Friday, March 12, 2010

99999

Sudah lama aku tidak menggila. Aku hampir menjadi manusia serius. Aku semakin membosankan. Padahal dari dulu memang bosan.

Pulang dari mengambil adik-adik dari asrama, meter kenderaan tunggangan aku sudah mencecah 99992km. Member seberang katil aku  pesan suruh amik gambar kalau meter cecah 99999km. Alasan beliau ialah ia merupakan detik sekali seumur hidup bagi kenderaan terbabit. Abis tu kalau nombor meter 99415 pon sekali seumur hidup jugak. Kenapa tak nak amik gambar? Alasan kedua beliau ialah nombor 99415 tu tak cantik. Kedua-dua alasan adalah tidak kukuh. Motif beliau kabur. Tidak lutsinar. Hanya lutcahaya. Tetapi tidak legap.

Okey, sambung cerita. Sesampai di pintu pagar rumah, meter menunjukkan angka 99992km. Macam mana ni? Mana nak cekau lagi 7km. Permintaan member seberang katil tidak boleh dipandang enteng. Mungkin beliau mengidam. Mmmm...

Setelah menurunkan dua orang penumpang kecil, aku membuat keputusan untuk bersiar-siar bagi mengisi kekosongan 7km itu. Pusing dekat-dekat sini je la, kata aku di dalam hati. Aku menyusuri lorong-lorong sepi gembira sambil melihat keindahan jalan-jalan tar. Jalan-jalan tar yang diselang seli dengan pili bomba yang berwarna emas kekuningan. Aku bosan. Satu pusingan berakhir. Meter tidak bergerak walau 1 unit. Sedih~~

Aku bercadang ingin pergi ke tempat lagi jauh. Tiba-tiba teringin makan french fries. McD!!!
Aku kembali gembira.

Tiba-tiba.
Tuut--tuut-- Telefon tanganku berbunyi. (Bunyi ala-ala telefon rumah itu aku reka. Nada dering aku bukan begitu.)

" Along kat mana tu?" Kantoi. Aku bukanlah seorang kakak yang suka menipu. Untuk makluman.

 "McD" Jujur.

"Mc Flurry dua. Ok. Bye." Kehampehan adikku terserlah. Menyesal jugak berlaku terlalu jujur.



Harga 7km


Setelah pulang dari McD, misi aku masih tidak dapat dipenuhi. Aku masih memerlukan 2km. Aku pusing taman lagi 4 pusingan. Aku mereng. Beberapa orang jiran tetangga mengerling aku. Mungkin mereka ingat aku nak survey rumah untuk dirompak malam ni kot. Nasib baik mereka mengerling je, dibuatnya aku kena tahan dan disoal siasat. Adakah alasan aku untuk mencukupkan meter kepada 99999km di atas permintaan seorang teman akan dipercayai? Musykil.

Setelah menghafal setiap lekuk di jalan rumah aku, akhirnya misi aku berakhir dengan selamat. Meter bertukar dari 99998 kepada 99999 betul-betul di hadapan pagar rumah. Justeru itu, ia diabadikan...


Sukses!

Hadiah Nisa untuk Kak Eton. Ikhlas ni.


P/S: Sekiranya bosan dengan gaya bahasa saya yang mengalahkan orang nak tulis cerpen dan hantar ke majalah untuk disiarkan, maaflah. Saya sekali lagi jiwa kacau.

4 comments:

Anonymous said...

Haha....betul2 ambik tuuu! terharu2! nanti blk dr kelate i kasik hadiah okey?(tetibe pk balik aper nk bt dgn gmbr 99999 tu ha?)
-eToN-

p/s:klu jiwa kaco gi la tgk laut ke,mancing ke,masak ke,on hp ke...

Miss Hanisah Roslan said...

Wallpaper desktop.hehe

zizie saref said...

hahaah,lawak korg ni

Miss Hanisah Roslan said...

kak eton yang suka ngarut2.hehe.(salahkan kak eton sahaja.lepaskan diri sendiri.)

Post a Comment