Tuesday, August 3, 2010

Hari gembira Cik Nani

Hari sabtu tempoh hari merupakan hari penting untuk cik Nani Roslan yang merupakan adik aku yang ke-2. Beliau bukan bertunang, apatah lagi hendak mendirikan rumah tangga. Sementelah aku selaku kakak beliau masih tidak mendirikannya lagi. Tetapi sekiranya beliau begitu kepingin hendak berkahwin, silalah melangkah bendul dengan jayanya kerana tidak banyak yang aku minta. Hanya sumbangan tulus ikhlas sebanyak RM LIMA RIBU sahaja. Tak perlu kalian berbisik-bisik. Aku tahu aku seorang kakak yang bermurah hati, tidak berkira dengan adik beradik dan berhati waja (???).  Perlukah aku mintak 10? mmm.

Oh. Berbalik kepada cerita asal. Sememangnya aku memang suka berlari-lari anak tajuk pada perenggan pertama. Aku sendiri masih keliru tentang hal itu.

Oh. Berbalik kepada cerita asal. Sudah berjangkit untuk perenggan kedua.

Kembali serius.
Oh. Berbalik kepada cerita asal. Hari Sabtu lepas merupakan tarikh penting buat beliau adalah kerana.....



ADIK AKU SUDAH MENEMPUH HARI GRADUASI BELIAU...!

Sangat-sangat-sangat tahniah untuk Cik Nur Khairunnisa Hanisah Hanani..!

Peluh di tiak* selama bertahun-tahun akhirnya berbayar pada hari itu.

Air mata meraung-raung menelefon ayah hendak berhenti belajar akhirnya kering pada hari itu.

Suara yang mengeluh kepayahan diganti dengan ketawa berpanjangan pada hari itu.

Hanya sengihan sehingga ke gusi menghiasi hari itu.

Hari itu sangat istimewa.

Hari itu ialah 31 Julai 2010.

Hari itu hari graduasi Nur Khairunnisa Hanani Bt. Roslan.

Tahniah adik!. Wah. Jeles ecah.

Cik Nani sengih-sengih gembira.


Ladies of the house. Ecah jeles lagi.


Pak Mat bersama Cik Nani yang tak habis-habis menyengih.


Bunga untuk orang yang dirai




Tahniah sekali lagi.

Tetapi RM langkah bendul itu bukan main-main.

*ketiak

2 comments:

zizie saref said...

hahaha...sket sgt ko mntk sa..up la lg..haahah

Hanisah Roslan said...

haha.memang rasa nak up lagi.haha

Post a Comment