Showing posts with label Bersama-sama. Show all posts
Showing posts with label Bersama-sama. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

Memori Kita

Dengan berkepala masih teleng ke kiri, aku tetap bersemangat untuk bercerita hari-hari gembira pada hari minggu tempoh hari.

Hari jumaat lepas, ketibaan dari jauh dua sahabat yang sangat dirindui. Seorang Special Girl-friend. Seorang Special Boy-friend. Nasib baik dapat mengawal diri dari melakukan adegan-adegan Jejak Kasih. Ala..yang peluk-peluk sambil menangis hiba tu.

Niat hati my special friends adalah ingin melawat ayah yang beransur sihat. Macamlah aku boleh baca hati orang. Terima kasih ye.

Sebagai tuan rumah yang berhemah (ceh!), aku pon menjadi pemandu pelancong di rumah aku sendiri. Aku kemas katil. Sediakan tuala. Tunjukkan kiblat. Sediakan tempat makan. Buat air. Itu ke ciri-ciri pemandu pelancong? Arrgghhh...aku konpius.

Keesokan nya tugasku sebagai pemandu pelancongan masih belom berakhir. Aku mengetuai pengembaraan (hiperbola) ke rumah Member Seberang Katil alias Special Senior-friend.Wah! Spesel-spesel sumanya. Sebelum aku pergi ke isi seterusnya, ada sesiapa yang tak tahu apa itu hiperbola? Sila cek buku sastera melayu sekiranya lupa atau tidak tahu.

Berbalik kepada cerita asli, kedatangan kami adalah untuk menagih janji iaitu...makan free.hehe. Makan tengah hari kami telah disediakan khas oleh Chef tuan rumah. Ada Kari Ikan. Sotong masak kunyit (Ini sangat-sangat-sangat sedap). Ikan goreng. Sayur Sawi. Tidak lupa juga kuew teaw. Lari sistem diet aku. Kejar!!!!!....huu~~..semput. Merapu.


Perut kenyang. Pengembaraan bersambung. Lokasi seterusnya, Ipoh. Sebelum aku dibenarkan bersuka-suki, aku dibekalkan misi penting oleh mak iaitu jumpa Mimi, Ecah dan masukkan motor Siti. Apa lagi, sepantas pergerakan cahaya aku menyempurnakan amanat-amanat tersebut. Mission accomplished.

Mari sahabat-sahabatku. Mari kita menyedut aircond Jusco Ipoh. Sonok-sonok!!

Masa bukan lagi ibarat emas, tetapi dah ibarat minyak petrol RON97. Mahal dan cepat habis. Sekejapan malam datang menggantikan siang yang ingin berehat. My special friends harus pulang atas tanggungjawab terhadap kerja masing-masing. Sayu..Pilu..Hiba..hatiku. Saya Over.


Apa-apa pon,

Kepada Special Girl-friend iaitu Cik Zz dan Special Boy-friend iaitu Cik Ery (ehem..ehem..),
Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menziarah aku sekeluarga. Walaupon masa sangat mencemburui (klise), aku sangat gembira. Aku sangat gembira. Dengarlah dunia, aku gembira!! Sambil mendepang tangan dengan seluas-luasnya. Motif? Saja.

Kalau ada masa lapang, aku pergi jumpa hang kat Subang pulak ye Cik Zz.

Sunday, February 21, 2010

Petang di Ampang Jajar

Perkelahan tepi sungai Ampang Jajar di suatu lewat petang. Makan nasi goreng dan sambal yang lazat. Tidak lupa juga teh suam-suam di dalam botol mineral. Angin yang sepoi-sepoi bahasa sesekali datang menyapa. Beberapa kelompok pemancing udang bergembira dengan hasil tangkapan.Ya..ia memang perkelahan yang menggembirakan.

Tengah kitorang melepak-lepak, datang satu bot nelayan ni. Merempit bot dengan laju nya. Kurang sikit je dari halaju bunyi. Tiba-tiba berhenti dan terus menjala. Kagum. Memang terbaiklah pak cik tu drift dengan bot. Sambil jeling-jeling lagi. Eksen jugak pak cik nih.


Pokok yang dramatik.


Penat jurufoto memberi penerangan yang detail untuk menghasilkan gambar yang cemerlang.



Credit to cik jurufoto merangkap pengedit foto yang berjaya...member seberang katil.


Marilah kita meramaikan Ampang Jajar. Sesuai untuk seisi keluarga.

Thursday, February 18, 2010

Perjalanan ke sangat utara..

Hari sabtu lepas aku ke Perlis. Menghadiri majlis kawen seseorang. Ceh..bunyi macam pakwe lama kawen dan aku kecewa. Sebenarnya bekas jiran sebelah bilik aku yang kawen. Tahniah Kak Su.

Perlis sangat panas. Serius tak tipu. Awan ketul-ketul. Setompok-setompok. Nasib baik pilot aku seorang yang berhemah. Persoalannya ialah apakah kaitan Perlis yang panas dan pilot yang berhemah? Hmmm..


Berbalik kepada topik, ni antara awan tompok-tompok yang sempat dirakamkan.




















Amacam? Tompok-tompok yang cantik kan? Walaupon panas sentiasa menemani aku ke mana-mana tetapi mata berpeluang menikmati permandangan yang indah.  

Oleh itu, janganlah asyik mengeluh ke atas cuaca panas sekarang ni. Mengomel je tau ye. Kepada aku dan orang-orang seperti aku yang tak pernah duduk luar dari Malaysia, *renti-renti kan la komen "Panasnya Malaysia". Macamla pernah rasa sejuknya salji. Salji buatan kat Genting tak kira.

Bersyukur di atas kelebihan dan kekurangan yang Allah beri. Point yang penting k.





*renti-renti adalah berhenti. Saja menunjukkan semangat kePERAKan.hehe