Pada suatu ketika, sedang aku bersiar-siar bersama teman dari satu rak ke satu rak kat kedai buku Popular Megamal Penang, aku ternampak satu benda yang bersinar-sinar. Baju merah. Ada katun-katun. Sangatlah comel sehingga berbinar-binar anak mata aku. 10 kali jugak la aku lalu pergi balik depan 'dia'. 3 kali buat-buat tak nampak, pandang-pandang jeling-jeling je. 4 kali dok angkat letak angkat letak, macam-macam suara berbisik-bisik kat telinga ni.
Akhirnya tanpa menghiraukan ongkos yang hampir kering di tengah bulan, tadaaa....................
buku yang bernilai RM 54.50 bersamaan duit makan aku 2 minggu.huu~~
Mata octopus tu srius bersinar-sinar sambil duduk besimpuh ayu, senyum-senyum manja lagi. Hati mana yang tak cair. En. Husin Kamdi bekas pengetua aku yang sangat garang pon mesti luluh perasaan punya.
Secara kesimpulannya, tiba-tiba azam baru aku adalah untuk belajar mengait ataupon crochet dengan nama baratnya.
Hari ni perkataan berganda aku begitu aktif sekali, mungkin kerana terlampau mengikut perasaan.maaf!