Showing posts with label keluarga saya. Show all posts
Showing posts with label keluarga saya. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

24 Disember 2011..aku terima nikahnya..



Nampak tak inai itu? Sampai sekarang tengok je inai, perasaannya ialah wah..nisa dh kahwin. Kalau inai dah habis nanti cane. Aduh! Cane nanti kalau orang tanya dah kahwin ke belum, terus geleng selaju-lajunya. Risaunya saya. Kena berlatih angguk sekarang juga.

Masa doa ni pon, tengah kelebet-kelebet inai tengok mana yang tak berapa sempurna. Adoi~


Ini suami saya tengah baca lafaz taklik.

Pada 24hb Disember 2011, majlis akad nikah berlangsung selepas asar lebih kurang pukul 5.15 petang bertempat di Masjid Venice, Lumut. Kami dinikahkan oleh Pak Mat, iya ayah saya sendiri. Saya amat berterima kasih kerana ayah sudi menikahkan anakanda sulung beliau yang best ini.

24 haribulan dipilih kerana hari lahir kami suami isteri jatuh pada 24 haribulan. Kami kan suwweet. Ngeh..ngeh..ngeh. (Gelak sumbing)

Friday, September 10, 2010

Malam raya semasa umur 25 tahun lagi beberapa hari.(wah siap promosi hari lahir sendiri)

Malam ini setan sudah dilepas meliar-liar di muka bumi Allah ini. Mungkin sedang membaca di sebelah kalian.

Bulan Ramadhan kali ini aku terasa aku sudah besar. Mengapa?

DULU
Semasa aku berumur 12 tahun ke bawah, setiap kali ramadhan mesti emak buat biskut raya. Biskut yang paling digemari kami adik beradik ialah biskut buah pinggang. Duduk sekeliling kawasan pemprosesan kueh emak sambil air liur hampir meleleh melihat kueh emak bersinar-sinar keemasan. Tarik nafas tok sah cakap lah. Sampai sendat lagi padat peparu masing-masing. Memang tak ada ruang hatta 1 mol. Perrgh, agak kimia di situ. Satu lagi sebab mengapa kami tertempek berdekatan emak adalah kerana dalam hati teringin beno nak cecahkan jari ke dalam doh emak. Sah-sah emak tak kasi. Anak ada tujuh. Kalau kasi sorang sentuh, lagi enam mesti buat pemberontakan besar-besaran punya. Kesimpulannya kami jadi penonton setia sahaja.

SEKARANG
Aku dah adik beradik perempuanku tak tidur malam menyiapkan tat blueberry. Tak tidur sampai sahur tu beb. Emak dah tak campur lagi. Sudah semestinya berehat dah sudah lena di ulit malam. Sastera sungguh. Kalau rasa nak sesat dan hampir hancur doh kami, baru merujuk emak yang pakar. Walaupon rupa tat agak buruk, tetapi boleh lah nak telan. Berbaloi jugak walaupon hampir-hampir tidur di sebelah oven akibat terlampau boring. Rupa-rupanya baru aku tahu buat biskut raya tak lah gembira sangat. Haha.


DULU
Setiap kali malam raya, kami sekeluarga mesti keluar mencari tudung raya, kasut raya dan songkok. Habis pusing setiap kedai dan pasar raya untuk memenuhi setiap kehendak anak-anak yang banyak songeh. Gila punya songeh. Sampai kadang-kadang aku pon boring. Ceh, macam aku baik sangat. Satu lagi yang menyebabkan aku tak tahan keluar malam  raya ialah jam yang sangat teruk. Nak cari tempat letak kereta seksa sangat. Tetapi selalunya aku tak ikut. Baik tengok drama raya kat rumah. Hehe.

SEKARANG
Tadi aku keluar bawa kan adik-adik aku mencari tudung raya dan kasut raya. Kelakar pon ada. Dok mengekor je belakang diorang yang masih juga banyak songeh seperti satu masa dahulu. Tetapi aku tak boring macam dulu. Itu aku pelik. Emak dan ayah pula duduk berehat di rumah sambil menonton drama raya. Yang merupakan aktiviti malam raya aku suatu masa dahulu.



Dua perbezaan yang sangat ketara bagi diri aku. Aku dah besar kah?

Tetapi satu perkara yang aku pasti, sekarang emak akan tidur lewat pada malam raya untuk memasak juadah hari raya esok pagi. Kalau suatu hari nanti kami adik beradik yang tidur lewat untuk memasak juadah raya dan emak berehat dan tidur awal, maka kami bukan lagi sudah besar, tetapi sudah TUA.

Ya. TUA..!

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Dari Saya sekeluarga.

Saturday, August 21, 2010

Chombee Oh Chombee..

Ini cerita tentang kucing peliharaan keluarga saya.

Nama beliau Chombee.

Chombee comel.

Walaupon nama beliau tidak sedap.

Saya teringin nak namakan beliau dengan nama yang lebih sedap.

Tetapi saya masih fikirkan lagi.

























Saya rindu Chombee.

Tetapi saya lagi rindu keluarga saya.

Dah lama tak balik nih.

Tak buka puasa sama-sama lagi dengan mak ayah.

Rindunya kat mak...!!

Mak tolonglah rindu saya juga.



Tuesday, August 3, 2010

Sambungan entri sebelum ini.

Entri ini agak kejam.

Entri ini boleh menjadi amukan untuk seseorang.

Entri ini sangat bahaya.

Maka,
Berhati-hati lah.


Ehem.ehem. Betulkan suara.

Hai semua. Sihat? Aku sihat. Sakit pinggang sikit jelah. Mungkin kerana posisi badan tidak berubah disebabkan pemanduan sejauh 400 km ++. Gila mengungkit. Hari ini makan apa? Baju raya berapa pasang? Aku satu pasang je. Kuih raya berapa jenis? Jangan tak puasa ok. Maaf zahir batin. 0-0 ye.
(Melepas gian menulis kad raya zaman sekolah rendah.)

Sudah-sudah. Ini merapu tahap tidak dapat dimaafkan.

Ini merupakan entri sambungan kepada entri Nani merempuh hari graduasi beliau di Politeknik Merlimau Melaka .

Perjalanan pulang dari Melaka ke negeri Perak Darul Ridzuan sangat jauh. Jauh sangat. Semuanya penat. Pak Mat penat. Mak cik Faridah penat. Anak sulung yang best penat. Puji diri sendiri tak apa. Anak nombor tiga yang kuat menyengih penat. Dan anak nombor empat yang ______ penat. (Sila isi tempat kosong)


Pak Mat dan Makcik Faridah yang nampak sangat penat~~


Kami yang penat (???)

Sambil menunggu maggie goreng cik Nani yang tak siap-siap serta hangit rasanya, aktiviti-aktiviti penggambaran perlu dilakukan. Untuk mengelakkan kami berlima tertidur di meja RNR Dengkil ini.


Cik Jaja dan tanduk beliau.


Cik Jaja yang PENAT atau berlakon mungkin bersama botol ECPI.


Kami yang comel. Herk.


Poyo satu.


Poyo dua.


Poyo tiga.


Poyo empat.


Nani yang tak sempat nak poyo lima sebab dia pergi amik maggie goreng yang sangat lama masakannya.


Poyo enam.

Terima kasih kerana bersabar menahan diri melihat gambar-gambar poyo di atas. Pak Mat yang sangat mengantuk menyebabkan beliau mengeksplorasi (ada betul kah?) kamera handphone beliau.

Amaran aku maklumkan pada awal entri ini ditujukan khas buat Ecah. Siapa ecah?
Jeng..jeng..jeng..









Ini adik aku yang bongsu dan comel bernama Ecah (Tak tahan betol puji adik sendiri). Umur beliau 15 tahun. Oleh itu beliau berada di tingkatan tiga. Disebabkan beliau sekolah maka beliau sangat merajuk tidak dapat menyertai Ladies of the house yang lain ke Melaka.

Sila jangan merajuk ye. Kamu sekolah lagi. Tak boleh ponteng. Along dan ateh dah habis sekolah. Boleh lah pergi hari graduasi alang. Sila jangan mengamuk. Huu~~


P/S : Sila jangan tanya mengapa aku seorang je yang sedikit tembam.

Hari gembira Cik Nani

Hari sabtu tempoh hari merupakan hari penting untuk cik Nani Roslan yang merupakan adik aku yang ke-2. Beliau bukan bertunang, apatah lagi hendak mendirikan rumah tangga. Sementelah aku selaku kakak beliau masih tidak mendirikannya lagi. Tetapi sekiranya beliau begitu kepingin hendak berkahwin, silalah melangkah bendul dengan jayanya kerana tidak banyak yang aku minta. Hanya sumbangan tulus ikhlas sebanyak RM LIMA RIBU sahaja. Tak perlu kalian berbisik-bisik. Aku tahu aku seorang kakak yang bermurah hati, tidak berkira dengan adik beradik dan berhati waja (???).  Perlukah aku mintak 10? mmm.

Oh. Berbalik kepada cerita asal. Sememangnya aku memang suka berlari-lari anak tajuk pada perenggan pertama. Aku sendiri masih keliru tentang hal itu.

Oh. Berbalik kepada cerita asal. Sudah berjangkit untuk perenggan kedua.

Kembali serius.
Oh. Berbalik kepada cerita asal. Hari Sabtu lepas merupakan tarikh penting buat beliau adalah kerana.....



ADIK AKU SUDAH MENEMPUH HARI GRADUASI BELIAU...!

Sangat-sangat-sangat tahniah untuk Cik Nur Khairunnisa Hanisah Hanani..!

Peluh di tiak* selama bertahun-tahun akhirnya berbayar pada hari itu.

Air mata meraung-raung menelefon ayah hendak berhenti belajar akhirnya kering pada hari itu.

Suara yang mengeluh kepayahan diganti dengan ketawa berpanjangan pada hari itu.

Hanya sengihan sehingga ke gusi menghiasi hari itu.

Hari itu sangat istimewa.

Hari itu ialah 31 Julai 2010.

Hari itu hari graduasi Nur Khairunnisa Hanani Bt. Roslan.

Tahniah adik!. Wah. Jeles ecah.

Cik Nani sengih-sengih gembira.


Ladies of the house. Ecah jeles lagi.


Pak Mat bersama Cik Nani yang tak habis-habis menyengih.


Bunga untuk orang yang dirai




Tahniah sekali lagi.

Tetapi RM langkah bendul itu bukan main-main.

*ketiak

Tuesday, January 19, 2010

Pengumuman - pengumuman..

Adapon blog aku ni adalah tersangat anak jagung dan baru menjangkau 1 hari melihat dunia. Ilmu blogging dan penulisan aku pon berada di tahap rendah gila.

Sedang aku google berkenaan dengan beblog, Blog Anak Mat Nor berada di tangga teratas. Setelah aku telek-telek ternyata blog beliau sangat menarik dan tertarik. Penegasan yang aku nak buat di sini ialah sumpah aku tak berniat nak menumpang populariti beliau dengan menghampirkan nama blog aku seperti blog beliau. Walaupon tiada siapa berkata-kata tentang hal ini, malah aku sendiri pon tak popular. Aku terjumpa blog beliau selepas aku mewujudkan blog aku. Bersungguh-sungguh btol aku memberi penerangan. Mengapa? Aku pon tak tau.


Sejarah Blog Anak Pak Mat.


Raya Haji 2009


Ayah aku Roslan B. Noordin. Nama di kampung Ahmad Khidir. Aku pon baru tau. Sekampung Gunung Panjang ataupon sepekan Gopeng memanggil ayah aku Amat. Maka aku dikenali sebagai "anak Pak Mat". Kalau ada atok-atok atau nenek-nenek kampong tanya aku, kamu anak sape?Kalo aku jawab anak Roslan kompen akan terdengar bunyi emmmm...percaya la dorang tak kenal pon sape tu En. Roslan. Kalo aku jawab anak Amat, baru la bunyi mesra sikit, ooo...anak amat. Apa-apa pon, aku bangga menjadi anak Pak Mat.



Sekian.