Friday, July 16, 2010

Sesat di Kelantan..

Pada satu hari yang agak lama juga, aku dan cik eton telah ke negeri Kelantan. Naik bas tuh. Lama sangat-sangat aku tidak menggunakan perkhidmatan awam tersebut. Sampai tak terhingat la bila kali terakhir memanjat tangga bas ekspress. Bas Omnibus tak pernah kot. Haa..bas mini serta indrakota aku pernah naik satu kali. Oh..oh..ehem..(membetulkan keadaan kotak suara apabila kita tahu kita sudah lari topik). Bas kami bertolak pada pukul 1020 malam dari Butterworth dan sampai di Pasir Mas pada pukul 330 pagi. Dah macam laporan berita pulak. Aisshhh..!

 
Saya yang tembam sikit je.  

Pada keesokan harinya..

Selepas selesai menikmati makan tengah hari yang lazat di rumah kami menumpang teduh, datang satu idea agak daring dari cik eton iaitu hendak ke Kota Bharu naik motor dengan aku di mana aku dan cik eton adalah orang negeri Perak pio. PIO. Adakah logik bagi kalian apabila dua orang pio Perak hendak berjalan-jalan di negeri bukan Perak berdua sahaja dengan menaiki motor? Ini kerja gila.

Dan disebabkan aku ni tidaklah waras sangat, maka aku pon meneruskan jua idea daring cik eton itu. Betapa aku ini seorang wanita ayu lagi lemah gemalai, aku sangat berdebar-debar bagi menjayakan misi ini.

Oh..lupa nak beritahu. Misi kami adalah hendak mencari keropok lekor dan buah gajus.

Berdasarkan arahan dan plan jalan yang diberi oleh tuan rumah, kami memulakan perjalanan dengan agak ragu-ragu sekali. Setelah 25minit aku membonceng cik eton, akhirnya kami selamat sampai ke Kota Bharu. Gembira sampai rasa nak melompat-lompat. Serius.

Setelah menyelesaikan misi dan bersiar-siar di Kota Bharu, kami bergerak pulang pada pukul 610 dengan harapan akan sampai ke rumah pada pukul 635 petang. Sementelah perjalanan pergi tidak mempunyai apa-apa masalah, maka perasaan kami lebih yakin untuk perjalanan pulang. TERlebih yakin mungkin.

Broomm..broomm..kami pon bergerak dari pusat bandar.
(Bukan penyapu. Ia bunyi motor)

Broomm..broomm..20 minit berlalu.

Broomm..broomm..40 minit berlalu. Mana simpang jalan masuk nih?

Broomm..broomm..aik.tadi pergi tak pulak nampak tokong buddha sebelah kanan jalan nih?

Waa..! Where are we??? Jerit batin kami.

Aku suruh cik eton jalan lagi depan kot-kot jumpa simpang. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH KAMI TELAH SESAT, nisa oii.

Akhirnya cik eton telah membuat keputusan nekad untuk membuat pusingan U di satu kawasan yang kami berdua pon tak tahu kat mana. Selang 20 minit dengan pecutan yang tinggi kami telah sampai di Balai Polis Chabang Empat. Sudah semestinya en. polis itu akan membantu kami mencari jalan pulang yang benar. Terima kasih en. polis walaupon anda menahan gelak. Cik eton tahu anda ingin gelak guling-guling di lantai. Aku yang pemalu ni tak tahu sebab aku tunggu di luar.

Efisen sungguh en. polis itu kerana kami selamat sampai ke rumah pada pukul 815 malam.

Sepanjang kejadian sesat ini, aku hanya tahu aku sesat di kawasan Tumpat. Itu pon terima kasih kepada papan tanda-papan tanda di tepi-tepi jalan. Dan semua orang cakap jauhnya anda berdua sesat. Aku hanya mampu senyum simpul sahaja.

Setibanya di Penang, perkara pertama yang aku lakukan adalah mencari google map dan menyiasat berapa jauh aku telah terpesong dari jalan sebenar dan jawapannya ialah......















*warna garisan sangat buruk oleh aku yang tidak mahir. Sila abaikan.

A - Kota Bharu
B - Balai Polis Chabang Empat
C - Pasir Mas
D - Lokasi pusingan U. Berdekatan tokong buddha.
Garisan warna merah merupakan jalan pulang yang sebenar dan warna biru ialah warna kesesatan jalan.

Perrghh, lagi beberapa meter je aku mungkin berbahasa Thailand. Sawadeeka. Praktis-praktis.

Kesimpulannya, aku memang telah sangat sesat jalan raya secara terlampau di bumi Kelantan hanya kerana keropok lekor dan biji gajus. Sila bayangkan perasaan aku dan cik eton yang tak tahu berada di mana di negeri bukan Perak pada waktu maghrib dan sedang membonceng motor. Huu~~

Ngeri..!


Sekian laporan sesat di Kelantan oleh saya yang sangat lama tidak meng'update' blog.
Terima kasih kerana bersabar dengan tulisan saya yang skema.

Thursday, June 3, 2010

Lama sudah tidak membebel. Sangat sibuk sekarang. Hah..tiba-tiba tertulis isi entry sebagai tajuk. Maafkan saya~~

Ceriakan pagi anda dengan video di bawah. Sila. Sila.




Get to go. (Nak pergi jumpa Supervisor. Perrghh..agak cuak disitu).

Daa..

Monday, May 10, 2010

Gempa bumi.

/* entry ini telah diubah suai untuk mengelakkan pembaca mengambil dos panadol berlebihan akibat pening yang melampau */
(Comment out ala-ala C++ lagi. Sila jangan jeles)


Hari ini. 10 Mei 2010.
Semalam kepala aku pening. Semalam kepala warga blok satu pening. Semalam kepala warga kampus pening. Semalam kepala satu Penang pening.

Rupa-rupanya gempa bumi telah melanda Indonesia lagi. Utara Sumatera pada jam 1.59 petang berukuran 7.1 SR.

Ini merupakan pengalaman aku kali ketiga. Di bawah merupakan pengalaman-pengalaman aku mengikut aturan. Semua orang pening apabila membaca entry ini. Adakah aku sengaja mengheret semua orang supaya pening bersama-sama?


Pengalaman pertama. 26 Disember 2004.
Pengalaman pertama adalah seperti tiada pengalaman. Ini adalah kerana aku sedang tidur dengan nyenyak nya pada masa kejadian. Bangun daripada tidur terpinga-pinga apabila semua orang cakap ada gempa bumi. Adakah mereka mengigau? Takkan la Malaysia ada gempa bumi. Padahal diri sendiri tidur tak ingat dunia. SANGAT TIDAK INGAT DUNIA.

Sedangkan aku tak tahu yang pada ketika itu penduduk Banda Acheh sedang bertarung nyawa melawan ombak gergasi tsunami. Ibarat tiada lagi hari esok.
Tiba-tiba suasana menjadi pilu. Al-Fatihah untuk mangsa korban tsunami di Banda Acheh Disember 2004.


Pengalaman kedua. Selepas 26 Disember 2004.
Pengalaman gempa bumi kedua ialah pada beberapa minggu atau hari (aku pon tak ingat) selepas tsunami. Masa tu aku di rumah bersama keluarga. Serius pening gila. Aku ingat aku salah makan ke, tengok tv banyak sangat ke. Ayah aku siap ingat penyakit diabetes beliau tiba-tiba mengganas. Tidak ayah. Tidak. Kami semua pening. Perasaan nya seperti kita berada di dalam lif dan ia hendak berhenti. Syaratnya lif tersebut perlu laju. Dan berhenti mengejut. Pening pusing-pusing la kita ni. Hanya untuk lif yang tidak efisen. (Sila abaikan analogi lif aku.)


Pengalaman ketiga.10 Mei 2010. Bersambung dari perenggan pertama.
Dan semalam merupakan pengalaman yang ketiga. Kali ini agak ngeri. Terasa kepala aku bergerak ke kiri dan kanan. Lama.

Berterima kasih dengan pengalaman-pengalaman aku sebelum ini, aku sudah tahu mengawal perasaan cuak diri sendiri. Walaupon lepas tu mengeletar. Aku anggap je aku lapo. Terus makan roti Gardenia cicah Coffee Mix sambil menjeling dinding dan siling bilik. Takut-takut retak. Sempat lagi la nak lari.

Aku bermonolog dengan diri sendiri. "Aku nak bawak lari apa ye? Laptop ke. Sayang kalau tinggal ni. Handfon, purse, tudung, kunci kereta. Apa lagi eh?". Setelah habis dua keping roti, aku pon berhenti membebel dengan diri sendiri.

Dalam masa yang sama, orang lain dah kelam kabut keluar blok. Aku konon-konon nampak kool sebab makan roti. Padahal dalam hati cuak gila.

5 minit kemudian, aku sambung main game. Aku bukan kool. Aku gila.





p/s: Aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang hanya merasai sedikit kesan dari gempa bumi. Tak boleh bayangkan kesengsaraan rakyat Indonesia yang sentiasa berwaspada dan mesti lagi pening dari aku. Sekian.

p/s 2: Kawan-kawan ku, pening lagi tak? Siap letak tarikh lagi. huhu