Sunday, May 2, 2010

Air lemon asrama

Semalam mak aku beli dua biji buah lemon. Pelik sangat tengok buah lemon ni. Kulit dia keras. Warna dia kuning sangat cantik. Besar dari buah limau purut. Tak ada bau. Tiba-tiba jadi penganalisa buah. Sebenarnya ini pertama kali aku memegang buah lemon. Sedih sungguh bunyinya~

Pada mulanya aku tak ada la teruja sangat. Tetapi apabila mak aku cakap buah lemon boleh kasi kurus, tak pasal-pasal buah ini menjadi buah kegemaran aku. Nasib baik dia tak boleh kokak macam tu je. Tapi kalau sesiapa yang reseptor masam di lidahnya sudah hilang, aku memang menyokong beliau untuk terus mengokaknya.

Di kala aku kebosanan sesangat-sangat. (Padahal kerja berlambak-lambak). Tiba-tiba teringin nak cuba jus lemon. Aku upload gambar dulu kasi tengok kesedapan air lemon aku.





Terliur tak? ehem..ehem..

Ini merupakan resepi air lemon Nisa. (khas untuk pelajar yang duduk di asrama seperti aku)

Bahan-bahan :

Separuh buah lemon
Satu sudu besar gula
Sedikit air panas
Secawan air sejuk (ais pon boleh)



Cara-caranya :

1. Masukkan gula dan air panas ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula larut.
2. Potong satu helai (??) dari buah lemon untuk perhiasan.
3. Baki buah lemon diperah bagi mendapatkan jus nya. (Aku korek-korek pakai sudu je. Kat asrama mana nak cari blender.)

Hasilnya adalah seperti ini.


4. Akhirnya bahan di atas dicampur dengan air sejuk ataupon ais. Kalau nak minum suam pon boleh. Ikut citarasa sendiri. Cop..cop..sila buang biji nya dahulu k. Nanti pokok lemon tumbuh dalam perut. Tapi bagus jugak kan? Tak payah beli kat pasar. Petik je dari perut sendiri. Bijak-bijak (sambil berangan memetik buah lemon dari mulut). Eeeuuuiii...agak tak best. Eh. Maafkan saya. Saya terlupa diri sedang memberi resepi bukan merapu rapan. Sambung-sambung.
5. Masukkan 1 helai (??) lemon untuk hiasan.

Tada....air lemon sudah siap.


Sudah boleh diminum.

Oh ya, untuk kesihatan, air lemon perlu diminum dua kali sehari. Oleh itu, lagi separuh lemon tadi boleh di minum satu sesi akan datang.

Untuk wanita-wanita di luar sana dan khas untuk yang sedang menaip menyiapkan entry ini, air lemon memberi berita yang sangat baik.

1. Pertama ialah air lemon dapat mengurangkan berat dengan cepat. Sangat berita baik.

2. Juga terbaik untuk kesihatan kulit. Ia menghilangkan bintik-bintik hitam, garis-garis kedutan, dan membuat wajah anda berseri-seri.

Tapi ada syarat, iaitu kena minum hari-hari la. Tak kan la minum sekali dah nak tengok cermin. Pesanan yang tersangat khas untuk diri sendiri.

Air lemon untuk kesihatan

1. Mengawal tekanan darah tinggi. Mengurangkan tekanan mental (mental stress) dan kemurungan. Lepas ni kalau aku jadi gembira tak tentu pasal, sila salahkan lemon itu.

2. Membantu menyembuhkan penyakit asma.

3. Bertindak membuang toksin dan bakteria dari dalam badan. Kurus la i lepas ni.

4. Tersangat baik untuk perut anda. Mengelakkan sembelit.

Banyaknya khasiat buah lemon. Oleh itu, marilah cuba resepi air lemon asrama ni. Hehe.


Masa gambar di ambil : Di suatu petang semasa tinggal berdua dengan Siti
Lokasi penggambaran : Kabinet dapur mak aku.
Jurufoto : Hanisah Roslan


1 comments:

Anonymous said...

Cane kak eToN nk minum ni sbb tiap kali tercium bau lemon je musti ingat pencuci pinggan mangkuk axion...huhu

p/s:hiris la cik nisa, bukan helai!!!haha

Post a Comment