pon aku tau 4 tahun kemudian. Sedihnya menjadi aku.

Terus terang aku  bukanlah seorang yang cepat belajar sesuatu yang baru. Lagi-lagi untuk sesuatu yang dinamakan teknologi. Dua kali sedih untuk aku.

Aktiviti internet pertama yang aku belajar semasa Form 4 ialah chatting di mIRC. Kerajaan kasi buku teks percuma tak nak pulak belajar. Aku buat-buat suka aktiviti tersebut. Tak nak nampak ketinggalan. Padahal aku sangat tak boleh terima ber'chatting' dengan orang yang kita tak kenal. Dah la maklumat-maklumat yang diberikan palsu belaka. Loya-loya jugakla aku menahan perasaan. Akhirnya aku berputus asa dan kembali menjadi aku yang  biasa.

Apabila menerjah alam matrikulasi, semua orang ada Friendster. Wah. Lagi sekali aku tidak boleh ketinggalan. Memerah otak mencari alamat emel yang paling canggih. Dulu orang suka letak nama dan nombor. Aku pon ikut. Senang terikut-ikut rupanya aku. Bangga btol ada Friendster masa tu.

Dari Friendster kepada My Space kepada Tagged kepada My Yearbook dan akhirnya kepada Facebook. Semua laman sesawang sosial aku register. Padahal aku aktif pon bermusim. Kadang-kadang dah jadi macam rumah tinggal je akaun-akaun aku tu.

Sebenarnya aku nak cerita yang hari ini aku dah dapat ilmu baru untuk fail internet aku  ni. Yeay..! Aku dah tau apa itu CC and BCC untuk emel. Aku tau aku memang ketinggalan.

Kepada yang tak tahu, CC ialah 'carbon copy'. Macam resit masa beli pencuci muka kat Billion, salinan resit tu kan cashier amik masa bayar. kan? Kalau tak tahu sila pergi beli pencuci muka sekarang juga.

BCC ialah 'blind carbon copy'. Blind ialah buta atau tidak nampak. Mungkin pekerja Billion lupa nak menulis nama penerima resit tersebut. Peningnya analogi aku.

Sekian.

Thursday, February 4, 2010

Aku berpindah

Hari ini aku telah berpindah ke bilik kerja yang baru. Kalau sebelum ni meja aku sangat terdedah, sekarang aku dah ada kiub. Bangga betol. Orang lain dah lama ada, terima kasih pihak pentadbiran kerana tidak membuatkan aku ketinggalan zaman.Yang penting ia merupakan lokasi yang praktikal untuk melakukan aktiviti-aktiviti membuang masa. Seperti men*****, su*****, ter***** dan lain-lain.


Pelan kiub pertama aku.

1. Berada di sudut paling kiri ketika melangkahkan kaki di pintu utama.

2. Juga baris ke empat dari pintu utama.

3. Aspek pertama mengapa kiub ini dipilih adalah kerana dia ada tingkap. Bahagianya. Pagi-pagi siap dengar burung berkicauan tu beb. Memang terbaik.

4. Masuk-masuk je dah nampak Buku Rumus Statistik (Ahmad Syukri Yahaya). Terbukti aku seorang tutor matematik yang efisien.



Kiub aku pada hari pertama


Tingkap inspirasiku



Memang bersepah. Isk..isk..isk..
Sabar-sabar. Akan dikemas dan dihias satu hari nanti dengan cantiknya.

Monday, February 1, 2010

Trip to LENO

Membeli beg di Leno. Itulah aktiviti aku beberapa hari yang lepas. Alasannya ialah aku hampir mencecah 25 tahun. Oleh itu perlu ada beg yang nampak macam dewasa. Selama ni tak sedar diri dah tua. Beli beg pon ala-ala sweet 16. Mampukah aku membuat perubahan?

Semasa membelek-belek katalog, aku berkenan dengan dua beg yang cantik dan comel. Dan terus membayar harga kedua-dua beg tersebut.


Ni beg cantik yang aku beli....

Gambar beg yang cantik ni aku amik kat katalog Leno.





Dan ni beg comel yang aku beli...



Gambar ni pon dari katalog Leno.

Pengakhirannya aku tetap jua membeli beg ala-ala sweet 16.huu~~

Saturday, January 23, 2010

Impian yang 99% mustahil untuk tercapai

Mengapa 99% ?

Jauh di sudut hati aku teringin SANGAT-SANGAT untuk merealisasikan impian aku tu. Oleh itu, 1% adalah untuk menyejukkan perasaan sendiri.


1. Berjaya mendapatkan lesen kenderaan berat
Amik lesen lori ataupon lesen kenderaan kelas E merupakan impian aku di tangga pertama. Tercetusnya impian ini semasa aku di tingkatan satu. Aku ingat lagi hari itu hari Selasa, hari ujian memandu di Ipoh. Ketika aku sekeluarga melintas di hadapan kawasan memandu, ada seorang gadis sunti sedang diuji oleh JPJ hendak memandu keluar dari kawasan tersebut. Ya..dia memandu lori!! Orangnya kecik molek dan bertudung. Kagum kan? Ke aku sorang je kagum terlebih? Aku berazam ingin mengikut jejak langkah gadis comel itu.

Semakin aku menginjak dewasa, aku tau aku kena melupakan lesen lori tersebut. Walaupon aku menepati syarat-syarat untuk mengambil lesen kelas E iaitu calon hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan sudah memiliki lesen memandu kelas D selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Tetapi membazir itu kan amalan syaiton. Bukannya ayah aku ada ladang sayur ke. Bisnes angkut barang ke.dan sewaktu dengannya.


2. Masuk kelas drift kereta
Ni impian aku yang aku rasa paling mahal. Dengar-dengar nya yuran kelas dia pon Ringgit Malaysia 700 sebulan. Memang ganas pengaliran keluar duitnya. Elaun aku pon lebih berapa ratus je dari yuran dia. Aku saje suka-suka je nak belajar. Nampak macam best. Lagi pon aku rasa kelas drift ni penting pada masa-masa kecemasan. Contoh kalau tayar pecah ke, brek tak makan ke, para pemandu tau macam mana nak kawal keadaan. Mungkin boleh kurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Aku bagi alasan ni kat ayah aku tapi tak jalan. Apa yang ayah aku dapat simpulkan ialah jangan bawak laju. Nasib baiklah aku anak penurut kata.hehe


Panjang dah aku membebel. Mungkin boleh bersambung di lain entry.

Tuesday, January 19, 2010

Pengumuman - pengumuman..

Adapon blog aku ni adalah tersangat anak jagung dan baru menjangkau 1 hari melihat dunia. Ilmu blogging dan penulisan aku pon berada di tahap rendah gila.

Sedang aku google berkenaan dengan beblog, Blog Anak Mat Nor berada di tangga teratas. Setelah aku telek-telek ternyata blog beliau sangat menarik dan tertarik. Penegasan yang aku nak buat di sini ialah sumpah aku tak berniat nak menumpang populariti beliau dengan menghampirkan nama blog aku seperti blog beliau. Walaupon tiada siapa berkata-kata tentang hal ini, malah aku sendiri pon tak popular. Aku terjumpa blog beliau selepas aku mewujudkan blog aku. Bersungguh-sungguh btol aku memberi penerangan. Mengapa? Aku pon tak tau.


Sejarah Blog Anak Pak Mat.


Raya Haji 2009


Ayah aku Roslan B. Noordin. Nama di kampung Ahmad Khidir. Aku pon baru tau. Sekampung Gunung Panjang ataupon sepekan Gopeng memanggil ayah aku Amat. Maka aku dikenali sebagai "anak Pak Mat". Kalau ada atok-atok atau nenek-nenek kampong tanya aku, kamu anak sape?Kalo aku jawab anak Roslan kompen akan terdengar bunyi emmmm...percaya la dorang tak kenal pon sape tu En. Roslan. Kalo aku jawab anak Amat, baru la bunyi mesra sikit, ooo...anak amat. Apa-apa pon, aku bangga menjadi anak Pak Mat.



Sekian.

Monday, January 18, 2010

hari pertama

Salam..
hari ini 18hb januari 2010, 2.36am merupakan detik pertama aku ingin beblog. Terlalu banyak sebab mengapa ini semua terjadi. Antara yang dapat aku kongsi ialah:-

1. Aku tak boleh tido.
Tiba-tiba mata tak boleh nak lelap.Bukan kata tak boleh nak lelap, rasa mengantuk pon segan nak datang. Sambil tengah melayan Ketika Cinta Betasbih 2 dan memuat turun video-video youtube, terasa nak buat sesuatu yang lama aku teringin nak buat tapi segan.Segan sebab aku bukan la penulis yang bagus. Aku tulis lain, orang paham lain. Sedih btol..huu~~

2. Teringin
Seperti yang diketahui, aku teringin beno nak beblog. Ini pon antara sumber inspirasi aku untuk berkongsi pendapat yang tak seberapa, aktiviti yang aku buat atau yang akan dibuat atau teringin nak buat dan lain-lain lagi (tak ada idea).Ate semua benda teringin. Untuk menambahkan checklist untuk 2010 pon ada jugak.huhu.

3. Meramaikan
Makin ramai member-member aku beblog. Rasa macam best je. Tapi bagi aku nak beblog ni kena ada objektif. Sesetengah tu cerita tentang masakan, ada yang tentang aktiviti harian, ada jugak tempat luahan perasaan. Kesimpulannya aku sendiri pon tak tau lagi apa objektif blog aku ni. Konflik identiti btol. Doakan aku di jalan yang lurus lagi tidak berliku-liku ye.




Begitu la antara sebab-sebab kukuh. Sebab-sebab yang tak berapa nak kukuh biarlah tidak diketahui umum. Dikuatiri akan memberi impak yang negatif.Sekian..