Thursday, January 21, 2010

Senangnya Memasak....Ikan

Wah. Aku beli buku masak-masak. Mungkinkah untuk mencapai misi boleh memasak 30 resepi tidak termasuk telur goreng, maggi dan sekumpulan dengannya?



Sesi fotografi yang kunun-kunun


Sejak kecil aku tidak mendedahkan diri dengan acara memasak. Cuma diberi kepercayaan (percaya sangatla kot) menyediakan bahan masakan. Itupon level yang paling tinggi ditugaskan ialah aktiviti kupas mengupas seperti bawang merah, bawang besar, bawang putih, ubi kentang, dan lobak merah. Banyak jugak skill aku. Sedih~~

Bukannya aku tidak dipaksa ke dapur, tapi mungkin aku lebih gemar memegang pen dan pensil dari senduk dan sudip. Aiceh..macamla aku rajin belajar sangat. Semua tu alasan belaka. Kadang-kadang nak masak kicap pon kena tepon adik aku kat melaka. Adik-adik pompuan aku memang hebat memasak. Dihantar training budak-budak nih. Terbaik dari dapur Rumah Kerajaan Sitiawan.

Azam baru ialah paling kurang pon tau masak 10 resepi. Boleh ke? Musykil.
Yeay..aku dah ada 2 azam. Bukan Nor Azam k.

Selalu cedok ilmu member seberang katil. Jeng..jeng..jeng..Siapakah beliau?

3 comments:

eToN said...

Balik nanti jgn lupa bawak untuk member seberang katil aaa... Beliau yg merangkap juri jemputan mgg ini nak mengulas hasil latihan mingguan di Dapur Terbaik Rumah Manjung pulak!MANTOP ke tak.haha

zizie saref said...

hahahah...setuju2!!! belatih rajin2, t juri dr melaka pLAK SMPI..ahahah

Nur Khairunnisa Hanisah Bt Roslan said...

ada berita baik dan berita buruk.
berita baik ialah resepi-resepi ada yang telah diaplikasikan.
berita buruk ialah bukan saya yang mengaplikasikannya.
hermm..

Post a Comment