Thursday, March 4, 2010

Kiss - Because I'm a girl

Yeay..! Pencarian aku berakhir. Terlalu lama aku mencari video klip romantik ni. Tiba-tiba bilik empat segi aku menjadi taman bunga. Kali terakhir aku menontonnya pada tahun 2005. PC aku telah diheret ke pusat pemulihara barang-barang lama akibat tuannya tidak menjaga kebajikan anak buah beliau. Natijahnya, habis semua video-video jiwang aku hilang. huu~~

Mungkin akan ada orang kata aku kurang bijak kerana tidak menggoogling dari awal. Ya..aku pon mengakuinya. Mengapa Nisa? Mengapaaa??

Maka, terima kasih yang tidak terhingga kepada member seberang katil saya kerana menurunkan ilmu googling beliau. Nak tau tak apa yang beliau taip untuk mencari videoklip ini? Agak kelakar dan macam tak logik tapi ajaibnya berhasil.

Japanese video clip blind girl boyfriend donate eyes

Pelik kan? Aku tak pernah terfikir nak taip macam tu. Seboleh-boleh nak buat ayat skema dan tak ada kesalahan tatabahasa serta struktur ayat. Macamla google tu paham.

Baiklah. Aku nak melayan perasaan jiwang nih. Meh la join....




P/S : Entry yang sangat pendek kerana terlalu tidak sabar ingin melayan perasaan..hikhikhik (Gelak gaya Mamu Raja Lawak S4. Mesti mari..yeah!!)

Wednesday, March 3, 2010

Memori Kita

Dengan berkepala masih teleng ke kiri, aku tetap bersemangat untuk bercerita hari-hari gembira pada hari minggu tempoh hari.

Hari jumaat lepas, ketibaan dari jauh dua sahabat yang sangat dirindui. Seorang Special Girl-friend. Seorang Special Boy-friend. Nasib baik dapat mengawal diri dari melakukan adegan-adegan Jejak Kasih. Ala..yang peluk-peluk sambil menangis hiba tu.

Niat hati my special friends adalah ingin melawat ayah yang beransur sihat. Macamlah aku boleh baca hati orang. Terima kasih ye.

Sebagai tuan rumah yang berhemah (ceh!), aku pon menjadi pemandu pelancong di rumah aku sendiri. Aku kemas katil. Sediakan tuala. Tunjukkan kiblat. Sediakan tempat makan. Buat air. Itu ke ciri-ciri pemandu pelancong? Arrgghhh...aku konpius.

Keesokan nya tugasku sebagai pemandu pelancongan masih belom berakhir. Aku mengetuai pengembaraan (hiperbola) ke rumah Member Seberang Katil alias Special Senior-friend.Wah! Spesel-spesel sumanya. Sebelum aku pergi ke isi seterusnya, ada sesiapa yang tak tahu apa itu hiperbola? Sila cek buku sastera melayu sekiranya lupa atau tidak tahu.

Berbalik kepada cerita asli, kedatangan kami adalah untuk menagih janji iaitu...makan free.hehe. Makan tengah hari kami telah disediakan khas oleh Chef tuan rumah. Ada Kari Ikan. Sotong masak kunyit (Ini sangat-sangat-sangat sedap). Ikan goreng. Sayur Sawi. Tidak lupa juga kuew teaw. Lari sistem diet aku. Kejar!!!!!....huu~~..semput. Merapu.


Perut kenyang. Pengembaraan bersambung. Lokasi seterusnya, Ipoh. Sebelum aku dibenarkan bersuka-suki, aku dibekalkan misi penting oleh mak iaitu jumpa Mimi, Ecah dan masukkan motor Siti. Apa lagi, sepantas pergerakan cahaya aku menyempurnakan amanat-amanat tersebut. Mission accomplished.

Mari sahabat-sahabatku. Mari kita menyedut aircond Jusco Ipoh. Sonok-sonok!!

Masa bukan lagi ibarat emas, tetapi dah ibarat minyak petrol RON97. Mahal dan cepat habis. Sekejapan malam datang menggantikan siang yang ingin berehat. My special friends harus pulang atas tanggungjawab terhadap kerja masing-masing. Sayu..Pilu..Hiba..hatiku. Saya Over.


Apa-apa pon,

Kepada Special Girl-friend iaitu Cik Zz dan Special Boy-friend iaitu Cik Ery (ehem..ehem..),
Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menziarah aku sekeluarga. Walaupon masa sangat mencemburui (klise), aku sangat gembira. Aku sangat gembira. Dengarlah dunia, aku gembira!! Sambil mendepang tangan dengan seluas-luasnya. Motif? Saja.

Kalau ada masa lapang, aku pergi jumpa hang kat Subang pulak ye Cik Zz.

Tuesday, March 2, 2010

Human neck.

Manusia normal mempunyai sudut toleh sebanyak 180 deg. bermula dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Hikmah penciptaan Allah ini adalah untuk membolehkan kita melintas jalan dengan selamat samada semasa berjalan kaki, menaiki basikal, menunggang motosikal hatta memandu lori.

Apakah perasaan anda apabila anda tidak boleh menoleh? Atau apabila ingin menoleh, bahu anda perlu digerakkan selari dengan kepala?

Untuk yang tidak tahu, perasaannya adalah sangat tidak gembira dan terseksa.

Mengapa aku tahu? Adakah aku Doktor? Sensei jual teh JioGulan di pekan lama? Ataupon adik jual koyok di Kedai Runcit Muaz? Pilihan-pilihan di atas tidak bersangkut paut sama sekali. Aku mengetahuinya semua ini adalah kerana.......













Kerana aku sedang mengalaminya sekarang. Waaa...! Hanya boleh menoleh ke kiri dengan sepenuhnya. Kanan hanya separuh sudut. Untuk sesiapa yang berada di kanan ku, janganlah menganggap aku tidak sudi memandang kamu ataupon aku ni suka menjeling ketika berbicara. Ia adalah kerana AKU SAKIT TENGKOK! Leherku kelihatan teleng ke kiri. Maka, duduklah di sebelah kiri ku untuk tidak berkecil hati.

Memandu kereta dengan terseksa sekali, dua kali dan berkali-kali. Tidak macho nya memandu dengan menoleh ke kanan bersama bahu. Tidakkkk...! Terkedek-kedek hendak melintas jalan seperti baru mendapat lesen P.

Mungkin ada yang beranggapan aku makan leher ayam hingga menyebabkan leherku teleng. Ketahuilah hampir seminggu aku tak nampak ayam. Apatah lagi nak makan haiwan peliharaan tersebut.

Kesimpulannya, atas nasihat doktor aku tidak boleh bergerak aktif. Perlu berehat sehingga sihat. Oleh itu, aku perlu beristirehat sekarang juga!

Zzzzzzz....