Sunday, March 28, 2010

PERNAHKAH ANDA keliru kanan dan kiri?

Pernahkah anda mengalami kekeliruan menentukan kiri kanan? Tidak kira kiri kanan anda sendiri, kiri kanan rakan sebelah ataupon kiri kanan guru anda?

 Pernahkan anda...
1. Apabila hendak menentukan kiri atau kanan, anda terus melihat tangan sendiri sambil membuat gaya sedang menulis?


2. Menggantikan arah kanan dan kiri dengan "sini..sini" atau "sana..sana"? Terutama semasa memberi arahan kepada pemandu. Dan apabila salah masuk simpang, pemandu tersebut akan marah dan berkata " Bagitaulah kanan atau kiri. Mana lah tau sini dan sana tu arah mana. Eishhh..." Serta merta anda berasa sedih kerana bukan pemandu tu tak tahu anda mempunyai masalah memberi arahan. Tiba-tiba emosional dan meluahkan perasan.


3. Mempunyai masalah menerima arahan kawad kaki seperti "kanan pusing" atau "kiri pusing"? Kawad? Apa itu kawad? Aku pernah berkawad rupanya.


4.Memberi signal kereta ke arah kiri apabila anda hendak masuk simpang kanan semasa ujian memandu dengan gaya yang sangat yakin? Terus dipersoal oleh pegawai JPJ, "Awak nak pergi mana ni?" Anda dengan gaya yang yakin gila pon menjawab, "Nak masuk simpang la cik." Anda ingat dia nak beramah mesra serta bergurau manja. Anda tersenyum-senyum bahagia sambil hati bersangka pegawai JPJ ni suka anda. Tetapi anda tersilap apabila pegawai JPJ itu dengan pantas membidas, " Yang awak bagi signal arah kiri tu kenapa? Kiri tu kan semak. Tak de simpang. Simpang belah kanan ni." Semestinya anda akan terkujat malu.


5. Sukar untuk menerima apabila kawan anda yang berhadapan dengan anda mengangkat tangan kiri dan mengatakan ia kiri? Padahal dari sudut pandangan anda itu ialah tangan kanan. Memang boleh jadi perang kalau nak menentukan siapa betol dan siapa salah. Terimalah kenyataan bahawa kawan anda memang betol. Dia memang sedang mengangkat tangan kirinya. Peristiwa ini sama ketika melihat cermin untuk melihat kesan charlie. Dengan yakin tanpa rasa bersalah melukis di blog dengan mengatakan kesan nya di pipi kiri. Kenyataan ia kanan, Nisa!

(Banyak lagi sebenornya tapi dah panjang sangat nih. Nanti orang kata aku nak masuk pertandingan menulis esei "Peristiwa yang tidak dapat anda lupakan" pulak.)


Kantoi..!

Ketika aku membaca blog sendiri (cara menambah "profile view" blog sendiri), iaitu entry yang dimana tayar kereta aku ditusuk blade traktor pemotong rumput, aku telah terperasan sesuatu yang mungkin orang kata cubaan aku untuk menipu. Panjang gila ayat. Apakah ia?


Bulatan ungu itu kesan berak Charlie. Lukisan muka itu dari entry "Aku dan Charlie"
Tidak. Ia tidak benar sama sekali. Saya tidak ada niat hendak menipu. Percayalah...
Rupanya-rupanya kesan charlie tu arah kiri kalau tengok dalam gambar. Baru perasan. Serius sedih.

Oleh itu kepada anda yang mengalami masalah seperti di atas, jangan gundah gulana. Ada cara-cara untuk mengatasi masalah kekeliruan ini. Nantikan ia di masa akan datang..

Wednesday, March 24, 2010

Kereta mak aku aka Makcik Faridah.

Suatu petang yang penuh dengan kesibukan menyiapkan proposal yang perlu dihantar minggu depan, aku mendapat satu panggilan cemas yang mengatakan tayar keretaku pecah disebabkan blade pemotong rumput.

Cuak.

Aku dah la kekeringan wang ringgit sekarang nih. Nak kena ganti tayar la pulak. Aduh!

Pada pagi kejadian, aku ke kelas dengan berjalan laju. Jalan laju ye. Bukan berjalan kaki. Perghh..rajin nya aku. Terapi menguruskan badan. Oleh itu, aku meletakkan kereta di tempat biasa iaitu di tepi blok kediaman. Kawasan tu dah berturap batu kerikil. Sah-sah tak ada siapa nak memotong rumput batu kerikil kat situ. Kawasan memotong rumput pon paling dekat berjarak beberapa puluh meter dari kereta aku tu. Aku rasa pakcik potong rumput tu mesti terpotong TAYAR aku semasa melintas di kawasan tersebut. Terbayang blade yang halus mulus tu menembusi tayar beroda aku. Pening~~

Dup..dup..dup..sebab roomate aku suruh bawak bersabar, tiba-tiba jadi suspen.
..
..
..
..
..


Hah!..terkejut bukan beruk dah ni. Terkejut kucing Rahman dah aku ni. Weh, kucing Rahman serius comel gila tapi harga dia RM3000 la. Tertosok sudah tayar kereta ku. Aku ingat sudah berakhir kejutan untuk aku sendiri. Rupa-rupanya............


Hambik...!! Besor gila.Eh..ter"enterframe" pulak. Terpaksa jadi model untuk menunjukkan saiz sebenar. Aku memang pernah melalui proses tayar pancit kerana tertanam skru di dalam tayar. Tapi ini sangat dasyat. Korang bayangkan kalau kena orang, kalau tak cacat seumur hidup, mesti pergi tak kembali.

Yang buat aku keliru ialah blade pakcik mana yang sebesor blade raksasa ni? Pakcik ni sekuat incredible hulk ke? Mana pakcik berkulit hijau? Tak ada pon...Baru nak mintak autograph.

Setelah mendengar cerita dari bos pakcik pemotong rumput itu, rupanya-rupanya makhluk inilah bersalah memperlakukan sebegitu kepada keretaku.

Jeng..jeng..jeng...















Tak sesuai rupanya aku menjadi model pemotong rumput yang bersalah ini. Sangat tak sesuai..

Muka tak puas hati. Siaplah ko!

Kita sambung cerita k. Pakcik bos tu cakap jarak pesalah* ini sejauh 300 meter dari tempat kejadian. Jauhhhhh........nya. Nut untuk blade dah rosak tapi pekerja dia tak buat servis. Disebabkan pesalah* ini hanya terlanggar batu, nut nya patah dan blade nya terbang. Terbang tu beb. Macam ala-ala piring terbang la kot. Pekerja tersebut telah mencari disekeliling padang tapi masih tak jumpa. Akhirnya orang kanan bos yang jumpa. Di tayar kereta aku!
* pesalah merujuk kepada gambar di atas.

Akhirnya aku dapat tayar percuma. Berdoa supaya tidak merosakkan kondisi kereta mak aku ni.

Sekian berita terkini.


P/S: Terlalu "enterframe" untuk entry ini. Hiii....

Saturday, March 13, 2010

Aku dan charlie.

Akhirnya aku telah diberak charlie selepas enam tahun menuntut ilmu di sini. Lamanya belajar.Bila nak kerja nih. Charlie jahat. Aku tak pernah mendera charlie. Paling kejam pon aku bunuh charlie guna Ridsect je. Atau kurung charlie dalam salotape. Tak lenyek-lenyek pon. Kalau pon marah sangat dengan aku, janganlah berak di muka. Diulangi MUKA. Bengkak-bengkak dah muka aku ni. Charlie jahat!! Ombak jahat!!

Sedikit maklumat pengenalan untuk charlie ini.
Nama khas serangga kecil tetapi berbahaya ini adalah kumbang rove @ rove beetle. Nama yang sedap. Boleh buat nama band. Nama yang lebih spesifik ialah 'Prederus Rove Beetle'.



Serangga ini kecil sahaja. Saiznya kurang daripada 1cm. Comel kan? Poster dari pusat kesihatan mengatakan toksin yang dikeluarkan oleh serangga kecil tapi kejam di atas ialah 12 kali lebih berbisa dari bisa ular tedung. DUA BELAS dan ULAR TEDUNG ye.
Setelah membelek-belek info di internet, aku jumpa satu blog yang sangat perlu di baca oleh penduduk kawasan yang dibanjiri Charlie ini. Sila klik sekarang. Bukan klik sila tetapi klik sekarang.

Apa yang dapat saya ringkaskan dari blog beliau ialah

  1. Ia mempunyai sayap yang disorokkan di bawah badan.
  2. Apabila ia merasakan dirinya terancam, ia akan menaikkan abdomen nya dan kelihatan seperti kala jengking. Lihat gambar di atas. Ngeri siot.
  3. Di dalam keseluruhan badannya kecuali sayap mengandungi toksin yang paling berbisa yang dipanggil 'pederin'. Bahasa inggerisnya ialah 'the most poisonous animal contact toxin in the world'. Bunyi menakutkan gila kalau dalam bahasa omputih.
  4. Serangga ini tertarik kepada cahaya. Tutup tingkap dan pintu ketika malam menjelma.
  5. Fakta menarik : Orang dahulu jadikan bisa charlie untuk buang ketuat.
* Maklumat lanjut sila susuri blog yang di atas.


Oleh itu, kepada saya dan roomate saya, Sila tutup tingkap di waktu malam. Kalau nak bukak tingkap kerana cuaca yang sangat panas sekarang, sila tutup lampu atau shutdown laptop anda.

Kcederaan saya adalah seperti gambar di bawah. Yang line merah merupakan jejak charlie yang bersalah itu.



Mengapa tidak suka di berak charlie? Kerana ia akan berparut. Berparut? Tidakkkk!!!!!

Friday, March 12, 2010

99999

Sudah lama aku tidak menggila. Aku hampir menjadi manusia serius. Aku semakin membosankan. Padahal dari dulu memang bosan.

Pulang dari mengambil adik-adik dari asrama, meter kenderaan tunggangan aku sudah mencecah 99992km. Member seberang katil aku  pesan suruh amik gambar kalau meter cecah 99999km. Alasan beliau ialah ia merupakan detik sekali seumur hidup bagi kenderaan terbabit. Abis tu kalau nombor meter 99415 pon sekali seumur hidup jugak. Kenapa tak nak amik gambar? Alasan kedua beliau ialah nombor 99415 tu tak cantik. Kedua-dua alasan adalah tidak kukuh. Motif beliau kabur. Tidak lutsinar. Hanya lutcahaya. Tetapi tidak legap.

Okey, sambung cerita. Sesampai di pintu pagar rumah, meter menunjukkan angka 99992km. Macam mana ni? Mana nak cekau lagi 7km. Permintaan member seberang katil tidak boleh dipandang enteng. Mungkin beliau mengidam. Mmmm...

Setelah menurunkan dua orang penumpang kecil, aku membuat keputusan untuk bersiar-siar bagi mengisi kekosongan 7km itu. Pusing dekat-dekat sini je la, kata aku di dalam hati. Aku menyusuri lorong-lorong sepi gembira sambil melihat keindahan jalan-jalan tar. Jalan-jalan tar yang diselang seli dengan pili bomba yang berwarna emas kekuningan. Aku bosan. Satu pusingan berakhir. Meter tidak bergerak walau 1 unit. Sedih~~

Aku bercadang ingin pergi ke tempat lagi jauh. Tiba-tiba teringin makan french fries. McD!!!
Aku kembali gembira.

Tiba-tiba.
Tuut--tuut-- Telefon tanganku berbunyi. (Bunyi ala-ala telefon rumah itu aku reka. Nada dering aku bukan begitu.)

" Along kat mana tu?" Kantoi. Aku bukanlah seorang kakak yang suka menipu. Untuk makluman.

 "McD" Jujur.

"Mc Flurry dua. Ok. Bye." Kehampehan adikku terserlah. Menyesal jugak berlaku terlalu jujur.



Harga 7km


Setelah pulang dari McD, misi aku masih tidak dapat dipenuhi. Aku masih memerlukan 2km. Aku pusing taman lagi 4 pusingan. Aku mereng. Beberapa orang jiran tetangga mengerling aku. Mungkin mereka ingat aku nak survey rumah untuk dirompak malam ni kot. Nasib baik mereka mengerling je, dibuatnya aku kena tahan dan disoal siasat. Adakah alasan aku untuk mencukupkan meter kepada 99999km di atas permintaan seorang teman akan dipercayai? Musykil.

Setelah menghafal setiap lekuk di jalan rumah aku, akhirnya misi aku berakhir dengan selamat. Meter bertukar dari 99998 kepada 99999 betul-betul di hadapan pagar rumah. Justeru itu, ia diabadikan...


Sukses!

Hadiah Nisa untuk Kak Eton. Ikhlas ni.


P/S: Sekiranya bosan dengan gaya bahasa saya yang mengalahkan orang nak tulis cerpen dan hantar ke majalah untuk disiarkan, maaflah. Saya sekali lagi jiwa kacau.

Thursday, March 11, 2010

Matrik songsang

Secara rasminya, hari ini saya akan menjadi tutor untuk diri saya sendiri. Baiklah Nisa, hari ini kita belajar Matrix. Ya..bertahun-tahun sudah meninggalkannya jauh ke belakang. Hari ini baru bertatih-tatih nak mengingatinya semula. Belom lagi nak coding. Waa..saya tensen!



Inverse Matrix @ Matrik songsang

Terdapat banyak kaedah untuk mendapatkan matrik songsang. Antaranya adalah Kaedah Petua Cramer @ Cramer's rule dan Kaedah penghapusan Gauss @ Gauss Elimination.

InsyaAllah saya akan menggunakan kaedah Penghapusan Gauss untuk kali ini. Aku sendiri pon tak pasti kena guna apa. Aiya. Mengapa?

Jeng..jeng..jeng...

Kerana (1) kaedah ini digunakan untuk saiz matrik 4x4 dan ke atas. (2) Untuk diprogramkan. Kedua-dua sebab ini menepati kes stadi saya.

Untuk pengetahuan anda, Kaedah Petua Cramer hanya sesuai digunakan untuk matrik 3x3 ke bawah dan dikira secara manual.


Kaedah Penghapusan Gauss-Jordan
Kaedah penghapusan Gauss-Jordan merupakan pecahan daripada kaedah Penghapusan Gauss.

Untuk tidak mengelirukan saya, saya hanya namakan ia Gauss Jordan.

Jika ingin mencari matrik songsang bagi A, maka
 1. Kita bentukkan matriks imbuhan @ augmented matrix iaitu [ A | I ], I ialah matrik identiti.
 2. Lakukan operasi baris @ Elementary Row Operations untuk menukarkan [ A | I ] kepada [ I | B ]
 3. B ialah matrik songsang bagi A.


Teorem operasi baris adalah seperti berikut.
  1. Pertukaran - Kedudukan baris boleh ditukar.
  2. Pendaraban - Darabkan baris dengan pemalar selain nilai 0
  3. Penggantian - Baris boleh digantikan dengan hasil tambah baris tersebut dengan baris yang lain.

Contoh di atas di ambil dari sini.

Thursday, March 4, 2010

Kiss - Because I'm a girl

Yeay..! Pencarian aku berakhir. Terlalu lama aku mencari video klip romantik ni. Tiba-tiba bilik empat segi aku menjadi taman bunga. Kali terakhir aku menontonnya pada tahun 2005. PC aku telah diheret ke pusat pemulihara barang-barang lama akibat tuannya tidak menjaga kebajikan anak buah beliau. Natijahnya, habis semua video-video jiwang aku hilang. huu~~

Mungkin akan ada orang kata aku kurang bijak kerana tidak menggoogling dari awal. Ya..aku pon mengakuinya. Mengapa Nisa? Mengapaaa??

Maka, terima kasih yang tidak terhingga kepada member seberang katil saya kerana menurunkan ilmu googling beliau. Nak tau tak apa yang beliau taip untuk mencari videoklip ini? Agak kelakar dan macam tak logik tapi ajaibnya berhasil.

Japanese video clip blind girl boyfriend donate eyes

Pelik kan? Aku tak pernah terfikir nak taip macam tu. Seboleh-boleh nak buat ayat skema dan tak ada kesalahan tatabahasa serta struktur ayat. Macamla google tu paham.

Baiklah. Aku nak melayan perasaan jiwang nih. Meh la join....




P/S : Entry yang sangat pendek kerana terlalu tidak sabar ingin melayan perasaan..hikhikhik (Gelak gaya Mamu Raja Lawak S4. Mesti mari..yeah!!)

Wednesday, March 3, 2010

Memori Kita

Dengan berkepala masih teleng ke kiri, aku tetap bersemangat untuk bercerita hari-hari gembira pada hari minggu tempoh hari.

Hari jumaat lepas, ketibaan dari jauh dua sahabat yang sangat dirindui. Seorang Special Girl-friend. Seorang Special Boy-friend. Nasib baik dapat mengawal diri dari melakukan adegan-adegan Jejak Kasih. Ala..yang peluk-peluk sambil menangis hiba tu.

Niat hati my special friends adalah ingin melawat ayah yang beransur sihat. Macamlah aku boleh baca hati orang. Terima kasih ye.

Sebagai tuan rumah yang berhemah (ceh!), aku pon menjadi pemandu pelancong di rumah aku sendiri. Aku kemas katil. Sediakan tuala. Tunjukkan kiblat. Sediakan tempat makan. Buat air. Itu ke ciri-ciri pemandu pelancong? Arrgghhh...aku konpius.

Keesokan nya tugasku sebagai pemandu pelancongan masih belom berakhir. Aku mengetuai pengembaraan (hiperbola) ke rumah Member Seberang Katil alias Special Senior-friend.Wah! Spesel-spesel sumanya. Sebelum aku pergi ke isi seterusnya, ada sesiapa yang tak tahu apa itu hiperbola? Sila cek buku sastera melayu sekiranya lupa atau tidak tahu.

Berbalik kepada cerita asli, kedatangan kami adalah untuk menagih janji iaitu...makan free.hehe. Makan tengah hari kami telah disediakan khas oleh Chef tuan rumah. Ada Kari Ikan. Sotong masak kunyit (Ini sangat-sangat-sangat sedap). Ikan goreng. Sayur Sawi. Tidak lupa juga kuew teaw. Lari sistem diet aku. Kejar!!!!!....huu~~..semput. Merapu.


Perut kenyang. Pengembaraan bersambung. Lokasi seterusnya, Ipoh. Sebelum aku dibenarkan bersuka-suki, aku dibekalkan misi penting oleh mak iaitu jumpa Mimi, Ecah dan masukkan motor Siti. Apa lagi, sepantas pergerakan cahaya aku menyempurnakan amanat-amanat tersebut. Mission accomplished.

Mari sahabat-sahabatku. Mari kita menyedut aircond Jusco Ipoh. Sonok-sonok!!

Masa bukan lagi ibarat emas, tetapi dah ibarat minyak petrol RON97. Mahal dan cepat habis. Sekejapan malam datang menggantikan siang yang ingin berehat. My special friends harus pulang atas tanggungjawab terhadap kerja masing-masing. Sayu..Pilu..Hiba..hatiku. Saya Over.


Apa-apa pon,

Kepada Special Girl-friend iaitu Cik Zz dan Special Boy-friend iaitu Cik Ery (ehem..ehem..),
Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menziarah aku sekeluarga. Walaupon masa sangat mencemburui (klise), aku sangat gembira. Aku sangat gembira. Dengarlah dunia, aku gembira!! Sambil mendepang tangan dengan seluas-luasnya. Motif? Saja.

Kalau ada masa lapang, aku pergi jumpa hang kat Subang pulak ye Cik Zz.

Tuesday, March 2, 2010

Human neck.

Manusia normal mempunyai sudut toleh sebanyak 180 deg. bermula dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri. Hikmah penciptaan Allah ini adalah untuk membolehkan kita melintas jalan dengan selamat samada semasa berjalan kaki, menaiki basikal, menunggang motosikal hatta memandu lori.

Apakah perasaan anda apabila anda tidak boleh menoleh? Atau apabila ingin menoleh, bahu anda perlu digerakkan selari dengan kepala?

Untuk yang tidak tahu, perasaannya adalah sangat tidak gembira dan terseksa.

Mengapa aku tahu? Adakah aku Doktor? Sensei jual teh JioGulan di pekan lama? Ataupon adik jual koyok di Kedai Runcit Muaz? Pilihan-pilihan di atas tidak bersangkut paut sama sekali. Aku mengetahuinya semua ini adalah kerana.......













Kerana aku sedang mengalaminya sekarang. Waaa...! Hanya boleh menoleh ke kiri dengan sepenuhnya. Kanan hanya separuh sudut. Untuk sesiapa yang berada di kanan ku, janganlah menganggap aku tidak sudi memandang kamu ataupon aku ni suka menjeling ketika berbicara. Ia adalah kerana AKU SAKIT TENGKOK! Leherku kelihatan teleng ke kiri. Maka, duduklah di sebelah kiri ku untuk tidak berkecil hati.

Memandu kereta dengan terseksa sekali, dua kali dan berkali-kali. Tidak macho nya memandu dengan menoleh ke kanan bersama bahu. Tidakkkk...! Terkedek-kedek hendak melintas jalan seperti baru mendapat lesen P.

Mungkin ada yang beranggapan aku makan leher ayam hingga menyebabkan leherku teleng. Ketahuilah hampir seminggu aku tak nampak ayam. Apatah lagi nak makan haiwan peliharaan tersebut.

Kesimpulannya, atas nasihat doktor aku tidak boleh bergerak aktif. Perlu berehat sehingga sihat. Oleh itu, aku perlu beristirehat sekarang juga!

Zzzzzzz....