Friday, July 16, 2010

Sesat di Kelantan..

Pada satu hari yang agak lama juga, aku dan cik eton telah ke negeri Kelantan. Naik bas tuh. Lama sangat-sangat aku tidak menggunakan perkhidmatan awam tersebut. Sampai tak terhingat la bila kali terakhir memanjat tangga bas ekspress. Bas Omnibus tak pernah kot. Haa..bas mini serta indrakota aku pernah naik satu kali. Oh..oh..ehem..(membetulkan keadaan kotak suara apabila kita tahu kita sudah lari topik). Bas kami bertolak pada pukul 1020 malam dari Butterworth dan sampai di Pasir Mas pada pukul 330 pagi. Dah macam laporan berita pulak. Aisshhh..!

 
Saya yang tembam sikit je.  

Pada keesokan harinya..

Selepas selesai menikmati makan tengah hari yang lazat di rumah kami menumpang teduh, datang satu idea agak daring dari cik eton iaitu hendak ke Kota Bharu naik motor dengan aku di mana aku dan cik eton adalah orang negeri Perak pio. PIO. Adakah logik bagi kalian apabila dua orang pio Perak hendak berjalan-jalan di negeri bukan Perak berdua sahaja dengan menaiki motor? Ini kerja gila.

Dan disebabkan aku ni tidaklah waras sangat, maka aku pon meneruskan jua idea daring cik eton itu. Betapa aku ini seorang wanita ayu lagi lemah gemalai, aku sangat berdebar-debar bagi menjayakan misi ini.

Oh..lupa nak beritahu. Misi kami adalah hendak mencari keropok lekor dan buah gajus.

Berdasarkan arahan dan plan jalan yang diberi oleh tuan rumah, kami memulakan perjalanan dengan agak ragu-ragu sekali. Setelah 25minit aku membonceng cik eton, akhirnya kami selamat sampai ke Kota Bharu. Gembira sampai rasa nak melompat-lompat. Serius.

Setelah menyelesaikan misi dan bersiar-siar di Kota Bharu, kami bergerak pulang pada pukul 610 dengan harapan akan sampai ke rumah pada pukul 635 petang. Sementelah perjalanan pergi tidak mempunyai apa-apa masalah, maka perasaan kami lebih yakin untuk perjalanan pulang. TERlebih yakin mungkin.

Broomm..broomm..kami pon bergerak dari pusat bandar.
(Bukan penyapu. Ia bunyi motor)

Broomm..broomm..20 minit berlalu.

Broomm..broomm..40 minit berlalu. Mana simpang jalan masuk nih?

Broomm..broomm..aik.tadi pergi tak pulak nampak tokong buddha sebelah kanan jalan nih?

Waa..! Where are we??? Jerit batin kami.

Aku suruh cik eton jalan lagi depan kot-kot jumpa simpang. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH KAMI TELAH SESAT, nisa oii.

Akhirnya cik eton telah membuat keputusan nekad untuk membuat pusingan U di satu kawasan yang kami berdua pon tak tahu kat mana. Selang 20 minit dengan pecutan yang tinggi kami telah sampai di Balai Polis Chabang Empat. Sudah semestinya en. polis itu akan membantu kami mencari jalan pulang yang benar. Terima kasih en. polis walaupon anda menahan gelak. Cik eton tahu anda ingin gelak guling-guling di lantai. Aku yang pemalu ni tak tahu sebab aku tunggu di luar.

Efisen sungguh en. polis itu kerana kami selamat sampai ke rumah pada pukul 815 malam.

Sepanjang kejadian sesat ini, aku hanya tahu aku sesat di kawasan Tumpat. Itu pon terima kasih kepada papan tanda-papan tanda di tepi-tepi jalan. Dan semua orang cakap jauhnya anda berdua sesat. Aku hanya mampu senyum simpul sahaja.

Setibanya di Penang, perkara pertama yang aku lakukan adalah mencari google map dan menyiasat berapa jauh aku telah terpesong dari jalan sebenar dan jawapannya ialah......















*warna garisan sangat buruk oleh aku yang tidak mahir. Sila abaikan.

A - Kota Bharu
B - Balai Polis Chabang Empat
C - Pasir Mas
D - Lokasi pusingan U. Berdekatan tokong buddha.
Garisan warna merah merupakan jalan pulang yang sebenar dan warna biru ialah warna kesesatan jalan.

Perrghh, lagi beberapa meter je aku mungkin berbahasa Thailand. Sawadeeka. Praktis-praktis.

Kesimpulannya, aku memang telah sangat sesat jalan raya secara terlampau di bumi Kelantan hanya kerana keropok lekor dan biji gajus. Sila bayangkan perasaan aku dan cik eton yang tak tahu berada di mana di negeri bukan Perak pada waktu maghrib dan sedang membonceng motor. Huu~~

Ngeri..!


Sekian laporan sesat di Kelantan oleh saya yang sangat lama tidak meng'update' blog.
Terima kasih kerana bersabar dengan tulisan saya yang skema.

2 comments:

zizie saref said...

hahahah...korg 2 mmg lawak!

Hanisah Roslan said...

aku tiba2 jadi minah rempit z.dah la fa ckp tempat kitorg sesat tu byk b*** hutan melintas. takut gila.huhu

Post a Comment