Tuesday, December 21, 2010

Teacher Shida lagi.

Ini cerita sebenarnya yang aku hendak ceritakan selepas merepek-repek tak tentu hala di entry lepas.

Semasa terkial-kial menggunakan internet, satu benda yang aku rasa aku taklah terkial-kial sangat. Apa lagi kalau bukan youtube. Budak sekolah rendah pon expert.

Tiba-tiba mak aku tanya aku satu soalan pelik. Dah tengok video cikgu shida?

Siapakah gerangannya Cikgu Shida ini? Siapakah beliau?

Aku pon search di youtube dengan katanama "shida".

Nah.

Antara yang keluar ialah CIK SHIDA'S LIP SYNC.

Video pertama yang aku tengok ialah di bawah ini.




Sumpah terkejut.

Aku tak percaya kalau tak ada orang terkejut jika pertama kali melihat video beliau.

Adalah dalam LIMA kali aku tanya mak aku soalan yang sama. Adakah beliau betul seorang wanita?

Terer sungguh beliau menata rias penampilan 'lelaki' untuk dilakonkan.

Sangat sebenar. Perkataan sebenar agak pelik. Sangat real.

Ya, saya tidak setuju dengan aktiviti hobi beliau. Sila klik blog beliau untuk lebih jelas dan paham bahawa ini merupakan hobi beliau. Ia hobi yang pelik.

Aku tak nak mengutuk ataupon menambah dosa dengan beliau sementelah aku tak kenal pon siapa beliau. Walaupon aku juga orang Perak serta Parit itu tak sampai sejam dari rumah aku.

Beliau agak berbakat dalam menyolek diri beliau. Sampai aku tak boleh kenal beliau seorang wanita. Beliau juga berbakat dalam menjiwai watak lelaki. Tetapi apabila beliau menjadi diri sendiri, ia sangat ......(Tak mahu komen kerana ia akan menjadi sangat negatif). Kostum beliau juga agak teliti. Seperti video di atas semasa beliau menjadi lelaki, beliau memakai jam lelaki untuk menampakkan lebih berkelakian. Dan ia sangat berkesan untuk menipu aku. Ces.

Dan apabila aku tengok beliau lip sync,  kalau tak tengok gaya,  hanya perhatikan pergerakan bibir dan mata beliau. serius aku ingat beliau yang nyanyi. Gila menjiwai lirik. Heh.

Apa-apa pon, aku tak setuju dengan aktiviti beliau ini walaupon beliau tak kisah apabila sesiapa memberi kutukan kepada aktiviti beliau ini. Jika untuk simpanan peribadi tak ada salahnya.

Apa pon kita tetap seorang wanita ISLAM. Pergerakan sebegitu sangat tidak sesuai. Budak lima tahun mungkin kita akan kata comel, tetapi jika dah 30an, bukan comel lagi terkeluar dari mulut kita.

Untuk orang kafir, mereka sememangnya pelik. Untuk ada hobi sepelik ini, tidak pelik untuk mereka. Jangan disebabkan hobi yang digemari, kita lupa siapa kita.

Aku dah macam pembebel tak berbayar. Nisa, sila ingatkan diri sendiri juga.

Sekian.

Teacher Shida.

Ya..saya tahu sambungan P.Ramlee bahagian kedua tak post pon lagi.

Kesibukan mengalahkan menteri sungai dan saliran.

Sumpah aku dah taip separuh. Perkataan 'taip' tu dah macam aku pakai typewriter pulak. Heh.


Semalam semasa aku kat hospital di Ipoh, sekali tu tertampal "Free Wifi" kat dinding depan lif. Gila teruja. Seperti insan biasa di dunia ini, perkataan 'free' sangatlah mengujakan. Terus pinjam henpon ayahanda tercinta dengan niat menggunakan sebaiknya maksud 'free' itu. Sepantas tiupan angin lintang, aku terus meng'on' aplikasi wifi di henpon ayah walaupon dengan mengambil masa yang sangat-sangat-sangat lama untuk menjayakan misi tersebut. Sebab dari semalamnya aku cuba tapi tak berjaya. Sungguh buta gadget. Sedih~~


Ini sebuah analogi. Walaupon aku kenyang sebab baru lepas makan nasi, tetapi kalau ada sesiapa nak belanja makan, memang aku akan memenuhi permintaan tersebut dengan senang hati. Tak kira la kalau hanya memesan segelas Nescafe ais. Kalau pergi McD, sah-sah aku akan pesan set burger walaupon sesungguhnya nak tengok burger pon aku dah tak lalu sebab kenyang bebenor. Mengapa? Sebab ia 'free' atau bahasa lainnya ialah percuma. Tapi yang McD tu aku tipu. Aku taklah setamak itu. Cover-cover.

Apa yang aku nak katakan disini ialah, perkataan 'free' itu menyebabkan manusia tamak. Itu kenyataan.

Bersambung cerita sebenar, aku pon dengan rasa gembiranya bukak Google webpage. Berdebar-debar. 'Excited' gila. Dalam hati berbisik, apa aku nak 'search' ni ye?mmmm...

Tiba-tiba.



Kosong.

Blur....

Serius punya blur.


Aku tak ada facebook nak update berita terkini.
Aku dah berkurun abad tak buka frenster.
Aku nak berblog pon dah terkial-kial satu jam baru tulis tajuk entry.

Nisa, sila lupakan niat anda hendak mengaplikasikan cogan kata 'Informasi di hujung jari'.
Anda sangatlah tidak sesuai.

Kesimpulannya pakai internet kat henpon tak adalah best sangat. Baiklah guna monitor yang bersaiz 16.3" ini. Beserta mouse. Bahagia. Bahagia untuk aku yang sangat buta gadget.


P/S: Sebenarnya aku nak cerita benda lain. Penyakit sudah semakin dasyat. Merepek bukan hanya satu perenggan tetapi sudah melarat ke satu entry. Kronik~

Mana teacher Shida nya? Agak sengal di situ Nisa.

Sunday, November 7, 2010

P.Ramlee - Bahagian satu.

Aku bukanlah peminat P.Ramlee.

Hanya satu cerita beliau sahaja yang aku boleh tengok dari awal hingga akhir iaitu Tiga Abdul.

Pada mulanya aku tak faham mengapa orang sangat mengagung-agungkan P.Ramlee. Artikel pertama yang aku baca tentang beliau ialah di Mastika. Ia berkenaan percintaan P.Ramlee dan pelakon Mariani yang tidak ke jinjang pelamin kerana Mariani mengorbankan percintaannya untuk Saloma, adik beliau. Artikel itu sangat memberi impak kepada aku untuk mula tidak menyukai P.Ramlee. Mungkin gaya bahasa nya ke, jalan ceritanya ke, ataupon Mariani seperti tak habis-habis mengulangi penyataan yang dia pernah bercinta dengan P.Ramlee. Bagi aku, tidak perlu memperbesar-besarkan apa pengorbanan kita SETIAP MASA, ia seperti tidak ikhlas.
Dan aku menyampah.

Semakin aku menjadi dewasa (aiceh..), peminat P.Ramlee yang aku jumpa semakin bertambah. Dari budak-budak kecil sehingga yang dewasa. Yang tua toksah cakap. Ada seorang kawan aku ni siap boleh hafal dialog dalam semua filem P.Ramlee. Aku kagum.

Pandangan aku terhadap P.Ramlee beransur-ansur berubah apabila aku mendengar ceramah Ustaz Kazim. Ustaz Kazim sentiasa memasukkan ciri-ciri atau cerita-cerita P.Ramlee di dalam ceramah beliau. Beliau sentiasa mengambil perkara-perkara baik P.Ramlee untuk dijadikan contoh tauladan.

Ini perkara yang kita nak dengar apabila kita hanya mengenali seseorang itu selepas beliau meninggal dunia.

Bukan cerita kahwin cerai, kahwin cerai.

Bukan cerita orang hanya membuang beliau.

Bukan hanya cerita P.Ramlee menampung hidupnya dengan menyewa MEJA MAHJUNG!!!!...

Ini penghinaan untuk si mati.

Selepas aku tengok biografi P.Ramlee di siaran History, Astro, aku sangat sedih dengan pemikiran orang-orang di belakang tabir ini. Setiap orang ada salahnya semasa hidup. Tak perlu diceritakan atau membuka aib kepada satu dunia.

Sekiranya aku telah meninggal dunia, aku sememangnya hendak orang mengenali aku kerana perkara yang baik, sumbangan aku kepada masyarakat. Bukannya masalah-masalah rumahtangga aku, masalah-masalah aku dihina, masalah-masalah aku dibuang.

Aku nak orang menyukai aku kerana sumbangan-sumbangan ajaib aku, bukannya diminati kerana kasihan disebabkan jasa tidak dihargai semasa hidup.

Aku juga yakin semua orang yang hidup sekarang menginginkan perkara yang sama.

Dan Mariani juga tidak habis-habis mengulangi pergorbanan beliau terhadap Saloma di dalam biografi tersebut.

Pathetic~~


Dan aku emo. Heh.

Sudahlah lama tak menjengok blog sendiri. Sekali jengok poyo pulak tuh.

Maaf.