Wednesday, February 24, 2010

Tajuk karangan "Kawan baik ku"

Hai semua. Karangan hari ini adalah kawan baikku. Sila menikmatinya. Nyum..nyum..

Kawan-kawan baik ku atau bekas kawan-kawan baik ku boleh dikira mengguna sempoa. Tak banyak. Tetapi aku bahagia.

Aku sangat gembira berkawan dengan mereka. Sehingga sampai satu ketika, aku mohon masa untuk berhenti berdetik. Walaupon sekejap. Untuk aku merasai kegembiraan ini dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapon, pertemuan memang menjanjikan perpisahan. Hidup masing-masing perlu diteruskan. Setiap nakhoda mempunyai haluan sendiri.

Aku mempunyai kawan baik bermula di sekolah rendah. Aku sangat kecil dan tidak matang. Jarang untuk aku menghargai seorang kawan. Dan aku sangat menyesal. Sampi ke hari ini.

Perjalanan bertukar. Aku ke sekolah menengah. Dari menengah rendah hingga ke menengah tinggi di sekolah yang sama. Kawan-kawan baik aku juga bertambah. Berasal dari setiap pelosok Perak.

Haluan bertukar lagi. Aku ke matrikulasi. Berkawan baik dengan dunia yang lebih besar. Dunia Malaysia yang bukan hanya ada negeri Perak.

Dan haluan masih berubah, aku mengalihkan layar ke universiti. Berlakunya pertambahan bilangan kawan baik ku.

Haluan aku akan terus berubah sehingga aku menutup mata.

Sedaya upaya aku untuk tidak berubah apabila keadaan hidup aku berubah. Dengan harapan kawan-kawan baik aku dari sekolah rendah hingga ke sekarang masih mengenali aku. Untuk mereka tahu, aku tetap Nisa yang dulu. Nisa yang pernah mereka kongsi suka dan duka. Ya..aku sangat mahu mereka berasa selesa seperti satu ketika dahulu.

Sistem pemakaian aku tidak berubah. Cara bercakap tidak berubah. Gila tidak berubah. Emo pon tidak berubah. Aku tak kisah kalau ada orang kata aku membosankan. Aku sendiri memang membosankan. Mengapa perlu marah untuk perkara yang benar. Dan mungkin ada orang kata, bukan semua tu dinilai dalam persahabatan tetapi aku tak kisah. Aku tetap mempunyai cara sendiri.

Kepada kawan-kawan baik saya,
Terima kasih kerana ikhlas dan sabar semasa berkawan dengan saya.
Maafkan saya untuk semua dosa saya kepada kalian.
Saya tau saya tiba-tiba skema. Saya tak pernah bahasakan diri saya dengan korang. Saja buat poyo.

Aku bersyukur Allah kurniakan kalian untuk menemani perjalanan hidup ini. Percayalah aku btol-btol bersyukur.

Sunday, February 21, 2010

Petang di Ampang Jajar

Perkelahan tepi sungai Ampang Jajar di suatu lewat petang. Makan nasi goreng dan sambal yang lazat. Tidak lupa juga teh suam-suam di dalam botol mineral. Angin yang sepoi-sepoi bahasa sesekali datang menyapa. Beberapa kelompok pemancing udang bergembira dengan hasil tangkapan.Ya..ia memang perkelahan yang menggembirakan.

Tengah kitorang melepak-lepak, datang satu bot nelayan ni. Merempit bot dengan laju nya. Kurang sikit je dari halaju bunyi. Tiba-tiba berhenti dan terus menjala. Kagum. Memang terbaiklah pak cik tu drift dengan bot. Sambil jeling-jeling lagi. Eksen jugak pak cik nih.


Pokok yang dramatik.


Penat jurufoto memberi penerangan yang detail untuk menghasilkan gambar yang cemerlang.



Credit to cik jurufoto merangkap pengedit foto yang berjaya...member seberang katil.


Marilah kita meramaikan Ampang Jajar. Sesuai untuk seisi keluarga.

Thursday, February 18, 2010

Perjalanan ke sangat utara..

Hari sabtu lepas aku ke Perlis. Menghadiri majlis kawen seseorang. Ceh..bunyi macam pakwe lama kawen dan aku kecewa. Sebenarnya bekas jiran sebelah bilik aku yang kawen. Tahniah Kak Su.

Perlis sangat panas. Serius tak tipu. Awan ketul-ketul. Setompok-setompok. Nasib baik pilot aku seorang yang berhemah. Persoalannya ialah apakah kaitan Perlis yang panas dan pilot yang berhemah? Hmmm..


Berbalik kepada topik, ni antara awan tompok-tompok yang sempat dirakamkan.




















Amacam? Tompok-tompok yang cantik kan? Walaupon panas sentiasa menemani aku ke mana-mana tetapi mata berpeluang menikmati permandangan yang indah.  

Oleh itu, janganlah asyik mengeluh ke atas cuaca panas sekarang ni. Mengomel je tau ye. Kepada aku dan orang-orang seperti aku yang tak pernah duduk luar dari Malaysia, *renti-renti kan la komen "Panasnya Malaysia". Macamla pernah rasa sejuknya salji. Salji buatan kat Genting tak kira.

Bersyukur di atas kelebihan dan kekurangan yang Allah beri. Point yang penting k.





*renti-renti adalah berhenti. Saja menunjukkan semangat kePERAKan.hehe