Monday, April 12, 2010

Dinner Aero

Tarikh  : 26 Mac 2010
Masa   : 830 malam
Lokasi : Restoran Anisani

Menu   : Nasi tomato (kot)
              Ayam goreng berempah
              Ikan percik kelantan
              Lamb chop
              Sayur campur
              Ulam ulaman
              Air bandung
              Buah-buahan
              Aiskrim mat cool yang cair meleleh-leleh

Harga : RM 30
Cenderahati : Sebiji kapal lanun

Bintang tanda puas hati : Suku bintang. (Markah penuh ialah 5 bintang)


Korang bayangkan aku boleh bagi suku bintang je. Jangan kata satu bintang, separuh pon tak sampai hati nak bagi. Sedih sangat tengok majlisnya. Suku bintang di pon nasib baik dapat sebab air bandungnya sangat sedap. Ulangan, air bandung sahaja.

Dahla ia merupakan pertama kali aku terlalu teruja nak pergi. Mungkin sebab ada lamb chop. Habis satu lab aku canangkan. Penat membodek supaya mereka turut serta memeriahkan majlis tersebut. Walaupon kegawatan ekonomi dompet masing-masing sangat meruncing.

Bagi aku ada dua pihak yang bertanggungjawab ke atas suku bintang yang diberi oleh aku ni. Mereka ialah.....

1. Komuniti yang menganjurkan majlis.
2. Restoran Anisani.

Sebelum aku bagi jawapan mengapa mereka bersalah, sila baca ringkasan cerita di bawah ini.

Makan malam ini adalah berkonsepkan beratur mengambil makanan di belakang (buffet). Peratusan lelaki yang berada di majlis tersebut ialah 90 peratus, sudah semestinya mereka menyerbu secara beramai-ramai ke arah makanan. Kami wanita-wanita ayu ni tak kan nak berebut-rebut menyertai kaum lelaki. Dah nama pon ayu. Tak sampai separuh yang dah mengambil makanan, ayam dan lamb chop dah licin. Ini boleh mendatangkan kemarahan. Aku pon tanya la makcik anisani tu, ayam ada lagi tak. Dia menjawab ada orang amik kat atas. ( Menjawab dengan ekspresi kerek gila). Sampai habis jamuan, tak sampai-sampai lagi orang yang pergi amik makanan. Mungkin baru nak pergi beli ayam kat pasar. Atau pon mungkin kami perlu tunggu hingga ke pagi sebab malam pasar tak bukak. Semasa aku dengan muka sangat kecewa melangkah ke meja makan, tiba-tiba aku ternampak meja sebelah yang dipenuhi lelaki mempunyai sebuah pinggan yang dipenuhi lamb chop sahaja dan sepinggan ayam sahaja. Agaknya aku sedih dan tercakap dengan kuatnya ayam dan lamb chop habis. (Atau aku mungkin sengaja bercakap kuat). Atas dasar simpati mereka pon memberi sedikit lamb chop dan ayam kepada aku. Ada rakan-rakan aku yang lain hanya dapat makan ikan kembung yang halus dan ulam-ulaman yang banyak. Baik buat jamuan kat kafe halim je. Perkara-perkara yang menyedihkan lain ialah cabutan bertuah hanya ada LIMA. kodokuit!!..Beberapa jam kemudian majlis berakhir.

Mengapa komuniti yang menganjurkan majlis bersalah?
Mereka semestinya maklum bahawa majlis ini dipenuhi oleh lelaki. Maka konsep beratur mengambil makanan adalah sangat tidak wajar. Sewajibnya para-para lelaki ini akan mengambil makanan secara berlebihan. Yang aku perasan amik banyak-banyak hanya meja sebelah aku. Meja-meja lain aku tak siasat lagi. Sememangnya mereka yang menganjurkan majlis perlu menghadiri kursus terlebih dahulu.

Mengapa Restoran Anisani bersalah?
Macam baru semalam menubuhkan restoran. Takkan tak pernah mengadakan majlis seperti ini. Mana ada orang meletak semua makanan dalam satu masa. Siap tipu lagi tu. Ada makanan kat atas konon. Sangat-sangat kecewa dan marah. Ayat-ayat aku pon skema semacam je sebab aku memang tengah marah.

Kesimpulan : AKU TAK AKAN PERGI LAGI DINNER AERO noktah.


Kapal lanun dan nombor bertuah

Dewan jamuan


Warga meja

lamb chop yang tinggal 5 serta barisan yang ada lagi 20 orang

Sebab musabab mengapa Anisani menjadi pilihan ramai. Pemandangan yang sangat cantik. Boleh tengok matahari terbenam tuuu..

3 comments:

Anonymous said...

konsep beratur mengambil makanan di belakang ialah buffet la cik nisa, bukan buffer. buffer tu bukan istilah komputer ke? huhu

eToN

p/s: bila kita nk pekena steak ni?

Hanisah Roslan said...

Ayoo..malu gila. saya suda tuka. tq k.eton.huhu. steak kena tunggu gaji.hehe

Zizie Saref said...

nk nk ikot gak pekena steak!!

Post a Comment