Manusia normal mempunyai sudut toleh sebanyak 180 deg. bermula dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Hikmah penciptaan Allah ini adalah untuk membolehkan kita melintas jalan dengan selamat samada semasa berjalan kaki, menaiki basikal, menunggang motosikal hatta memandu lori.
Apakah perasaan anda apabila anda tidak boleh menoleh? Atau apabila ingin menoleh, bahu anda perlu digerakkan selari dengan kepala?
Untuk yang tidak tahu, perasaannya adalah sangat tidak gembira dan terseksa.
Mengapa aku tahu? Adakah aku Doktor? Sensei jual teh JioGulan di pekan lama? Ataupon adik jual koyok di Kedai Runcit Muaz? Pilihan-pilihan di atas tidak bersangkut paut sama sekali. Aku mengetahuinya semua ini adalah kerana.......
Kerana aku sedang mengalaminya sekarang. Waaa...! Hanya boleh menoleh ke kiri dengan sepenuhnya. Kanan hanya separuh sudut. Untuk sesiapa yang berada di kanan ku, janganlah menganggap aku tidak sudi memandang kamu ataupon aku ni suka menjeling ketika berbicara. Ia adalah kerana AKU SAKIT TENGKOK! Leherku kelihatan teleng ke kiri. Maka, duduklah di sebelah kiri ku untuk tidak berkecil hati.
Memandu kereta dengan terseksa sekali, dua kali dan berkali-kali. Tidak macho nya memandu dengan menoleh ke kanan bersama bahu. Tidakkkk...! Terkedek-kedek hendak melintas jalan seperti baru mendapat lesen P.
Mungkin ada yang beranggapan aku makan leher ayam hingga menyebabkan leherku teleng. Ketahuilah hampir seminggu aku tak nampak ayam. Apatah lagi nak makan haiwan peliharaan tersebut.
Kesimpulannya, atas nasihat doktor aku tidak boleh bergerak aktif. Perlu berehat sehingga sihat. Oleh itu, aku perlu beristirehat sekarang juga!
Zzzzzzz....
2 comments:
hahaaha..lawak sehhh..
awat ngn leher hg?
pergerakan pantas semasa hendak bangun tido. Inilah padahnya!
Post a Comment