Minggu yang kelam kabut untuk aku sekeluarga.
Ayah yang lemah sepanjang minggu.
Mak dah seminggu tak pergi kerja.
Aku mengendalakan homework.
Rumah yang tunggang terbalik.
Dugaan, ujian yang perlu dilalui dengan positif.
Sentiasa bersangka baik itu wajib.
Kata-kata ayah yang aku berharap tak akan lupa. Sebab aku sudah mula nak lupa huu~~
"Jangan tertipu dengan kesenangan. Kesusahan itu perlu untuk kita menjadi lebih baik"
Ayat yang depan tu sumpah betol. Ayat yang nombor dua tu ingat-ingat lupa.
Aku selalu mengadu tentang perjalanan ijazah yang 'hegeh-hegeh' bak kata izhar anak buah member seberang katil aku. Sepanjang aku tadika sampailah ijazah sarjana muda, jarang untuk aku berasa susah. Sehinggalah aku menyambung pelajaran ke peringkat sekarang. Dengan keadaan kewangan yang kais mengais, progress sangat lambat (dicampur dengan sikap malas dan suka melengah), ayat-ayat semangat ayah adalah sangat perlu. Ayah ialah bulan aku. Yang menyinari di kala malam dan menemani di kala siang. Gila puitis aku. Sekarang ayah tidak sihat dan aku....
sangat Jiwa Kacau.
Friday, January 29, 2010
Saturday, January 23, 2010
Impian yang 99% mustahil untuk tercapai
Mengapa 99% ?
Jauh di sudut hati aku teringin SANGAT-SANGAT untuk merealisasikan impian aku tu. Oleh itu, 1% adalah untuk menyejukkan perasaan sendiri.
1. Berjaya mendapatkan lesen kenderaan berat
Amik lesen lori ataupon lesen kenderaan kelas E merupakan impian aku di tangga pertama. Tercetusnya impian ini semasa aku di tingkatan satu. Aku ingat lagi hari itu hari Selasa, hari ujian memandu di Ipoh. Ketika aku sekeluarga melintas di hadapan kawasan memandu, ada seorang gadis sunti sedang diuji oleh JPJ hendak memandu keluar dari kawasan tersebut. Ya..dia memandu lori!! Orangnya kecik molek dan bertudung. Kagum kan? Ke aku sorang je kagum terlebih? Aku berazam ingin mengikut jejak langkah gadis comel itu.
Semakin aku menginjak dewasa, aku tau aku kena melupakan lesen lori tersebut. Walaupon aku menepati syarat-syarat untuk mengambil lesen kelas E iaitu calon hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan sudah memiliki lesen memandu kelas D selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Tetapi membazir itu kan amalan syaiton. Bukannya ayah aku ada ladang sayur ke. Bisnes angkut barang ke.dan sewaktu dengannya.
2. Masuk kelas drift kereta
Ni impian aku yang aku rasa paling mahal. Dengar-dengar nya yuran kelas dia pon Ringgit Malaysia 700 sebulan. Memang ganas pengaliran keluar duitnya. Elaun aku pon lebih berapa ratus je dari yuran dia. Aku saje suka-suka je nak belajar. Nampak macam best. Lagi pon aku rasa kelas drift ni penting pada masa-masa kecemasan. Contoh kalau tayar pecah ke, brek tak makan ke, para pemandu tau macam mana nak kawal keadaan. Mungkin boleh kurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Aku bagi alasan ni kat ayah aku tapi tak jalan. Apa yang ayah aku dapat simpulkan ialah jangan bawak laju. Nasib baiklah aku anak penurut kata.hehe
Panjang dah aku membebel. Mungkin boleh bersambung di lain entry.

Labels:
Lain-lain
Thursday, January 21, 2010
Senangnya Memasak....Ikan
Wah. Aku beli buku masak-masak. Mungkinkah untuk mencapai misi boleh memasak 30 resepi tidak termasuk telur goreng, maggi dan sekumpulan dengannya?
Sejak kecil aku tidak mendedahkan diri dengan acara memasak. Cuma diberi kepercayaan (percaya sangatla kot) menyediakan bahan masakan. Itupon level yang paling tinggi ditugaskan ialah aktiviti kupas mengupas seperti bawang merah, bawang besar, bawang putih, ubi kentang, dan lobak merah. Banyak jugak skill aku. Sedih~~
Bukannya aku tidak dipaksa ke dapur, tapi mungkin aku lebih gemar memegang pen dan pensil dari senduk dan sudip. Aiceh..macamla aku rajin belajar sangat. Semua tu alasan belaka. Kadang-kadang nak masak kicap pon kena tepon adik aku kat melaka. Adik-adik pompuan aku memang hebat memasak. Dihantar training budak-budak nih. Terbaik dari dapur Rumah Kerajaan Sitiawan.
Azam baru ialah paling kurang pon tau masak 10 resepi. Boleh ke? Musykil.
Yeay..aku dah ada 2 azam. Bukan Nor Azam k.
Selalu cedok ilmu member seberang katil. Jeng..jeng..jeng..Siapakah beliau?
Sesi fotografi yang kunun-kunun

Azam 2010