Ini Putih
(walaupon putih jantan, tulisan pink kerana kadang-kadang putih seperti betina)
Putih baru keluar 5 minit lepas, tetapi dah rasa nak panggil putih balik. Rindu kat putih yang gemuk itu.
Mengapa?
Sedangkan putih itu banyak ciri-ciri yang bikin panas hati antaranya....
1. Suka bajet otai serta merasakan semua kerusi dan sofa adalah milik beliau.
'Kawasan' baru yang dirasakan hak mutlak beliau seekor. Padahal itu kerusi ayah semasa melepak menonton televisyen. Ada satu hari, putih melepak dikerusi tersebut, ayah pon berkata, "This is my place". Lalu ayah pon duduk di bucu kerusi yang ditinggalkan sedikit oleh putih. Ayah pon berkongsi kerusi dengan putih, ayah 40%, putih 60%. Selang beberapa minit, ayah bangun ingin ke dapur. Putih dengan pantas dan laju nya memenuhi bucu tadi dengan badan beliau yang sangat besar itu. Sangat rasa diri itu best.
Episod kedua berkenaan kerusi itu. Ada satu hari lagi, aku melepak di kerusi itu sambil menonton televisyen juga. Ya, aktiviti ayah harus dicontohi walaupon ayah menonton berita dan aku menonton melodi. Menonton juga kan? Oh ya, berbalik kepada putih. Putih berlari-lari kencang dari luar dan tiba di kaki aku. Ingatkan tiba-tiba putih menjadi seekor yang manja tanpa sebab.(Putih HANYA akan menjadi manja apabila ada sebab tertentu. Di lain entri ya). Aku saja buat degil tak nak bangun. Dia melangut sambil buat muka minta simpati. Ya, aku mengalah. Seperti jangkaanku, ia melompat naik dan terus berbaring selang sedetik aku bangun. Gedik kan?
2. Muka putih itu kerek gila.
Telinga harus capang ketika kerek. Selalunya jika tidurnya diganggu oleh ahli rumah. Tetapi putih agak sabar. Ia hanya menggaru sofa ketika geram. Sangat penyabar ahli rumah ini walaupon sofa sudah berbulu-bulu sekasar bulu putih juga.
3. Putih itu malas.
Nak menahan kepala pon tak pakai tangan sendiri, pakai besi, kaki kerusi, kepala orang dan banyak lagi. Suka bermain bola yang digumpal dari kertas, apabila bola dibaling, akan berlari bersungguh-sungguh mengejar bola tersebut. Selepas itu baring sebelah bola. Penat ye teh. Tu la, gemuk sangat. Saya mahu putih yang kurus dulu, apabila bola dibaling, beliau akan megonggong bola itu kembali kepada si pembaling. Rindu btol.
4. Putih suka keluar rumah dan hanya kembali ketika lapar.
Tak pelik jika kucing jantan suka merayap. Tapi putih separuh jantan. Putih sudah di 'nyah' kan. Sian putih. Siapa suruh anda setiap kali pulang ke rumah, badan berdarah-darah bergaduh. Memang terus ke klinik dan tiada lagi kejantanan la jawapannya. Harapan kami selepas me'kasi'kan anda adalah anda hanya akan termenung seperti gambar di atas. Ternyata itu hanya angan-angan pelsu. Chaiss..
Berbalik kepada soalan mengapa putih selalu dirindui ketika beliau tiada di rumah walaupon banyak ciri-ciri tak best beliau seperti di atas.
Kerana putih itu sangat best di...
....genggam.
Sekuat-kuatnya aku mengenggam putih tetapi muka beliau maintain..kerek. Ngeh.ngeh.ngeh.
Sabar teh.
P/S: Setelah dibaca berulang kali, sungguh hampeh gaya penulisan untuk entri ini. Tak apala, putih bukan reti baca.
0 comments:
Post a Comment