Saturday, August 21, 2010

Chombee Oh Chombee..

Ini cerita tentang kucing peliharaan keluarga saya.

Nama beliau Chombee.

Chombee comel.

Walaupon nama beliau tidak sedap.

Saya teringin nak namakan beliau dengan nama yang lebih sedap.

Tetapi saya masih fikirkan lagi.

























Saya rindu Chombee.

Tetapi saya lagi rindu keluarga saya.

Dah lama tak balik nih.

Tak buka puasa sama-sama lagi dengan mak ayah.

Rindunya kat mak...!!

Mak tolonglah rindu saya juga.



PERNAHKAH ANDA: Masa pada sms lain beno dari masa sebenar?

/* Saya menjadi skema untuk entri ini untuk menjiwai perasaan seorang penyelesai masalah. (Padahal cedok Mr. Google je.) */

PERNAHKAH ANDA mendapat sms di mana masa pada sms itu tidak sama dengan waktu sebenar? Sedangkan masa pada telefon bimbit anda menunjukkan masa yang betul.


Telefon saya dan mak saya mengalami masalah yang sama. Jenama telefon bimbit kami juga sama iaitu Nokia.


Ini adalah cerita saya.


Perkara pertama yang saya buat selepas bangun tidur ialah memeriksa telefon kalau kalau ada misscall dan message.


1 message received.


||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
||  bla..bla..bla..      
||                            
|| Sender:                
|| xxx                     
|| +6019549....      
|| Received:           
|| 07:27:47pm        
|| 2-Aug-2010      
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||


kunun-kunun skrin telefon saya.
Jangan terpedaya. Masa saya terima message nih bukan pada 7.27pm tetapi kena tambah 7 jam baru tahu masa sebenar. Leceh betul kena buat congak matematik masa mamai-mamai bangun tidur. Oleh itu saya bernekad mencari jalan penyelesaian masalah ini.


Dan..


Cara nya senang aja.
  1. Pergi ke Menu --> Settings --> Date and time --> Date and time settings.
  2. Sekiranya tidak boleh tekan, sila baca arahan nombor 3. Jika boleh tekan teruskan ke arahan nombor 5.
  3. Pergi ke Menu --> Settings --> Date and time --> Auto-update of date & time dan pilih off.
  4. Ulang langkah 1.
  5. Pergi bahagian Time zone dan pilih GMT +8 untuk negara Malaysia.
  6. Turun ke bahagian Daylight saving dan pilih +0 hours.
  7. Naik atas sikit ke bahagian Date dan Time. Sila masukkan tarikh hari ini. Semestinya bukan esok atau lusa ye. Untuk masa boleh klik masa tempatan Malaysia. Setelah selesai, pilih save.
  8. Akhirnya, pergi ke Menu --> Settings --> Date and time --> Auto-update of date & time dan pilih on.

Sudah selesai satu masalah. Masa pada sms pasti akan sama dengan masa pada telefon bimbit anda. Sama-sama kita ucapkan terima kasih kepada Mr. Google.

" TERIMA KASIH MISTER GOOGLE!!! "

Friday, August 13, 2010

encik arnab yang..


* Sedikit poyo kerana sudah beberapa minggu marathon drama korea. heh!


Cik Eton telah menolong seseorang merujuk kepada tuan encik arnab itu untuk memberi makan dan minum sepanjang ketiadaan beliau. Oh ya, sebelum itu, selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini dan selamat berpuasa kepada kalian yang best. Yang tak best pon selamat juga k. Sah-sah diri sendiri yang tak best tuh.

Sambungan cerita asal.
Aku teruja.
 
Aku tak pernah bela arnab. Pegang pon tak pernah. Tengok dari jauh pernah. Tu yang teruja GILA aku. Dalam otak ni dah berangan-berangan nak pegang, belai, gigit, makan, kunyah. Eh salah salah. Ingat makan ayam RFC tadi. Nak pegang sambil bergambar je. Sila jangan takut encik arnab.
 
Yeay..sudah sampai.
 
Kamera sudah siap sedia.
 
Ini lah encik arnab versi bukan video. Sila buat-buat teruja walaupon anda sudah tengok video di atas.
 

Agak kelihatan tidak puas hati encik arnab putih nih.

Sila perhatikan arnab putih itu. Agak-agak kedatangan kami disambut mesra ke?

Semestinya TIDAK! Kepada yang tak dapat agak, sila buat agakan sama seperti saya iaitu TIDAK! Terima kasih terima kasih atas sokongan anda.

Ganas mak hengkau arnab!! (Bulan puasa sila cakap berlapik sikit nisa.)

Dia cakar tangan Cik Eton korang. Kuku dia tajam. Panjang pulak tu. Agak ngeri. Nasib baik bukan aku yang kena cakar. Kalau tak aku sendiri tak dapat menahan diri aku sendiri dari terus menyembelih arnab tersebut lalu di panggang. Ingat arnab tak bertuan ke ko sukahati nak sembelih, kata diri aku sendiri. Konflik dalaman sungguh. Sila abaikan.

Akhirnya aku dapat simpul mati kan bahawa encik arnab itu ialah ENCIK ARNAB YANG...

1. Agak liar pabila lapar dan dahaga. Macam manala kalau dorang nih puasa. Silap-silap pagar tu pon dikunyah-kunyah lumat. Hee..

2. Tidak sopan. Orang datang dari jauh hendak menziarah dah memberi makan pon boleh dicakar nya. Sungguh tidak sopan. Ko ingat dorang ni manusia ke apa?

3. Mungkin sedikit kerek. Jelingan arnab putih yang tak boleh blah. Rasa nak cubit-cubit je.




Kesimpulannya, bulu dia lembut gila. Aku tak tahu pon bulu arnab lembut macam bulu kucing. hehe.

P/S : Tidak dapat bergambar 'bersama' arnab kerana takut kena cakar.