Aku sudah 25 tahun. Alhamdulillah. Masih berpeluang melihat dunia. Bersamaan juga setahun aku menghampiri kematian. Sila takut Nisa.
Semasa aku berumur 10 tahun iaitu 15 tahun yang lalu, aku berangan siap beritahu kawan-kawan yang aku kalau nak berkahwin mestilah pada umur 25 kerana terasa masa itu sangat ideal. 10 tahun dah kegatalan nak berkahwin. Belum akil baligh tuh. Siap kawan-kawan pon nak kahwin umur 25. Apalah budak umur 10 tahun tahu tentang realiti hidup. Ceh..macam la sekarang ko tahu sangat. Masa tu semuanya mudah. Kalau lapar, pergi makan. Kalau ngantuk, sila tidur. Sekarang nak makan pon kena tengok purse berisi ke tak. Sekarang nak tidur pon sebok main zombie dulu. Sibuknya Nisa.
Dan malangnya angan-angan tetap angan-angan. Masa berangan tuh best gila la tapi. huhu
Disebabkan berangan ialah sesuatu yang best gila, aku terpaksa berangan juga pada umur 25 ini.
Angan-angan jangka masa pendek (dalam 2 tahun)
1. Hari lahir tahun depan sudah habis master.
2. Selepas habis master sudah ada kerja.
3. Duit dalam simpanan ada banyak. Banyak mana, itu kita yang tak tahu.
Bila dah ada simpanan yang banyak maksudnya aku dah agak kaya. Oleh itu angan-angan seterusnya ialah angan-angan bila aku dah kaya.
Angan-angan bila aku dah kaya (dalam umur 30 ke atas)
1. Bayar hutang
2. Mengerjakan haji atau umrah sebelum mengumpul aset yang dasyat.
3. Melabur dalam pelaburan hartanah dan emas. Kaching..kaching..kachinggg..(Bunyi syiling dalam poket)
4. Ada satu kandang lembu yang banyak serta gemuk-gemuk lembunya. Seronok-seronok.
Kalau dah perempuan, sudah semestinya orang akan bertanya bila nak kahwin. Jawapan yang umum semestinya sehingga sampai jodoh. Jawapan yang agak terperinci ialah sehingga berjumpa seseorang yang bersetuju dengan angan-angan bila aku dah kaya itu. Dan semestinya orang itu juga hendak berkahwin dengan aku. Hendak bukan hanya di mulut tetapi disertakan juga dengan usaha dan perbuatan.
Agak emosi bila bercakap tentang kahwin. Mungkin kerana angan-angan semasa berumur 10 tahun tidak mungkin terjadi. Sedih.
Akhir kata, semoga angan-angan aku berusia 25 tahun ini menjadi kenyatan. Amiinn..
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
P/s: Sangat tak percaya aku sudah 25. Terasa diri ini masih muda remaja. Sila jangan jeles ye. huhu.
1 comments:
aammmiiinnnn~~`
Post a Comment