Saya baru sampai di usm.
Saya tak larat nak kemas barang.
Saya nak tidur.
Saya tak suka tulis entri pendek kunun-kunun macam twitter. Tapi saya buat jugak.
Sebab saya mulai bosan.
Esok kena jalan kaki pergi skul.
Buat muka konon gembira sangat.
Balik bilik jalan kaki singgah halim beli makan malam.
Sampai bilik pukul 5.30 petang dan makan nasi seorang diri.
Maaf jika bunyi nya sangat pathetic.
Saya jiwa kacau.
Saya nak balik rumah.
Main dengan putih yang makin gemuk itu.
Dan makin menjadi ganas menggaru perabot emak saya.
Sehingga saya selalu memarahi nya sambil menjentik telinga beliau.
Putih itu kucing saya selepas Chombee menghilangkan diri.
Kadang-kadang selalu terpanggil Putih itu Chombee.
Semoga beliau tidak kecil hati.
Putih yang seakan perangai anjing. Baling bola kertas dan beliau akan menggonggong nya kepada si pembaling dan minta di baling lagi. Itu ciri-ciri anjing. Bukan kucing.
Nasib baik beliau kuat mengiau. Maka saya yakin beliau kucing.
Tidak perlu disamak.
4 comments:
Jiwa saya pun kacau.kalaulah ada nasi lemak kuniong sebagai ubat...hmmm
Hari tu dah la tutup.Leceh btoi.
Kuniong tu buat orang salah paham la kak eton. Dah macam bunyi ulat tau.
Nasi lemak kuning ya semua.
hahaha.silap taip la..
Post a Comment