Aku bukanlah peminat P.Ramlee.
Hanya satu cerita beliau sahaja yang aku boleh tengok dari awal hingga akhir iaitu Tiga Abdul.
Pada mulanya aku tak faham mengapa orang sangat mengagung-agungkan P.Ramlee. Artikel pertama yang aku baca tentang beliau ialah di Mastika. Ia berkenaan percintaan P.Ramlee dan pelakon Mariani yang tidak ke jinjang pelamin kerana Mariani mengorbankan percintaannya untuk Saloma, adik beliau. Artikel itu sangat memberi impak kepada aku untuk mula tidak menyukai P.Ramlee. Mungkin gaya bahasa nya ke, jalan ceritanya ke, ataupon Mariani seperti tak habis-habis mengulangi penyataan yang dia pernah bercinta dengan P.Ramlee. Bagi aku, tidak perlu memperbesar-besarkan apa pengorbanan kita SETIAP MASA, ia seperti tidak ikhlas.
Dan aku menyampah.
Semakin aku menjadi dewasa (aiceh..), peminat P.Ramlee yang aku jumpa semakin bertambah. Dari budak-budak kecil sehingga yang dewasa. Yang tua toksah cakap. Ada seorang kawan aku ni siap boleh hafal dialog dalam semua filem P.Ramlee. Aku kagum.
Pandangan aku terhadap P.Ramlee beransur-ansur berubah apabila aku mendengar ceramah Ustaz Kazim. Ustaz Kazim sentiasa memasukkan ciri-ciri atau cerita-cerita P.Ramlee di dalam ceramah beliau. Beliau sentiasa mengambil perkara-perkara baik P.Ramlee untuk dijadikan contoh tauladan.
Ini perkara yang kita nak dengar apabila kita hanya mengenali seseorang itu selepas beliau meninggal dunia.
Bukan cerita kahwin cerai, kahwin cerai.
Bukan cerita orang hanya membuang beliau.
Bukan hanya cerita P.Ramlee menampung hidupnya dengan menyewa MEJA MAHJUNG!!!!...
Ini penghinaan untuk si mati.
Selepas aku tengok biografi P.Ramlee di siaran History, Astro, aku sangat sedih dengan pemikiran orang-orang di belakang tabir ini. Setiap orang ada salahnya semasa hidup. Tak perlu diceritakan atau membuka aib kepada satu dunia.
Sekiranya aku telah meninggal dunia, aku sememangnya hendak orang mengenali aku kerana perkara yang baik, sumbangan aku kepada masyarakat. Bukannya masalah-masalah rumahtangga aku, masalah-masalah aku dihina, masalah-masalah aku dibuang.
Aku nak orang menyukai aku kerana sumbangan-sumbangan ajaib aku, bukannya diminati kerana kasihan disebabkan jasa tidak dihargai semasa hidup.
Aku juga yakin semua orang yang hidup sekarang menginginkan perkara yang sama.
Dan Mariani juga tidak habis-habis mengulangi pergorbanan beliau terhadap Saloma di dalam biografi tersebut.
Pathetic~~
Dan aku emo. Heh.
Sudahlah lama tak menjengok blog sendiri. Sekali jengok poyo pulak tuh.
Maaf.
Sunday, November 7, 2010
Friday, September 24, 2010
Ketika aku berumur 25.
9.20 pagi 25 tahun yang lalu, mak telah melahirkan seorang anak yang kurus pada masa itu di Hospital Lumut, Perak. Atas bukit yang sejuk hospitalnya. Perrgh..agak omputih di situ.
Aku sudah 25 tahun. Alhamdulillah. Masih berpeluang melihat dunia. Bersamaan juga setahun aku menghampiri kematian. Sila takut Nisa.
Semasa aku berumur 10 tahun iaitu 15 tahun yang lalu, aku berangan siap beritahu kawan-kawan yang aku kalau nak berkahwin mestilah pada umur 25 kerana terasa masa itu sangat ideal. 10 tahun dah kegatalan nak berkahwin. Belum akil baligh tuh. Siap kawan-kawan pon nak kahwin umur 25. Apalah budak umur 10 tahun tahu tentang realiti hidup. Ceh..macam la sekarang ko tahu sangat. Masa tu semuanya mudah. Kalau lapar, pergi makan. Kalau ngantuk, sila tidur. Sekarang nak makan pon kena tengok purse berisi ke tak. Sekarang nak tidur pon sebok main zombie dulu. Sibuknya Nisa.
Dan malangnya angan-angan tetap angan-angan. Masa berangan tuh best gila la tapi. huhu
Disebabkan berangan ialah sesuatu yang best gila, aku terpaksa berangan juga pada umur 25 ini.
Angan-angan jangka masa pendek (dalam 2 tahun)
1. Hari lahir tahun depan sudah habis master.
2. Selepas habis master sudah ada kerja.
3. Duit dalam simpanan ada banyak. Banyak mana, itu kita yang tak tahu.
Bila dah ada simpanan yang banyak maksudnya aku dah agak kaya. Oleh itu angan-angan seterusnya ialah angan-angan bila aku dah kaya.
Angan-angan bila aku dah kaya (dalam umur 30 ke atas)
1. Bayar hutangPTPTipu PTPTN. Bayar hutang itu wajib ye kawan-kawan.
2. Mengerjakan haji atau umrah sebelum mengumpul aset yang dasyat.
3. Melabur dalam pelaburan hartanah dan emas. Kaching..kaching..kachinggg..(Bunyi syiling dalam poket)
4. Ada satu kandang lembu yang banyak serta gemuk-gemuk lembunya. Seronok-seronok.
Kalau dah perempuan, sudah semestinya orang akan bertanya bila nak kahwin. Jawapan yang umum semestinya sehingga sampai jodoh. Jawapan yang agak terperinci ialah sehingga berjumpa seseorang yang bersetuju dengan angan-angan bila aku dah kaya itu. Dan semestinya orang itu juga hendak berkahwin dengan aku. Hendak bukan hanya di mulut tetapi disertakan juga dengan usaha dan perbuatan.
Agak emosi bila bercakap tentang kahwin. Mungkin kerana angan-angan semasa berumur 10 tahun tidak mungkin terjadi. Sedih.
Akhir kata, semoga angan-angan aku berusia 25 tahun ini menjadi kenyatan. Amiinn..
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
P/s: Sangat tak percaya aku sudah 25. Terasa diri ini masih muda remaja. Sila jangan jeles ye. huhu.

1. Bayar hutang

Labels:
hati dan perasaan
Friday, September 10, 2010
Malam raya semasa umur 25 tahun lagi beberapa hari.(wah siap promosi hari lahir sendiri)
Malam ini setan sudah dilepas meliar-liar di muka bumi Allah ini. Mungkin sedang membaca di sebelah kalian.
Bulan Ramadhan kali ini aku terasa aku sudah besar. Mengapa?
DULU
Semasa aku berumur 12 tahun ke bawah, setiap kali ramadhan mesti emak buat biskut raya. Biskut yang paling digemari kami adik beradik ialah biskut buah pinggang. Duduk sekeliling kawasan pemprosesan kueh emak sambil air liur hampir meleleh melihat kueh emak bersinar-sinar keemasan. Tarik nafas tok sah cakap lah. Sampai sendat lagi padat peparu masing-masing. Memang tak ada ruang hatta 1 mol. Perrgh, agak kimia di situ. Satu lagi sebab mengapa kami tertempek berdekatan emak adalah kerana dalam hati teringin beno nak cecahkan jari ke dalam doh emak. Sah-sah emak tak kasi. Anak ada tujuh. Kalau kasi sorang sentuh, lagi enam mesti buat pemberontakan besar-besaran punya. Kesimpulannya kami jadi penonton setia sahaja.
SEKARANG
Aku dah adik beradik perempuanku tak tidur malam menyiapkan tat blueberry. Tak tidur sampai sahur tu beb. Emak dah tak campur lagi. Sudah semestinya berehat dah sudah lena di ulit malam. Sastera sungguh. Kalau rasa nak sesat dan hampir hancur doh kami, baru merujuk emak yang pakar. Walaupon rupa tat agak buruk, tetapi boleh lah nak telan. Berbaloi jugak walaupon hampir-hampir tidur di sebelah oven akibat terlampau boring. Rupa-rupanya baru aku tahu buat biskut raya tak lah gembira sangat. Haha.
DULU
Setiap kali malam raya, kami sekeluarga mesti keluar mencari tudung raya, kasut raya dan songkok. Habis pusing setiap kedai dan pasar raya untuk memenuhi setiap kehendak anak-anak yang banyak songeh. Gila punya songeh. Sampai kadang-kadang aku pon boring. Ceh, macam aku baik sangat. Satu lagi yang menyebabkan aku tak tahan keluar malam raya ialah jam yang sangat teruk. Nak cari tempat letak kereta seksa sangat. Tetapi selalunya aku tak ikut. Baik tengok drama raya kat rumah. Hehe.
SEKARANG
Tadi aku keluar bawa kan adik-adik aku mencari tudung raya dan kasut raya. Kelakar pon ada. Dok mengekor je belakang diorang yang masih juga banyak songeh seperti satu masa dahulu. Tetapi aku tak boring macam dulu. Itu aku pelik. Emak dan ayah pula duduk berehat di rumah sambil menonton drama raya. Yang merupakan aktiviti malam raya aku suatu masa dahulu.
Dua perbezaan yang sangat ketara bagi diri aku. Aku dah besar kah?
Tetapi satu perkara yang aku pasti, sekarang emak akan tidur lewat pada malam raya untuk memasak juadah hari raya esok pagi. Kalau suatu hari nanti kami adik beradik yang tidur lewat untuk memasak juadah raya dan emak berehat dan tidur awal, maka kami bukan lagi sudah besar, tetapi sudah TUA.
Ya. TUA..!
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.
Dari Saya sekeluarga.

keluarga saya