Monday, May 10, 2010

Gempa bumi.

/* entry ini telah diubah suai untuk mengelakkan pembaca mengambil dos panadol berlebihan akibat pening yang melampau */
(Comment out ala-ala C++ lagi. Sila jangan jeles)


Hari ini. 10 Mei 2010.
Semalam kepala aku pening. Semalam kepala warga blok satu pening. Semalam kepala warga kampus pening. Semalam kepala satu Penang pening.

Rupa-rupanya gempa bumi telah melanda Indonesia lagi. Utara Sumatera pada jam 1.59 petang berukuran 7.1 SR.

Ini merupakan pengalaman aku kali ketiga. Di bawah merupakan pengalaman-pengalaman aku mengikut aturan. Semua orang pening apabila membaca entry ini. Adakah aku sengaja mengheret semua orang supaya pening bersama-sama?


Pengalaman pertama. 26 Disember 2004.
Pengalaman pertama adalah seperti tiada pengalaman. Ini adalah kerana aku sedang tidur dengan nyenyak nya pada masa kejadian. Bangun daripada tidur terpinga-pinga apabila semua orang cakap ada gempa bumi. Adakah mereka mengigau? Takkan la Malaysia ada gempa bumi. Padahal diri sendiri tidur tak ingat dunia. SANGAT TIDAK INGAT DUNIA.

Sedangkan aku tak tahu yang pada ketika itu penduduk Banda Acheh sedang bertarung nyawa melawan ombak gergasi tsunami. Ibarat tiada lagi hari esok.
Tiba-tiba suasana menjadi pilu. Al-Fatihah untuk mangsa korban tsunami di Banda Acheh Disember 2004.


Pengalaman kedua. Selepas 26 Disember 2004.
Pengalaman gempa bumi kedua ialah pada beberapa minggu atau hari (aku pon tak ingat) selepas tsunami. Masa tu aku di rumah bersama keluarga. Serius pening gila. Aku ingat aku salah makan ke, tengok tv banyak sangat ke. Ayah aku siap ingat penyakit diabetes beliau tiba-tiba mengganas. Tidak ayah. Tidak. Kami semua pening. Perasaan nya seperti kita berada di dalam lif dan ia hendak berhenti. Syaratnya lif tersebut perlu laju. Dan berhenti mengejut. Pening pusing-pusing la kita ni. Hanya untuk lif yang tidak efisen. (Sila abaikan analogi lif aku.)


Pengalaman ketiga.10 Mei 2010. Bersambung dari perenggan pertama.
Dan semalam merupakan pengalaman yang ketiga. Kali ini agak ngeri. Terasa kepala aku bergerak ke kiri dan kanan. Lama.

Berterima kasih dengan pengalaman-pengalaman aku sebelum ini, aku sudah tahu mengawal perasaan cuak diri sendiri. Walaupon lepas tu mengeletar. Aku anggap je aku lapo. Terus makan roti Gardenia cicah Coffee Mix sambil menjeling dinding dan siling bilik. Takut-takut retak. Sempat lagi la nak lari.

Aku bermonolog dengan diri sendiri. "Aku nak bawak lari apa ye? Laptop ke. Sayang kalau tinggal ni. Handfon, purse, tudung, kunci kereta. Apa lagi eh?". Setelah habis dua keping roti, aku pon berhenti membebel dengan diri sendiri.

Dalam masa yang sama, orang lain dah kelam kabut keluar blok. Aku konon-konon nampak kool sebab makan roti. Padahal dalam hati cuak gila.

5 minit kemudian, aku sambung main game. Aku bukan kool. Aku gila.





p/s: Aku bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang hanya merasai sedikit kesan dari gempa bumi. Tak boleh bayangkan kesengsaraan rakyat Indonesia yang sentiasa berwaspada dan mesti lagi pening dari aku. Sekian.

p/s 2: Kawan-kawan ku, pening lagi tak? Siap letak tarikh lagi. huhu

Sunday, May 2, 2010

Air lemon asrama

Semalam mak aku beli dua biji buah lemon. Pelik sangat tengok buah lemon ni. Kulit dia keras. Warna dia kuning sangat cantik. Besar dari buah limau purut. Tak ada bau. Tiba-tiba jadi penganalisa buah. Sebenarnya ini pertama kali aku memegang buah lemon. Sedih sungguh bunyinya~

Pada mulanya aku tak ada la teruja sangat. Tetapi apabila mak aku cakap buah lemon boleh kasi kurus, tak pasal-pasal buah ini menjadi buah kegemaran aku. Nasib baik dia tak boleh kokak macam tu je. Tapi kalau sesiapa yang reseptor masam di lidahnya sudah hilang, aku memang menyokong beliau untuk terus mengokaknya.

Di kala aku kebosanan sesangat-sangat. (Padahal kerja berlambak-lambak). Tiba-tiba teringin nak cuba jus lemon. Aku upload gambar dulu kasi tengok kesedapan air lemon aku.





Terliur tak? ehem..ehem..

Ini merupakan resepi air lemon Nisa. (khas untuk pelajar yang duduk di asrama seperti aku)

Bahan-bahan :

Separuh buah lemon
Satu sudu besar gula
Sedikit air panas
Secawan air sejuk (ais pon boleh)



Cara-caranya :

1. Masukkan gula dan air panas ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula larut.
2. Potong satu helai (??) dari buah lemon untuk perhiasan.
3. Baki buah lemon diperah bagi mendapatkan jus nya. (Aku korek-korek pakai sudu je. Kat asrama mana nak cari blender.)

Hasilnya adalah seperti ini.


4. Akhirnya bahan di atas dicampur dengan air sejuk ataupon ais. Kalau nak minum suam pon boleh. Ikut citarasa sendiri. Cop..cop..sila buang biji nya dahulu k. Nanti pokok lemon tumbuh dalam perut. Tapi bagus jugak kan? Tak payah beli kat pasar. Petik je dari perut sendiri. Bijak-bijak (sambil berangan memetik buah lemon dari mulut). Eeeuuuiii...agak tak best. Eh. Maafkan saya. Saya terlupa diri sedang memberi resepi bukan merapu rapan. Sambung-sambung.
5. Masukkan 1 helai (??) lemon untuk hiasan.

Tada....air lemon sudah siap.


Sudah boleh diminum.

Oh ya, untuk kesihatan, air lemon perlu diminum dua kali sehari. Oleh itu, lagi separuh lemon tadi boleh di minum satu sesi akan datang.

Untuk wanita-wanita di luar sana dan khas untuk yang sedang menaip menyiapkan entry ini, air lemon memberi berita yang sangat baik.

1. Pertama ialah air lemon dapat mengurangkan berat dengan cepat. Sangat berita baik.

2. Juga terbaik untuk kesihatan kulit. Ia menghilangkan bintik-bintik hitam, garis-garis kedutan, dan membuat wajah anda berseri-seri.

Tapi ada syarat, iaitu kena minum hari-hari la. Tak kan la minum sekali dah nak tengok cermin. Pesanan yang tersangat khas untuk diri sendiri.

Air lemon untuk kesihatan

1. Mengawal tekanan darah tinggi. Mengurangkan tekanan mental (mental stress) dan kemurungan. Lepas ni kalau aku jadi gembira tak tentu pasal, sila salahkan lemon itu.

2. Membantu menyembuhkan penyakit asma.

3. Bertindak membuang toksin dan bakteria dari dalam badan. Kurus la i lepas ni.

4. Tersangat baik untuk perut anda. Mengelakkan sembelit.

Banyaknya khasiat buah lemon. Oleh itu, marilah cuba resepi air lemon asrama ni. Hehe.


Masa gambar di ambil : Di suatu petang semasa tinggal berdua dengan Siti
Lokasi penggambaran : Kabinet dapur mak aku.
Jurufoto : Hanisah Roslan


Saturday, May 1, 2010

Lawatan kebun kelapa sawit

Beberapa minggu yang lepas, aku berpeluang untuk bersiar-siar di dalam kebun kelapa sawit milik bapa kepada member seberang katil. Bersiar-siar sambil mengenalpasti struktur pokok tersebut. Buah dia warna ungu kehitaman kot. Selama ni tengok warna merah je. Ingatkan buah anggur yang besar. Nyam..nyam..


lorong-lorong kebun berpasir pantai


Aku di bangsal menunggu durian.(buruk gila posing)


Ini merupakan member seberang katil aku.

Secara rasminya saya memperkenalkan member seberang katil saya yang selama ini diselubungi misteri nusantara. Mintak mahap Kak Eton. Nisa tak sengaja terupload sekaligus terkomen sekali. Ops..Nisa terbagitau nama pulak tu. Teruknya saya. Dush..dush.. Nisa dah babap diri sendiri dengan lemah gemalai nya. Sebab Nisa kan lemah lembut sopan santun orangnya. Harap Kak Eton dapat maafkan Nisa dan membelanja Nisa kek batik. Tak mo kek Hup Seng cap Ping Pong.

Mesti korang memperbincangkan keterukan perangai aku. Sepatutnya aku la yang kena masak untuk Kak Eton kan tanda mintak maaf? Bukan aku tak nak tapi....

Kak Eton ialah iron chef Malaysia. Sedap gila beliau masak. (Tiba-tiba lapo).

Maka, janganlah sesiapa pelik dan bertanya soalan yang sensitif seperti "Besarnya ko sekarang Nisa. Dulu kurus je."

Eh.Eh. Terlari topik pulak. Patutlah dulu karangan bahasa melayu selalu dapat D. Tulis berjela-jela sambil tersenyum-senyum lagi. Gembira la kata kan apabila menulis karangan dengan ide mencurah-curah. Siap jeling belagak gila kat orang sebelah yang sedang termenung mencari ilham. Apabila cikgu dah tanda karangan, tiba-tiba aku dapat markah D serta komen cikgu " Karangan anda lari dari tajuk". Tak ke rasa nak pindah sekolah?

Aku lari topik lagi~

(sambungan cerita asal..)
Aku dapat buah tangan dari kebun Kak Eton iaitu buah kepala sawit. Ya, buah kelapa sawit.


buah kelapa bergolek-golek bersama setangkai payung. (Betul ke setangkai?)

Allah hu akbar..Allah hu akbar.. azan kedengaran menandakan masuk waktu solat maghrib. Masa untuk pulang. Sebenarnya dah kenyang makan kueh kole kacang dan rojak yang sedap sangat-sangat-sangat. Kalau tak habis lagi, tak ada makna nya aku nak balik. Rugi kalau tak habiskan. Aku memang kuat makan. Terima kasih abah Kak Eton dan jumpa lagi kebun Kak Eton. Daa~~