Saturday, May 1, 2010

Lawatan kebun kelapa sawit

Beberapa minggu yang lepas, aku berpeluang untuk bersiar-siar di dalam kebun kelapa sawit milik bapa kepada member seberang katil. Bersiar-siar sambil mengenalpasti struktur pokok tersebut. Buah dia warna ungu kehitaman kot. Selama ni tengok warna merah je. Ingatkan buah anggur yang besar. Nyam..nyam..


lorong-lorong kebun berpasir pantai


Aku di bangsal menunggu durian.(buruk gila posing)


Ini merupakan member seberang katil aku.

Secara rasminya saya memperkenalkan member seberang katil saya yang selama ini diselubungi misteri nusantara. Mintak mahap Kak Eton. Nisa tak sengaja terupload sekaligus terkomen sekali. Ops..Nisa terbagitau nama pulak tu. Teruknya saya. Dush..dush.. Nisa dah babap diri sendiri dengan lemah gemalai nya. Sebab Nisa kan lemah lembut sopan santun orangnya. Harap Kak Eton dapat maafkan Nisa dan membelanja Nisa kek batik. Tak mo kek Hup Seng cap Ping Pong.

Mesti korang memperbincangkan keterukan perangai aku. Sepatutnya aku la yang kena masak untuk Kak Eton kan tanda mintak maaf? Bukan aku tak nak tapi....

Kak Eton ialah iron chef Malaysia. Sedap gila beliau masak. (Tiba-tiba lapo).

Maka, janganlah sesiapa pelik dan bertanya soalan yang sensitif seperti "Besarnya ko sekarang Nisa. Dulu kurus je."

Eh.Eh. Terlari topik pulak. Patutlah dulu karangan bahasa melayu selalu dapat D. Tulis berjela-jela sambil tersenyum-senyum lagi. Gembira la kata kan apabila menulis karangan dengan ide mencurah-curah. Siap jeling belagak gila kat orang sebelah yang sedang termenung mencari ilham. Apabila cikgu dah tanda karangan, tiba-tiba aku dapat markah D serta komen cikgu " Karangan anda lari dari tajuk". Tak ke rasa nak pindah sekolah?

Aku lari topik lagi~

(sambungan cerita asal..)
Aku dapat buah tangan dari kebun Kak Eton iaitu buah kepala sawit. Ya, buah kelapa sawit.


buah kelapa bergolek-golek bersama setangkai payung. (Betul ke setangkai?)

Allah hu akbar..Allah hu akbar.. azan kedengaran menandakan masuk waktu solat maghrib. Masa untuk pulang. Sebenarnya dah kenyang makan kueh kole kacang dan rojak yang sedap sangat-sangat-sangat. Kalau tak habis lagi, tak ada makna nya aku nak balik. Rugi kalau tak habiskan. Aku memang kuat makan. Terima kasih abah Kak Eton dan jumpa lagi kebun Kak Eton. Daa~~



2 comments:

Anonymous said...

Aduh..ape sal cik nisa kasi kantoi pada hadirin sekalian yg member seberang katil cik nisa tu tak kenal biskut meri? Member seberang katil aka Kak eToN berasa sungguh malu & xdpt terima hakikat yg beliau xkenal biskut meri. Siap konfiden giler die amek biskut hap seng cap ping pong kat rak TF tu terus gi bayar kat kaunter hari tu..haha

p/s: kalau upload siap komen lg pastu coverline dgn memuji individu tbabit pandai memasak org x panggil 'tak sengaja' dah cik nisa, itu namanya taktik...(taktik nk kak eToN msk kek batik ekkkk?? tau...hehe)

Hanisah Roslan said...

Kak Eton memang tere. ingatkan takde sape la perasan taktik nisa tu.hahaha

Post a Comment