Ini cerita sebenarnya yang aku hendak ceritakan selepas merepek-repek tak tentu hala di entry lepas.
Semasa terkial-kial menggunakan internet, satu benda yang aku rasa aku taklah terkial-kial sangat. Apa lagi kalau bukan youtube. Budak sekolah rendah pon expert.
Tiba-tiba mak aku tanya aku satu soalan pelik. Dah tengok video cikgu shida?
Siapakah gerangannya Cikgu Shida ini? Siapakah beliau?
Aku pon search di youtube dengan katanama "shida".
Nah.
Antara yang keluar ialah CIK SHIDA'S LIP SYNC.
Video pertama yang aku tengok ialah di bawah ini.
Sumpah terkejut.
Aku tak percaya kalau tak ada orang terkejut jika pertama kali melihat video beliau.
Adalah dalam LIMA kali aku tanya mak aku soalan yang sama. Adakah beliau betul seorang wanita?
Terer sungguh beliau menata rias penampilan 'lelaki' untuk dilakonkan.
Sangat sebenar. Perkataan sebenar agak pelik. Sangat real.
Ya, saya tidak setuju dengan aktiviti hobi beliau. Sila klik blog beliau untuk lebih jelas dan paham bahawa ini merupakan hobi beliau. Ia hobi yang pelik.
Aku tak nak mengutuk ataupon menambah dosa dengan beliau sementelah aku tak kenal pon siapa beliau. Walaupon aku juga orang Perak serta Parit itu tak sampai sejam dari rumah aku.
Beliau agak berbakat dalam menyolek diri beliau. Sampai aku tak boleh kenal beliau seorang wanita. Beliau juga berbakat dalam menjiwai watak lelaki. Tetapi apabila beliau menjadi diri sendiri, ia sangat ......(Tak mahu komen kerana ia akan menjadi sangat negatif). Kostum beliau juga agak teliti. Seperti video di atas semasa beliau menjadi lelaki, beliau memakai jam lelaki untuk menampakkan lebih berkelakian. Dan ia sangat berkesan untuk menipu aku. Ces.
Dan apabila aku tengok beliau lip sync, kalau tak tengok gaya, hanya perhatikan pergerakan bibir dan mata beliau. serius aku ingat beliau yang nyanyi. Gila menjiwai lirik. Heh.
Apa-apa pon, aku tak setuju dengan aktiviti beliau ini walaupon beliau tak kisah apabila sesiapa memberi kutukan kepada aktiviti beliau ini. Jika untuk simpanan peribadi tak ada salahnya.
Apa pon kita tetap seorang wanita ISLAM. Pergerakan sebegitu sangat tidak sesuai. Budak lima tahun mungkin kita akan kata comel, tetapi jika dah 30an, bukan comel lagi terkeluar dari mulut kita.
Untuk orang kafir, mereka sememangnya pelik. Untuk ada hobi sepelik ini, tidak pelik untuk mereka. Jangan disebabkan hobi yang digemari, kita lupa siapa kita.
Aku dah macam pembebel tak berbayar. Nisa, sila ingatkan diri sendiri juga.
Sekian.
Tuesday, December 21, 2010
Teacher Shida.
Ya..saya tahu sambungan P.Ramlee bahagian kedua tak post pon lagi.
Kesibukan mengalahkan menteri sungai dan saliran.
Sumpah aku dah taip separuh. Perkataan 'taip' tu dah macam aku pakai typewriter pulak. Heh.
Semalam semasa aku kat hospital di Ipoh, sekali tu tertampal "Free Wifi" kat dinding depan lif. Gila teruja. Seperti insan biasa di dunia ini, perkataan 'free' sangatlah mengujakan. Terus pinjam henpon ayahanda tercinta dengan niat menggunakan sebaiknya maksud 'free' itu. Sepantas tiupan angin lintang, aku terus meng'on' aplikasi wifi di henpon ayah walaupon dengan mengambil masa yang sangat-sangat-sangat lama untuk menjayakan misi tersebut. Sebab dari semalamnya aku cuba tapi tak berjaya. Sungguh buta gadget. Sedih~~
Ini sebuah analogi. Walaupon aku kenyang sebab baru lepas makan nasi, tetapi kalau ada sesiapa nak belanja makan, memang aku akan memenuhi permintaan tersebut dengan senang hati. Tak kira la kalau hanya memesan segelas Nescafe ais. Kalau pergi McD, sah-sah aku akan pesan set burger walaupon sesungguhnya nak tengok burger pon aku dah tak lalu sebab kenyang bebenor. Mengapa? Sebab ia 'free' atau bahasa lainnya ialah percuma. Tapi yang McD tu aku tipu. Aku taklah setamak itu. Cover-cover.
Apa yang aku nak katakan disini ialah, perkataan 'free' itu menyebabkan manusia tamak. Itu kenyataan.
Bersambung cerita sebenar, aku pon dengan rasa gembiranya bukak Google webpage. Berdebar-debar. 'Excited' gila. Dalam hati berbisik, apa aku nak 'search' ni ye?mmmm...
Tiba-tiba.
Kosong.
Blur....
Serius punya blur.
Aku tak ada facebook nak update berita terkini.
Aku dah berkurun abad tak buka frenster.
Aku nak berblog pon dah terkial-kial satu jam baru tulis tajuk entry.
Nisa, sila lupakan niat anda hendak mengaplikasikan cogan kata 'Informasi di hujung jari'.
Anda sangatlah tidak sesuai.
Kesimpulannya pakai internet kat henpon tak adalah best sangat. Baiklah guna monitor yang bersaiz 16.3" ini. Beserta mouse. Bahagia. Bahagia untuk aku yang sangat buta gadget.
P/S: Sebenarnya aku nak cerita benda lain. Penyakit sudah semakin dasyat. Merepek bukan hanya satu perenggan tetapi sudah melarat ke satu entry. Kronik~
Mana teacher Shida nya? Agak sengal di situ Nisa.

Sunday, November 7, 2010
P.Ramlee - Bahagian satu.
Aku bukanlah peminat P.Ramlee.
Hanya satu cerita beliau sahaja yang aku boleh tengok dari awal hingga akhir iaitu Tiga Abdul.
Pada mulanya aku tak faham mengapa orang sangat mengagung-agungkan P.Ramlee. Artikel pertama yang aku baca tentang beliau ialah di Mastika. Ia berkenaan percintaan P.Ramlee dan pelakon Mariani yang tidak ke jinjang pelamin kerana Mariani mengorbankan percintaannya untuk Saloma, adik beliau. Artikel itu sangat memberi impak kepada aku untuk mula tidak menyukai P.Ramlee. Mungkin gaya bahasa nya ke, jalan ceritanya ke, ataupon Mariani seperti tak habis-habis mengulangi penyataan yang dia pernah bercinta dengan P.Ramlee. Bagi aku, tidak perlu memperbesar-besarkan apa pengorbanan kita SETIAP MASA, ia seperti tidak ikhlas.
Dan aku menyampah.
Semakin aku menjadi dewasa (aiceh..), peminat P.Ramlee yang aku jumpa semakin bertambah. Dari budak-budak kecil sehingga yang dewasa. Yang tua toksah cakap. Ada seorang kawan aku ni siap boleh hafal dialog dalam semua filem P.Ramlee. Aku kagum.
Pandangan aku terhadap P.Ramlee beransur-ansur berubah apabila aku mendengar ceramah Ustaz Kazim. Ustaz Kazim sentiasa memasukkan ciri-ciri atau cerita-cerita P.Ramlee di dalam ceramah beliau. Beliau sentiasa mengambil perkara-perkara baik P.Ramlee untuk dijadikan contoh tauladan.
Ini perkara yang kita nak dengar apabila kita hanya mengenali seseorang itu selepas beliau meninggal dunia.
Bukan cerita kahwin cerai, kahwin cerai.
Bukan cerita orang hanya membuang beliau.
Bukan hanya cerita P.Ramlee menampung hidupnya dengan menyewa MEJA MAHJUNG!!!!...
Ini penghinaan untuk si mati.
Selepas aku tengok biografi P.Ramlee di siaran History, Astro, aku sangat sedih dengan pemikiran orang-orang di belakang tabir ini. Setiap orang ada salahnya semasa hidup. Tak perlu diceritakan atau membuka aib kepada satu dunia.
Sekiranya aku telah meninggal dunia, aku sememangnya hendak orang mengenali aku kerana perkara yang baik, sumbangan aku kepada masyarakat. Bukannya masalah-masalah rumahtangga aku, masalah-masalah aku dihina, masalah-masalah aku dibuang.
Aku nak orang menyukai aku kerana sumbangan-sumbangan ajaib aku, bukannya diminati kerana kasihan disebabkan jasa tidak dihargai semasa hidup.
Aku juga yakin semua orang yang hidup sekarang menginginkan perkara yang sama.
Dan Mariani juga tidak habis-habis mengulangi pergorbanan beliau terhadap Saloma di dalam biografi tersebut.
Pathetic~~
Dan aku emo. Heh.
Sudahlah lama tak menjengok blog sendiri. Sekali jengok poyo pulak tuh.
Maaf.

Friday, September 24, 2010
Ketika aku berumur 25.
9.20 pagi 25 tahun yang lalu, mak telah melahirkan seorang anak yang kurus pada masa itu di Hospital Lumut, Perak. Atas bukit yang sejuk hospitalnya. Perrgh..agak omputih di situ.
Aku sudah 25 tahun. Alhamdulillah. Masih berpeluang melihat dunia. Bersamaan juga setahun aku menghampiri kematian. Sila takut Nisa.
Semasa aku berumur 10 tahun iaitu 15 tahun yang lalu, aku berangan siap beritahu kawan-kawan yang aku kalau nak berkahwin mestilah pada umur 25 kerana terasa masa itu sangat ideal. 10 tahun dah kegatalan nak berkahwin. Belum akil baligh tuh. Siap kawan-kawan pon nak kahwin umur 25. Apalah budak umur 10 tahun tahu tentang realiti hidup. Ceh..macam la sekarang ko tahu sangat. Masa tu semuanya mudah. Kalau lapar, pergi makan. Kalau ngantuk, sila tidur. Sekarang nak makan pon kena tengok purse berisi ke tak. Sekarang nak tidur pon sebok main zombie dulu. Sibuknya Nisa.
Dan malangnya angan-angan tetap angan-angan. Masa berangan tuh best gila la tapi. huhu
Disebabkan berangan ialah sesuatu yang best gila, aku terpaksa berangan juga pada umur 25 ini.
Angan-angan jangka masa pendek (dalam 2 tahun)
1. Hari lahir tahun depan sudah habis master.
2. Selepas habis master sudah ada kerja.
3. Duit dalam simpanan ada banyak. Banyak mana, itu kita yang tak tahu.
Bila dah ada simpanan yang banyak maksudnya aku dah agak kaya. Oleh itu angan-angan seterusnya ialah angan-angan bila aku dah kaya.
Angan-angan bila aku dah kaya (dalam umur 30 ke atas)
1. Bayar hutangPTPTipu PTPTN. Bayar hutang itu wajib ye kawan-kawan.
2. Mengerjakan haji atau umrah sebelum mengumpul aset yang dasyat.
3. Melabur dalam pelaburan hartanah dan emas. Kaching..kaching..kachinggg..(Bunyi syiling dalam poket)
4. Ada satu kandang lembu yang banyak serta gemuk-gemuk lembunya. Seronok-seronok.
Kalau dah perempuan, sudah semestinya orang akan bertanya bila nak kahwin. Jawapan yang umum semestinya sehingga sampai jodoh. Jawapan yang agak terperinci ialah sehingga berjumpa seseorang yang bersetuju dengan angan-angan bila aku dah kaya itu. Dan semestinya orang itu juga hendak berkahwin dengan aku. Hendak bukan hanya di mulut tetapi disertakan juga dengan usaha dan perbuatan.
Agak emosi bila bercakap tentang kahwin. Mungkin kerana angan-angan semasa berumur 10 tahun tidak mungkin terjadi. Sedih.
Akhir kata, semoga angan-angan aku berusia 25 tahun ini menjadi kenyatan. Amiinn..
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
P/s: Sangat tak percaya aku sudah 25. Terasa diri ini masih muda remaja. Sila jangan jeles ye. huhu.

1. Bayar hutang

Labels:
hati dan perasaan
Friday, September 10, 2010
Malam raya semasa umur 25 tahun lagi beberapa hari.(wah siap promosi hari lahir sendiri)
Malam ini setan sudah dilepas meliar-liar di muka bumi Allah ini. Mungkin sedang membaca di sebelah kalian.
Bulan Ramadhan kali ini aku terasa aku sudah besar. Mengapa?
DULU
Semasa aku berumur 12 tahun ke bawah, setiap kali ramadhan mesti emak buat biskut raya. Biskut yang paling digemari kami adik beradik ialah biskut buah pinggang. Duduk sekeliling kawasan pemprosesan kueh emak sambil air liur hampir meleleh melihat kueh emak bersinar-sinar keemasan. Tarik nafas tok sah cakap lah. Sampai sendat lagi padat peparu masing-masing. Memang tak ada ruang hatta 1 mol. Perrgh, agak kimia di situ. Satu lagi sebab mengapa kami tertempek berdekatan emak adalah kerana dalam hati teringin beno nak cecahkan jari ke dalam doh emak. Sah-sah emak tak kasi. Anak ada tujuh. Kalau kasi sorang sentuh, lagi enam mesti buat pemberontakan besar-besaran punya. Kesimpulannya kami jadi penonton setia sahaja.
SEKARANG
Aku dah adik beradik perempuanku tak tidur malam menyiapkan tat blueberry. Tak tidur sampai sahur tu beb. Emak dah tak campur lagi. Sudah semestinya berehat dah sudah lena di ulit malam. Sastera sungguh. Kalau rasa nak sesat dan hampir hancur doh kami, baru merujuk emak yang pakar. Walaupon rupa tat agak buruk, tetapi boleh lah nak telan. Berbaloi jugak walaupon hampir-hampir tidur di sebelah oven akibat terlampau boring. Rupa-rupanya baru aku tahu buat biskut raya tak lah gembira sangat. Haha.
DULU
Setiap kali malam raya, kami sekeluarga mesti keluar mencari tudung raya, kasut raya dan songkok. Habis pusing setiap kedai dan pasar raya untuk memenuhi setiap kehendak anak-anak yang banyak songeh. Gila punya songeh. Sampai kadang-kadang aku pon boring. Ceh, macam aku baik sangat. Satu lagi yang menyebabkan aku tak tahan keluar malam raya ialah jam yang sangat teruk. Nak cari tempat letak kereta seksa sangat. Tetapi selalunya aku tak ikut. Baik tengok drama raya kat rumah. Hehe.
SEKARANG
Tadi aku keluar bawa kan adik-adik aku mencari tudung raya dan kasut raya. Kelakar pon ada. Dok mengekor je belakang diorang yang masih juga banyak songeh seperti satu masa dahulu. Tetapi aku tak boring macam dulu. Itu aku pelik. Emak dan ayah pula duduk berehat di rumah sambil menonton drama raya. Yang merupakan aktiviti malam raya aku suatu masa dahulu.
Dua perbezaan yang sangat ketara bagi diri aku. Aku dah besar kah?
Tetapi satu perkara yang aku pasti, sekarang emak akan tidur lewat pada malam raya untuk memasak juadah hari raya esok pagi. Kalau suatu hari nanti kami adik beradik yang tidur lewat untuk memasak juadah raya dan emak berehat dan tidur awal, maka kami bukan lagi sudah besar, tetapi sudah TUA.
Ya. TUA..!
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.
Dari Saya sekeluarga.

keluarga saya
Saturday, August 21, 2010
Chombee Oh Chombee..
Ini cerita tentang kucing peliharaan keluarga saya.
Nama beliau Chombee.
Chombee comel.
Walaupon nama beliau tidak sedap.
Saya teringin nak namakan beliau dengan nama yang lebih sedap.
Tetapi saya masih fikirkan lagi.
Saya rindu Chombee.
Tetapi saya lagi rindu keluarga saya.
Dah lama tak balik nih.
Tak buka puasa sama-sama lagi dengan mak ayah.
Rindunya kat mak...!!
Mak tolonglah rindu saya juga.
Labels:
Haiwankah itu?,
keluarga saya
PERNAHKAH ANDA: Masa pada sms lain beno dari masa sebenar?
/* Saya menjadi skema untuk entri ini untuk menjiwai perasaan seorang penyelesai masalah. (Padahal cedok Mr. Google je.) */
Sudah selesai satu masalah. Masa pada sms pasti akan sama dengan masa pada telefon bimbit anda. Sama-sama kita ucapkan terima kasih kepada Mr. Google.
" TERIMA KASIH MISTER GOOGLE!!! "
PERNAHKAH ANDA mendapat sms di mana masa pada sms itu tidak sama dengan waktu sebenar? Sedangkan masa pada telefon bimbit anda menunjukkan masa yang betul.
Telefon saya dan mak saya mengalami masalah yang sama. Jenama telefon bimbit kami juga sama iaitu Nokia.
Ini adalah cerita saya.
Perkara pertama yang saya buat selepas bangun tidur ialah memeriksa telefon kalau kalau ada misscall dan message.
1 message received.
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|| bla..bla..bla..
||
|| Sender:
|| xxx
|| +6019549....
|| Received:
|| 07:27:47pm
|| 2-Aug-2010
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
kunun-kunun skrin telefon saya.
Jangan terpedaya. Masa saya terima message nih bukan pada 7.27pm tetapi kena tambah 7 jam baru tahu masa sebenar. Leceh betul kena buat congak matematik masa mamai-mamai bangun tidur. Oleh itu saya bernekad mencari jalan penyelesaian masalah ini.
Dan..
Cara nya senang aja.

- Pergi ke Menu --> Settings --> Date and time --> Date and time settings.
- Sekiranya tidak boleh tekan, sila baca arahan nombor 3. Jika boleh tekan teruskan ke arahan nombor 5.
- Pergi ke Menu --> Settings --> Date and time --> Auto-update of date & time dan pilih off.
- Ulang langkah 1.
- Pergi bahagian Time zone dan pilih GMT +8 untuk negara Malaysia.
- Turun ke bahagian Daylight saving dan pilih +0 hours.
- Naik atas sikit ke bahagian Date dan Time. Sila masukkan tarikh hari ini. Semestinya bukan esok atau lusa ye. Untuk masa boleh klik masa tempatan Malaysia. Setelah selesai, pilih save.
- Akhirnya, pergi ke Menu --> Settings --> Date and time --> Auto-update of date & time dan pilih on.
Sudah selesai satu masalah. Masa pada sms pasti akan sama dengan masa pada telefon bimbit anda. Sama-sama kita ucapkan terima kasih kepada Mr. Google.
" TERIMA KASIH MISTER GOOGLE!!! "
Labels:
PERNAHKAH ANDA
Friday, August 13, 2010
encik arnab yang..
* Sedikit poyo kerana sudah beberapa minggu marathon drama korea. heh!
Cik Eton telah menolong seseorang merujuk kepada tuan encik arnab itu untuk memberi makan dan minum sepanjang ketiadaan beliau. Oh ya, sebelum itu, selamat menyambut Ramadhan yang mulia ini dan selamat berpuasa kepada kalian yang best. Yang tak best pon selamat juga k. Sah-sah diri sendiri yang tak best tuh.
Sambungan cerita asal.
Aku teruja.
Aku tak pernah bela arnab. Pegang pon tak pernah. Tengok dari jauh pernah. Tu yang teruja GILA aku. Dalam otak ni dah berangan-berangan nak pegang, belai, gigit, makan, kunyah. Eh salah salah. Ingat makan ayam RFC tadi. Nak pegang sambil bergambar je. Sila jangan takut encik arnab.
Yeay..sudah sampai.
Kamera sudah siap sedia.
Ini lah encik arnab versi bukan video. Sila buat-buat teruja walaupon anda sudah tengok video di atas.
Agak kelihatan tidak puas hati encik arnab putih nih.
Sila perhatikan arnab putih itu. Agak-agak kedatangan kami disambut mesra ke?
Semestinya TIDAK! Kepada yang tak dapat agak, sila buat agakan sama seperti saya iaitu TIDAK! Terima kasih terima kasih atas sokongan anda.
Ganas mak hengkau arnab!! (Bulan puasa sila cakap berlapik sikit nisa.)
Dia cakar tangan Cik Eton korang. Kuku dia tajam. Panjang pulak tu. Agak ngeri. Nasib baik bukan aku yang kena cakar. Kalau tak aku sendiri tak dapat menahan diri aku sendiri dari terus menyembelih arnab tersebut lalu di panggang. Ingat arnab tak bertuan ke ko sukahati nak sembelih, kata diri aku sendiri. Konflik dalaman sungguh. Sila abaikan.
Akhirnya aku dapat simpul mati kan bahawa encik arnab itu ialah ENCIK ARNAB YANG...
1. Agak liar pabila lapar dan dahaga. Macam manala kalau dorang nih puasa. Silap-silap pagar tu pon dikunyah-kunyah lumat. Hee..
3. Mungkin sedikit kerek. Jelingan arnab putih yang tak boleh blah. Rasa nak cubit-cubit je.
Kesimpulannya, bulu dia lembut gila. Aku tak tahu pon bulu arnab lembut macam bulu kucing. hehe.
P/S : Tidak dapat bergambar 'bersama' arnab kerana takut kena cakar.
Labels:
Haiwankah itu?
Friday, August 6, 2010
Sarapan pagi tadi.
Sila bold frame itu (hehe). Meja bersepah hanya ilusi anda. Meja aku yang sebenar sangat kemas. Ya. aku juga menipu diri sendiri.
Jauh sangat nih. Kasi close up sikit la.
dan lagi..
Amacam? Rupa yang sangat menyelerakan kan? Rasa dia lagi syahdu. Rotinya lembut sungguh. Topping nya sangat-sangat dan sangat SEDAP!! Sesungguhnya aku berkata benar.
15 minit kemudian..
Dah habis dah. hehe. Sila gelak dengan nada sedikit jahat dengan niat menunjuk.
Semoga berjumpa lagi di ruangan Juadah Nisa ye kawan-kawan. ( Tiba-tiba dapat nama labels entry baru. heh)
Labels:
Juadah Nisa
Tuesday, August 3, 2010
Sambungan entri sebelum ini.
Entri ini agak kejam.
Entri ini boleh menjadi amukan untuk seseorang.
Entri ini sangat bahaya.
Maka,
Berhati-hati lah.
Ehem.ehem. Betulkan suara.
Hai semua. Sihat? Aku sihat. Sakit pinggang sikit jelah. Mungkin kerana posisi badan tidak berubah disebabkan pemanduan sejauh 400 km ++. Gila mengungkit. Hari ini makan apa? Baju raya berapa pasang? Aku satu pasang je. Kuih raya berapa jenis? Jangan tak puasa ok. Maaf zahir batin. 0-0 ye.
(Melepas gian menulis kad raya zaman sekolah rendah.)
Sudah-sudah. Ini merapu tahap tidak dapat dimaafkan.
Ini merupakan entri sambungan kepada entri Nani merempuh hari graduasi beliau di Politeknik Merlimau Melaka .
Perjalanan pulang dari Melaka ke negeri Perak Darul Ridzuan sangat jauh. Jauh sangat. Semuanya penat. Pak Mat penat. Mak cik Faridah penat. Anak sulung yang best penat. Puji diri sendiri tak apa. Anak nombor tiga yang kuat menyengih penat. Dan anak nombor empat yang ______ penat. (Sila isi tempat kosong)
P/S : Sila jangan tanya mengapa aku seorang je yang sedikit tembam.

Pak Mat dan Makcik Faridah yang nampak sangat penat~~
Kami yang penat (???)
Sambil menunggu maggie goreng cik Nani yang tak siap-siap serta hangit rasanya, aktiviti-aktiviti penggambaran perlu dilakukan. Untuk mengelakkan kami berlima tertidur di meja RNR Dengkil ini.
Cik Jaja dan tanduk beliau.
Cik Jaja yang PENAT atau berlakon mungkin bersama botol ECPI.
Kami yang comel. Herk.
Poyo satu.
Poyo dua.
Poyo tiga.
Poyo empat.
Nani yang tak sempat nak poyo lima sebab dia pergi amik maggie goreng yang sangat lama masakannya.
Poyo enam.
Terima kasih kerana bersabar menahan diri melihat gambar-gambar poyo di atas. Pak Mat yang sangat mengantuk menyebabkan beliau mengeksplorasi (ada betul kah?) kamera handphone beliau.
Amaran aku maklumkan pada awal entri ini ditujukan khas buat Ecah. Siapa ecah?
Jeng..jeng..jeng..
Ini adik aku yang bongsu dan comel bernama Ecah (Tak tahan betol puji adik sendiri). Umur beliau 15 tahun. Oleh itu beliau berada di tingkatan tiga. Disebabkan beliau sekolah maka beliau sangat merajuk tidak dapat menyertai Ladies of the house yang lain ke Melaka.
Sila jangan merajuk ye. Kamu sekolah lagi. Tak boleh ponteng. Along dan ateh dah habis sekolah. Boleh lah pergi hari graduasi alang. Sila jangan mengamuk. Huu~~
Labels:
keluarga saya
Hari gembira Cik Nani
Hari sabtu tempoh hari merupakan hari penting untuk cik Nani Roslan yang merupakan adik aku yang ke-2. Beliau bukan bertunang, apatah lagi hendak mendirikan rumah tangga. Sementelah aku selaku kakak beliau masih tidak mendirikannya lagi. Tetapi sekiranya beliau begitu kepingin hendak berkahwin, silalah melangkah bendul dengan jayanya kerana tidak banyak yang aku minta. Hanya sumbangan tulus ikhlas sebanyak RM LIMA RIBU sahaja. Tak perlu kalian berbisik-bisik. Aku tahu aku seorang kakak yang bermurah hati, tidak berkira dengan adik beradik dan berhati waja (???). Perlukah aku mintak 10? mmm.
Oh. Berbalik kepada cerita asal. Sememangnya aku memang suka berlari-larianak tajuk pada perenggan pertama. Aku sendiri masih keliru tentang hal itu.
Oh. Berbalik kepada cerita asal. Sudah berjangkit untuk perenggan kedua.
Kembali serius.
Oh. Berbalik kepada cerita asal. Hari Sabtu lepas merupakan tarikh penting buat beliau adalah kerana.....
ADIK AKU SUDAH MENEMPUH HARI GRADUASI BELIAU...!
Sangat-sangat-sangat tahniah untuk Cik Nur KhairunnisaHanisah Hanani..!
Peluh di tiak* selama bertahun-tahun akhirnya berbayar pada hari itu.
Air mata meraung-raung menelefon ayah hendak berhenti belajar akhirnya kering pada hari itu.
Suara yang mengeluh kepayahan diganti dengan ketawa berpanjangan pada hari itu.
Hanya sengihan sehingga ke gusi menghiasi hari itu.
Hari itu sangat istimewa.
Hari itu ialah 31 Julai 2010.
Hari itu hari graduasi Nur Khairunnisa Hanani Bt. Roslan.
Tahniah adik!. Wah. Jeles ecah.
Oh. Berbalik kepada cerita asal. Sememangnya aku memang suka berlari-lari
Oh. Berbalik kepada cerita asal. Sudah berjangkit untuk perenggan kedua.
Kembali serius.
Oh. Berbalik kepada cerita asal. Hari Sabtu lepas merupakan tarikh penting buat beliau adalah kerana.....
ADIK AKU SUDAH MENEMPUH HARI GRADUASI BELIAU...!
Sangat-sangat-sangat tahniah untuk Cik Nur Khairunnisa
Peluh di tiak* selama bertahun-tahun akhirnya berbayar pada hari itu.
Air mata meraung-raung menelefon ayah hendak berhenti belajar akhirnya kering pada hari itu.
Suara yang mengeluh kepayahan diganti dengan ketawa berpanjangan pada hari itu.
Hanya sengihan sehingga ke gusi menghiasi hari itu.
Hari itu sangat istimewa.
Hari itu ialah 31 Julai 2010.
Hari itu hari graduasi Nur Khairunnisa Hanani Bt. Roslan.
Tahniah adik!. Wah. Jeles ecah.
Cik Nani sengih-sengih gembira.
Ladies of the house. Ecah jeles lagi.
Pak Mat bersama Cik Nani yang tak habis-habis menyengih.
Bunga untuk orang yang dirai
Tahniah sekali lagi.
Tetapi RM langkah bendul itu bukan main-main.
*ketiak
Labels:
keluarga saya,
Pengalaman jarang berlaku
Friday, July 16, 2010
Sesat di Kelantan..
Pada satu hari yang agak lama juga, aku dan cik eton telah ke negeri Kelantan. Naik bas tuh. Lama sangat-sangat aku tidak menggunakan perkhidmatan awam tersebut. Sampai tak terhingat la bila kali terakhir memanjat tangga bas ekspress. Bas Omnibus tak pernah kot. Haa..bas mini serta indrakota aku pernah naik satu kali. Oh..oh..ehem..(membetulkan keadaan kotak suara apabila kita tahu kita sudah lari topik). Bas kami bertolak pada pukul 1020 malam dari Butterworth dan sampai di Pasir Mas pada pukul 330 pagi. Dah macam laporan berita pulak. Aisshhh..!
Saya yang tembam sikit je.
Pada keesokan harinya..
Selepas selesai menikmati makan tengah hari yang lazat di rumah kami menumpang teduh, datang satu idea agak daring dari cik eton iaitu hendak ke Kota Bharu naik motor dengan aku di mana aku dan cik eton adalah orang negeri Perak pio. PIO. Adakah logik bagi kalian apabila dua orang pio Perak hendak berjalan-jalan di negeri bukan Perak berdua sahaja dengan menaiki motor? Ini kerja gila.
Dan disebabkan aku ni tidaklah waras sangat, maka aku pon meneruskan jua idea daring cik eton itu. Betapa aku ini seorang wanita ayu lagi lemah gemalai, aku sangat berdebar-debar bagi menjayakan misi ini.
Oh..lupa nak beritahu. Misi kami adalah hendak mencari keropok lekor dan buah gajus.
Berdasarkan arahan dan plan jalan yang diberi oleh tuan rumah, kami memulakan perjalanan dengan agak ragu-ragu sekali. Setelah 25minit aku membonceng cik eton, akhirnya kami selamat sampai ke Kota Bharu. Gembira sampai rasa nak melompat-lompat. Serius.
Setelah menyelesaikan misi dan bersiar-siar di Kota Bharu, kami bergerak pulang pada pukul 610 dengan harapan akan sampai ke rumah pada pukul 635 petang. Sementelah perjalanan pergi tidak mempunyai apa-apa masalah, maka perasaan kami lebih yakin untuk perjalanan pulang. TERlebih yakin mungkin.
Broomm..broomm..kami pon bergerak dari pusat bandar.
(Bukan penyapu. Ia bunyi motor)
Broomm..broomm..20 minit berlalu.
Broomm..broomm..40 minit berlalu. Mana simpang jalan masuk nih?
Broomm..broomm..aik.tadi pergi tak pulak nampak tokong buddha sebelah kanan jalan nih?
Waa..! Where are we??? Jerit batin kami.
Aku suruh cik eton jalan lagi depan kot-kot jumpa simpang. SUDAH TERANG LAGI BERSULUH KAMI TELAH SESAT, nisa oii.
Akhirnya cik eton telah membuat keputusan nekad untuk membuat pusingan U di satu kawasan yang kami berdua pon tak tahu kat mana. Selang 20 minit dengan pecutan yang tinggi kami telah sampai di Balai Polis Chabang Empat. Sudah semestinya en. polis itu akan membantu kami mencari jalan pulang yang benar. Terima kasih en. polis walaupon anda menahan gelak. Cik eton tahu anda ingin gelak guling-guling di lantai. Aku yang pemalu ni tak tahu sebab aku tunggu di luar.
Efisen sungguh en. polis itu kerana kami selamat sampai ke rumah pada pukul 815 malam.
Sepanjang kejadian sesat ini, aku hanya tahu aku sesat di kawasan Tumpat. Itu pon terima kasih kepada papan tanda-papan tanda di tepi-tepi jalan. Dan semua orang cakap jauhnya anda berdua sesat. Aku hanya mampu senyum simpul sahaja.
Setibanya di Penang, perkara pertama yang aku lakukan adalah mencari google map dan menyiasat berapa jauh aku telah terpesong dari jalan sebenar dan jawapannya ialah......
*warna garisan sangat buruk oleh aku yang tidak mahir. Sila abaikan.
A - Kota Bharu
B - Balai Polis Chabang Empat
C - Pasir Mas
D - Lokasi pusingan U. Berdekatan tokong buddha.
Garisan warna merah merupakan jalan pulang yang sebenar dan warna biru ialah warna kesesatan jalan.
Perrghh, lagi beberapa meter je aku mungkin berbahasa Thailand. Sawadeeka. Praktis-praktis.
Kesimpulannya, aku memang telah sangat sesat jalan raya secara terlampau di bumi Kelantan hanya kerana keropok lekor dan biji gajus. Sila bayangkan perasaan aku dan cik eton yang tak tahu berada di mana di negeri bukan Perak pada waktu maghrib dan sedang membonceng motor. Huu~~
Ngeri..!
Sekian laporan sesat di Kelantan oleh saya yang sangat lama tidak meng'update' blog.
Terima kasih kerana bersabar dengan tulisan saya yang skema.
Labels:
Pengalaman jarang berlaku
Thursday, June 3, 2010
Lama sudah tidak membebel. Sangat sibuk sekarang. Hah..tiba-tiba tertulis isi entry sebagai tajuk. Maafkan saya~~
Ceriakan pagi anda dengan video di bawah. Sila. Sila.
Get to go. (Nak pergi jumpa Supervisor. Perrghh..agak cuak disitu).
Daa..
Get to go. (Nak pergi jumpa Supervisor. Perrghh..agak cuak disitu).
Daa..
Monday, May 10, 2010
Gempa bumi.
/* entry ini telah diubah suai untuk mengelakkan pembaca mengambil dos panadol berlebihan akibat pening yang melampau */
(Comment out ala-ala C++ lagi. Sila jangan jeles)
Hari ini. 10 Mei 2010.
Semalam kepala aku pening. Semalam kepala warga blok satu pening. Semalam kepala warga kampus pening. Semalam kepala satu Penang pening.
Rupa-rupanya gempa bumi telah melanda Indonesia lagi. Utara Sumatera pada jam 1.59 petang berukuran 7.1 SR.
Ini merupakan pengalaman aku kali ketiga. Di bawah merupakan pengalaman-pengalaman aku mengikut aturan. Semua orang pening apabila membaca entry ini. Adakah aku sengaja mengheret semua orang supaya pening bersama-sama?
Pengalaman pertama. 26 Disember 2004.
Pengalaman pertama adalah seperti tiada pengalaman. Ini adalah kerana aku sedang tidur dengan nyenyak nya pada masa kejadian. Bangun daripada tidur terpinga-pinga apabila semua orang cakap ada gempa bumi. Adakah mereka mengigau? Takkan la Malaysia ada gempa bumi. Padahal diri sendiri tidur tak ingat dunia. SANGAT TIDAK INGAT DUNIA.
Sedangkan aku tak tahu yang pada ketika itu penduduk Banda Acheh sedang bertarung nyawa melawan ombak gergasi tsunami. Ibarat tiada lagi hari esok.
Tiba-tiba suasana menjadi pilu. Al-Fatihah untuk mangsa korban tsunami di Banda Acheh Disember 2004.
Pengalaman kedua. Selepas 26 Disember 2004.
Pengalaman gempa bumi kedua ialah pada beberapa minggu atau hari (aku pon tak ingat) selepas tsunami. Masa tu aku di rumah bersama keluarga. Serius pening gila. Aku ingat aku salah makan ke, tengok tv banyak sangat ke. Ayah aku siap ingat penyakit diabetes beliau tiba-tiba mengganas. Tidak ayah. Tidak. Kami semua pening.Perasaan nya seperti kita berada di dalam lif dan ia hendak berhenti. Syaratnya lif tersebut perlu laju. Dan berhenti mengejut. Pening pusing-pusing la kita ni. Hanya untuk lif yang tidak efisen. (Sila abaikan analogi lif aku.)
Pengalaman ketiga.10 Mei 2010. Bersambung dari perenggan pertama.
Dan semalam merupakan pengalaman yang ketiga. Kali ini agak ngeri. Terasa kepala aku bergerak ke kiri dan kanan. Lama.
Berterima kasih dengan pengalaman-pengalaman aku sebelum ini, aku sudah tahu mengawal perasaan cuak diri sendiri. Walaupon lepas tu mengeletar. Aku anggap je aku lapo. Terus makan roti Gardenia cicah Coffee Mix sambil menjeling dinding dan siling bilik. Takut-takut retak. Sempat lagi la nak lari.
Aku bermonolog dengan diri sendiri. "Aku nak bawak lari apa ye? Laptop ke. Sayang kalau tinggal ni. Handfon, purse, tudung, kunci kereta. Apa lagi eh?". Setelah habis dua keping roti, aku pon berhenti membebel dengan diri sendiri.
Dalam masa yang sama, orang lain dah kelam kabut keluar blok. Aku konon-konon nampak kool sebab makan roti. Padahal dalam hati cuak gila.
5 minit kemudian, aku sambung main game. Aku bukan kool. Aku gila.
p/s: Aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang hanya merasai sedikit kesan dari gempa bumi. Tak boleh bayangkan kesengsaraan rakyat Indonesia yang sentiasa berwaspada dan mesti lagi pening dari aku. Sekian.
p/s 2: Kawan-kawan ku, pening lagi tak? Siap letak tarikh lagi. huhu
(Comment out ala-ala C++ lagi. Sila jangan jeles)
Hari ini. 10 Mei 2010.
Semalam kepala aku pening. Semalam kepala warga blok satu pening. Semalam kepala warga kampus pening. Semalam kepala satu Penang pening.
Rupa-rupanya gempa bumi telah melanda Indonesia lagi. Utara Sumatera pada jam 1.59 petang berukuran 7.1 SR.
Ini merupakan pengalaman aku kali ketiga. Di bawah merupakan pengalaman-pengalaman aku mengikut aturan. Semua orang pening apabila membaca entry ini. Adakah aku sengaja mengheret semua orang supaya pening bersama-sama?
Pengalaman pertama. 26 Disember 2004.
Pengalaman pertama adalah seperti tiada pengalaman. Ini adalah kerana aku sedang tidur dengan nyenyak nya pada masa kejadian. Bangun daripada tidur terpinga-pinga apabila semua orang cakap ada gempa bumi. Adakah mereka mengigau? Takkan la Malaysia ada gempa bumi. Padahal diri sendiri tidur tak ingat dunia. SANGAT TIDAK INGAT DUNIA.
Sedangkan aku tak tahu yang pada ketika itu penduduk Banda Acheh sedang bertarung nyawa melawan ombak gergasi tsunami. Ibarat tiada lagi hari esok.
Tiba-tiba suasana menjadi pilu. Al-Fatihah untuk mangsa korban tsunami di Banda Acheh Disember 2004.
Pengalaman kedua. Selepas 26 Disember 2004.
Pengalaman gempa bumi kedua ialah pada beberapa minggu atau hari (aku pon tak ingat) selepas tsunami. Masa tu aku di rumah bersama keluarga. Serius pening gila. Aku ingat aku salah makan ke, tengok tv banyak sangat ke. Ayah aku siap ingat penyakit diabetes beliau tiba-tiba mengganas. Tidak ayah. Tidak. Kami semua pening.
Pengalaman ketiga.10 Mei 2010. Bersambung dari perenggan pertama.
Dan semalam merupakan pengalaman yang ketiga. Kali ini agak ngeri. Terasa kepala aku bergerak ke kiri dan kanan. Lama.
Berterima kasih dengan pengalaman-pengalaman aku sebelum ini, aku sudah tahu mengawal perasaan cuak diri sendiri. Walaupon lepas tu mengeletar. Aku anggap je aku lapo. Terus makan roti Gardenia cicah Coffee Mix sambil menjeling dinding dan siling bilik. Takut-takut retak. Sempat lagi la nak lari.
Aku bermonolog dengan diri sendiri. "Aku nak bawak lari apa ye? Laptop ke. Sayang kalau tinggal ni. Handfon, purse, tudung, kunci kereta. Apa lagi eh?". Setelah habis dua keping roti, aku pon berhenti membebel dengan diri sendiri.
Dalam masa yang sama, orang lain dah kelam kabut keluar blok. Aku konon-konon nampak kool sebab makan roti. Padahal dalam hati cuak gila.
5 minit kemudian, aku sambung main game. Aku bukan kool. Aku gila.
p/s: Aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang hanya merasai sedikit kesan dari gempa bumi. Tak boleh bayangkan kesengsaraan rakyat Indonesia yang sentiasa berwaspada dan mesti lagi pening dari aku. Sekian.
p/s 2: Kawan-kawan ku, pening lagi tak? Siap letak tarikh lagi. huhu
Labels:
Pengalaman jarang berlaku
Sunday, May 2, 2010
Air lemon asrama
Semalam mak aku beli dua biji buah lemon. Pelik sangat tengok buah lemon ni. Kulit dia keras. Warna dia kuning sangat cantik. Besar dari buah limau purut. Tak ada bau. Tiba-tiba jadi penganalisa buah. Sebenarnya ini pertama kali aku memegang buah lemon. Sedih sungguh bunyinya~
Pada mulanya aku tak ada la teruja sangat. Tetapi apabila mak aku cakap buah lemon boleh kasi kurus, tak pasal-pasal buah ini menjadi buah kegemaran aku. Nasib baik dia tak boleh kokak macam tu je. Tapi kalau sesiapa yang reseptor masam di lidahnya sudah hilang, aku memang menyokong beliau untuk terus mengokaknya.
Di kala aku kebosanan sesangat-sangat. (Padahal kerja berlambak-lambak). Tiba-tiba teringin nak cuba jus lemon. Aku upload gambar dulu kasi tengok kesedapan air lemon aku.
Masa gambar di ambil : Di suatu petang semasa tinggal berdua dengan Siti

Ini merupakan resepi air lemon Nisa. (khas untuk pelajar yang duduk di asrama seperti aku)
Bahan-bahan :
Separuh buah lemon
Satu sudu besar gula
Sedikit air panas
Secawan air sejuk (ais pon boleh)
Cara-caranya :
1. Masukkan gula dan air panas ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula larut.
2. Potong satu helai (??) dari buah lemon untuk perhiasan.
3. Baki buah lemon diperah bagi mendapatkan jus nya. (Aku korek-korek pakai sudu je. Kat asrama mana nak cari blender.)
Hasilnya adalah seperti ini.
4. Akhirnya bahan di atas dicampur dengan air sejuk ataupon ais. Kalau nak minum suam pon boleh. Ikut citarasa sendiri. Cop..cop..sila buang biji nya dahulu k. Nanti pokok lemon tumbuh dalam perut. Tapi bagus jugak kan? Tak payah beli kat pasar. Petik je dari perut sendiri. Bijak-bijak (sambil berangan memetik buah lemon dari mulut). Eeeuuuiii...agak tak best. Eh. Maafkan saya. Saya terlupa diri sedang memberi resepi bukan merapu rapan. Sambung-sambung.
5. Masukkan 1 helai (??) lemon untuk hiasan.
Tada....air lemon sudah siap.
Sudah boleh diminum.
Oh ya, untuk kesihatan, air lemon perlu diminum dua kali sehari. Oleh itu, lagi separuh lemon tadi boleh di minum satu sesi akan datang.
Untuk wanita-wanita di luar sana dan khas untuk yang sedang menaip menyiapkan entry ini, air lemon memberi berita yang sangat baik.
1. Pertama ialah air lemon dapat mengurangkan berat dengan cepat. Sangat berita baik.
2. Juga terbaik untuk kesihatan kulit. Ia menghilangkan bintik-bintik hitam, garis-garis kedutan, dan membuat wajah anda berseri-seri.
Tapi ada syarat, iaitu kena minum hari-hari la. Tak kan la minum sekali dah nak tengok cermin. Pesanan yang tersangat khas untuk diri sendiri.
Air lemon untuk kesihatan
1. Mengawal tekanan darah tinggi. Mengurangkan tekanan mental (mental stress) dan kemurungan. Lepas ni kalau aku jadi gembira tak tentu pasal, sila salahkan lemon itu.
2. Membantu menyembuhkan penyakit asma.
3. Bertindak membuang toksin dan bakteria dari dalam badan. Kurus la i lepas ni.
4. Tersangat baik untuk perut anda. Mengelakkan sembelit.
Banyaknya khasiat buah lemon. Oleh itu, marilah cuba resepi air lemon asrama ni. Hehe.
Masa gambar di ambil : Di suatu petang semasa tinggal berdua dengan Siti
Lokasi penggambaran : Kabinet dapur mak aku.
Jurufoto : Hanisah Roslan
Saturday, May 1, 2010
Lawatan kebun kelapa sawit
Beberapa minggu yang lepas, aku berpeluang untuk bersiar-siar di dalam kebun kelapa sawit milik bapa kepada member seberang katil. Bersiar-siar sambil mengenalpasti struktur pokok tersebut. Buah dia warna ungu kehitaman kot. Selama ni tengok warna merah je. Ingatkan buah anggur yang besar. Nyam..nyam..
lorong-lorong kebun berpasir pantai
Aku di bangsal menunggu durian.(buruk gila posing)
Ini merupakan member seberang katil aku.
Secara rasminya saya memperkenalkan member seberang katil saya yang selama ini diselubungi misteri nusantara. Mintak mahap Kak Eton. Nisa tak sengaja terupload sekaligus terkomen sekali. Ops..Nisa terbagitau nama pulak tu. Teruknya saya. Dush..dush.. Nisa dah babap diri sendiri dengan lemah gemalai nya. Sebab Nisa kan lemah lembut sopan santun orangnya. Harap Kak Eton dapat maafkan Nisa dan membelanja Nisa kek batik. Tak mo kek Hup Seng cap Ping Pong.
Mesti korang memperbincangkan keterukan perangai aku. Sepatutnya aku la yang kena masak untuk Kak Eton kan tanda mintak maaf? Bukan aku tak nak tapi....
Kak Eton ialah iron chef Malaysia. Sedap gila beliau masak. (Tiba-tiba lapo).
Maka, janganlah sesiapa pelik dan bertanya soalan yang sensitif seperti "Besarnya ko sekarang Nisa. Dulu kurus je."
Eh.Eh. Terlari topik pulak. Patutlah dulu karangan bahasa melayu selalu dapat D. Tulis berjela-jela sambil tersenyum-senyum lagi. Gembira la kata kan apabila menulis karangan dengan ide mencurah-curah. Siap jeling belagak gila kat orang sebelah yang sedang termenung mencari ilham. Apabila cikgu dah tanda karangan, tiba-tiba aku dapat markah D serta komen cikgu " Karangan anda lari dari tajuk". Tak ke rasa nak pindah sekolah?
Aku lari topik lagi~
(sambungan cerita asal..)
Aku dapat buah tangan dari kebun Kak Eton iaitu buah kepala sawit. Ya, buah kelapa sawit.
buah kelapa bergolek-golek bersama setangkai payung. (Betul ke setangkai?)
Allah hu akbar..Allah hu akbar.. azan kedengaran menandakan masuk waktu solat maghrib. Masa untuk pulang. Sebenarnya dah kenyang makan kueh kole kacang dan rojak yang sedap sangat-sangat-sangat. Kalau tak habis lagi, tak ada makna nya aku nak balik. Rugi kalau tak habiskan. Aku memang kuat makan. Terima kasih abah Kak Eton dan jumpa lagi kebun Kak Eton. Daa~~
Labels:
Pengalaman jarang berlaku
Saturday, April 24, 2010
Selamat hari lahir
Samat hari lahir yang ke dua puluh lima. (Apabila umur ditulis dalam bentuk perkataan dan bukan angka, orang tak perasan sangat kita dah tua.)
Penulisan di bawah adalah khas untuk encik yang sedang mengorek kubu. Iaitu saudara Suhairie. Wah..dah terkeluar sudah nama.
Doa dan ucapan saya untuk awak,
1. Semoga gembira di mana saja awak berada. Walaupon awak penat mengorek kubu kat sana.
2. Saya doakan awak sentiasa selamat dan dilindungi Allah hendaknya.
3. Moga awak dimurahkan rezeki dan selalu belanja saya makan.
4. Awak dah tua, saya pon bakal tua. Nanti kita sama-sama makan ulam k.
Disebabkan kita jauh di mata tapi dekat di hati, aiceh. saya tak dapat nak bagi hadiah, oleh itu saya kirimkan kucing comel ni untuk nyanyikan bagi pihak saya.
Sedia?
1..
2..
3..
Nyanyi.
Terima kasih. Terima kasih.
Sedapkan suara Nini? Hah, tiba-tiba bagi nama encik kucing tu Nini. Awak ingat lagi tak kat Nini? Tak ingat? Cuba awak pejamkan mata dan balik ke masa lampau. Kira-kira 5 tahun lepas.
Awak dah ingat?
Tak ingat ke?
Ala..video yang awak pernah bagi dulu. Oh. Terbagitau pulak.
Ha..dah ingat kan? Gembira-gembira. Penyataan sejukkan hati sendiri.
Saya ada kejutan lagi ni. Saya dah sediakan kek hari jadi khas untuk awak. Saya nak buatkan kek coklat spesel untuk awak. Tapi oven mak saya rosak. Alasan.

Kek untuk awak. Ni prototaip je tau. Jangan makan.
Saya harap dapat sama-sama sambut hari lahir awak yang ke tujuh puluh lima. Saya cilok gambar kek birthday nenek Betty ni kat internet. Pinjam ye nek.
Setiap hari lahir mestilah dapat hadiah. Hari lahir awak pon tak ketinggalan. Saya ada sediakan hadiah untuk awak. Seronok tak? Tapi yang kat bawah ni contoh je tau. Yang betol-betol punya saya simpan.
Contoh hadiah awak.
Sekian dari saya untuk awak. Harap awak gembira dengan kek dan hadiah maya saya ni. Semoga berjumpa lagi k.
Hani.
Labels:
hati dan perasaan