Monday, May 30, 2011

Entri untuk Kak Eton (Kak Eton kena baca sampai habis sebab sangat panjang..Bersabarla~)

Hai Kak Eton!

Nisa ni.(buat-buat terperanjat tau)

Kak Eton nak pindah dah ek?

Lamanya nisa jadi rumet kak eton. Mmm..berapa bulan ye. 2 tahun 5 bulan kot.

Ingat tak kali pertama jumpa nisa? Nisa nyorok belakang vizy. Vizy yang tegur kak eton dulu. Nisa ni pelampau pemalu. Nisa nak cerita pasal kak eton kat sini. Siap bersedia ok?

Dup..dup..dup..

Kak Eton berdebar kan? Heh..heh..heh..(Gelak dengan gaya sedikit jahat)

Parti Islam Semalaysia (PAS) ??
Beberapa hari selepas nisa menjadi rumet kak eton, Nisa masih malu-malu kucing. Tersengih-sengih dan tersenyum-senyum sahaja yang mampu nisa lakukan. Sedih. Oleh itu, kak eton yang banyak bercerita dan nisa mendengar. Pada satu ketika dalam beberapa hari itu, kak eton ada memasang ceramah agama yang nisa tak ingat siapa penceramahnya. Ditambah pula dengan cerita-cerita kak eton banyak berkisar tentang politik di Malaysia ini. Tanggapan pertama nisa untuk kak eton ialah adakah kakak ni ahli PAS? Hmm...

Pecinta Bahasa Melayu
Pada hari ulang tahun kelahiran kak eton pada tahun 2009, kak eton belanja kak su, vizy dan nisa makan di Sg. Dua Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh. Masa perjalanan pulang, nisa pura-pura pejam mata kat belakang. Motifnya nisa sendiri pon tak tahu. Mungkin melayan perasaan kenyang makan percuma. Tiba-tiba nisa dengar kak eton bersembang dengan kak su berkenaan simpulan bahasa. Perbincangan yang unik untuk nisa yang tak berapa nak matang ni. Menurut kak eton dari pembacaan, semasa pakar-pakar bahasa melayu dahulu(kot) ingin menukar tulisan jawi kepada tulisan rumi, mereka ada terlepas pandang beberapa perkara sehingga menukar maksud sebenar. Contoh yang nisa ingat ada dua. Satu merah padam dan satu lagi melepaskan batuk di tangga.

Takrif 'merah padam' daripada kamus dewan edisi 4 ialah merah seperti bunga padma (bukan ketika marah)
Contoh 'merah padam'; "Wajah kak eton merah padam kerana berasa malu"
Ejaan 'merah padam' dalam jawi- مره فدم

Ejaan 'padam' dan 'padma' dalam tulisan jawi adalah sama iaitu فدم
Dari artikel yang kak eton baca, sampai sekarang kita menggunakan merah padam adalah ekoran dari kesilapan terjemahan padma kepada padam. Untuk pengetahuan, bunga padma adalah bunga refflesia.

Melepaskan batuk di tangga tu kena tanya kak eton sendiri sebab tak larat nak terangkan. Jujur sahaja Nisa, anda malas.Heh.

Berbalik kepada topik sebenar, nisa agak kagum dengan apa yang kak eton suka baca. Adalah sangat berbeza dengan nisa. Nisa suka baca gosip. Kan nisa dah cakap, nisa kurang matang.

Keesokan harinya nisa pergi ke skul dan bertemu kak murni dan fa. Mereka menanyakan hal tentang bagaimana personaliti kak eton. Nisa jawab, "mm..kak eton okey. Tapi kak eton suka bercakap tentang bahasa."

Adoi~

Terima kasih kak eton.

Semakin lama nisa kenal kak eton, baru nisa tahu kak eton bukan suka bercakap tentang bahasa tetapi kak eton memang kaya dengan fakta-fakta menarik.

Nisa tahu kak eton pon ada tanggapan pertama pada nisa. Terima kasih bertahan menjadi rumet nisa selama ini.

Terima kasih menjadikan nisa suka membaca. Wajib singgah di mana-mana kedai buku kalau pergi berjalan-jalan.

Terima kasih mengajar nisa tentang bagaimana hendak berkomunikasi dengan orang-orang tua, rakan yang lama tak berjumpa dan orang mengandung. Nisa srius tak tau. Pastu muka kelat je sebab tak tau nak tanya apa.

Terima kasih sentiasa menyokong nisa untuk kurus. Teman nisa pergi minum kat herbalife.

Terima kasih tolong nisa siapkan colloquium hari tu. Serta meneman nisa berjaga malam dan membelikan nisa makan tengah hari di kedai kelapa sawit. Sedap sangat.

Terima kasih makan nasi lemak kuning dengan nisa setiap hari Jumaat.

Terima kasih hantar nisa sampai pintu rumah setiap kali balik rumah walaupon kak eton kena patah balik rumah kak eton.

Terima kasih bersabar dengan nisa yang sangat kuat memBEBEL ini. Sangat tipu berbanding dengan mula-mula kenal kak eton yang kunun-kunun pemalu tu kan? Yang nyorok belakang vizy tu.

Terima kasih memperkenalkan banyak kedai makan yang sedap kat parit buntar. Makcik gagak, makcik nasi lemak taman sempadan, kedai bakso, gerai nasi lemak kuning kat nibong tebal, kedai makan bawal goreng kat juru dan banyak lagi. Dengan kak eton jugak nisa pertama kali memberanikan diri melangkah kaki masuk ke pintu kedai seoul garden dan manhattan fish market. Jauh sangat dari kebiasaan nisa iaitu pizza hut, mcd dan kfc. Sedih juga.

Terima kasih hantar nisa balik rumah untuk bertunang. Kalau tak ada kak eton, tak bertunang la nisa. Aiceh~

Kalau kak eton lihat nisa macam tak sedih, bukan bermaksud nisa gembira kak eton nak pindah. Cuma nisa terer berlakon. Tapi nisa memang betol-betol gembira kak eton dapat kerja kat Manjung. Dekat dengan rumah nisa. Boleh teman nisa pergi kedai pengantin kalau nisa balik bercuti. Kan kak eton kan?

Nisa doakan kak eton sukses di tempat baru (macam orang indonesia tak?). Nanti jangan lupa datang tidur bilik asrama baru yang macam hotel tu tau.

Bai kak eton~
Jangan lupa nisa k.

p/s: Sori ye kalau tak suka entri nisa. Kak eton pon pemalu macam nisa jugak.

4 comments:

Kak eton said...

Huhu...terharunya.Rasa nak nangis.Nasib la kat opis lagi, kena la tahan.Kalau tak sure orang pelik kenapa pegawai it berlinangan air mata.Nisa la antara insan yang paling kenal kak eton.Bila baca entry ni, kak eton pun rasa kak eton seorang yang pelik sekiranya kak eton baru berkenalan dengan diri kak eton. Nasib baik kak eton dah lama berkenalan dengan diri sendiri.tak la rasa pelik sangat.haha!!
Nisa, terima kasih sangat redha kak eton jadi rumet.Nisa je kut yg tahan dengan rumet yang emo & kelam-kabut mcm kak eton ni.Dah la tak reti nak mengemas barang tiap kali pindah.nak start dari mana pun tak tau.kalut betul la!haha..Nisa pulak kena jadi mangsa tolong kumpul dan angkat. Pindah nanti jgn lupa ajak kak eton angkat barang pulak ye.
Cadangnya nak buat sesi mengimbau untuk nisa pulak, tapi macam tak seswai kat bahagian komen ni.Nantilah, bila kak eton dah terer hacking-menghacking, kak eton hack blog nisa ni dan buat entry untuk nisa pulak kat blog ni jugak, ok? ok la nisa ek, ok? ok?

Kak Eton

Hanisah Roslan said...

uit. Mana boleh pegawai tadbir it buka blog di pejabat. Dengan niat nak menghack blog lagi tu. Nanti nisa report kat cik zabidi (bukan nama sebenar). Haha.

Zizie Saref said...

kak eton!jgn lupe zz tau!!

Anonymous said...

er..zz mana ye? ala...lupa pulak dah! aduh, cane ni!!

hihi..

Post a Comment