Friday, September 10, 2010

Malam raya semasa umur 25 tahun lagi beberapa hari.(wah siap promosi hari lahir sendiri)

Malam ini setan sudah dilepas meliar-liar di muka bumi Allah ini. Mungkin sedang membaca di sebelah kalian.

Bulan Ramadhan kali ini aku terasa aku sudah besar. Mengapa?

DULU
Semasa aku berumur 12 tahun ke bawah, setiap kali ramadhan mesti emak buat biskut raya. Biskut yang paling digemari kami adik beradik ialah biskut buah pinggang. Duduk sekeliling kawasan pemprosesan kueh emak sambil air liur hampir meleleh melihat kueh emak bersinar-sinar keemasan. Tarik nafas tok sah cakap lah. Sampai sendat lagi padat peparu masing-masing. Memang tak ada ruang hatta 1 mol. Perrgh, agak kimia di situ. Satu lagi sebab mengapa kami tertempek berdekatan emak adalah kerana dalam hati teringin beno nak cecahkan jari ke dalam doh emak. Sah-sah emak tak kasi. Anak ada tujuh. Kalau kasi sorang sentuh, lagi enam mesti buat pemberontakan besar-besaran punya. Kesimpulannya kami jadi penonton setia sahaja.

SEKARANG
Aku dah adik beradik perempuanku tak tidur malam menyiapkan tat blueberry. Tak tidur sampai sahur tu beb. Emak dah tak campur lagi. Sudah semestinya berehat dah sudah lena di ulit malam. Sastera sungguh. Kalau rasa nak sesat dan hampir hancur doh kami, baru merujuk emak yang pakar. Walaupon rupa tat agak buruk, tetapi boleh lah nak telan. Berbaloi jugak walaupon hampir-hampir tidur di sebelah oven akibat terlampau boring. Rupa-rupanya baru aku tahu buat biskut raya tak lah gembira sangat. Haha.


DULU
Setiap kali malam raya, kami sekeluarga mesti keluar mencari tudung raya, kasut raya dan songkok. Habis pusing setiap kedai dan pasar raya untuk memenuhi setiap kehendak anak-anak yang banyak songeh. Gila punya songeh. Sampai kadang-kadang aku pon boring. Ceh, macam aku baik sangat. Satu lagi yang menyebabkan aku tak tahan keluar malam  raya ialah jam yang sangat teruk. Nak cari tempat letak kereta seksa sangat. Tetapi selalunya aku tak ikut. Baik tengok drama raya kat rumah. Hehe.

SEKARANG
Tadi aku keluar bawa kan adik-adik aku mencari tudung raya dan kasut raya. Kelakar pon ada. Dok mengekor je belakang diorang yang masih juga banyak songeh seperti satu masa dahulu. Tetapi aku tak boring macam dulu. Itu aku pelik. Emak dan ayah pula duduk berehat di rumah sambil menonton drama raya. Yang merupakan aktiviti malam raya aku suatu masa dahulu.



Dua perbezaan yang sangat ketara bagi diri aku. Aku dah besar kah?

Tetapi satu perkara yang aku pasti, sekarang emak akan tidur lewat pada malam raya untuk memasak juadah hari raya esok pagi. Kalau suatu hari nanti kami adik beradik yang tidur lewat untuk memasak juadah raya dan emak berehat dan tidur awal, maka kami bukan lagi sudah besar, tetapi sudah TUA.

Ya. TUA..!

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Dari Saya sekeluarga.

2 comments:

Anonymous said...

Wah2,kakak mithali gitu! bwk adek2 gi shopping raye. kakak siap blanje baju raya skali ye?

p/s: amboi, 'hoklight' bday lg gitu.haha

Hanisah Roslan said...

Sudah semestinya tidak kerana kakak mereka jugak menagih ehsan ibu bapa.hehehe

Post a Comment