Monday, January 18, 2010

hari pertama

Salam..
hari ini 18hb januari 2010, 2.36am merupakan detik pertama aku ingin beblog. Terlalu banyak sebab mengapa ini semua terjadi. Antara yang dapat aku kongsi ialah:-

1. Aku tak boleh tido.
Tiba-tiba mata tak boleh nak lelap.Bukan kata tak boleh nak lelap, rasa mengantuk pon segan nak datang. Sambil tengah melayan Ketika Cinta Betasbih 2 dan memuat turun video-video youtube, terasa nak buat sesuatu yang lama aku teringin nak buat tapi segan.Segan sebab aku bukan la penulis yang bagus. Aku tulis lain, orang paham lain. Sedih btol..huu~~

2. Teringin
Seperti yang diketahui, aku teringin beno nak beblog. Ini pon antara sumber inspirasi aku untuk berkongsi pendapat yang tak seberapa, aktiviti yang aku buat atau yang akan dibuat atau teringin nak buat dan lain-lain lagi (tak ada idea).Ate semua benda teringin. Untuk menambahkan checklist untuk 2010 pon ada jugak.huhu.

3. Meramaikan
Makin ramai member-member aku beblog. Rasa macam best je. Tapi bagi aku nak beblog ni kena ada objektif. Sesetengah tu cerita tentang masakan, ada yang tentang aktiviti harian, ada jugak tempat luahan perasaan. Kesimpulannya aku sendiri pon tak tau lagi apa objektif blog aku ni. Konflik identiti btol. Doakan aku di jalan yang lurus lagi tidak berliku-liku ye.




Begitu la antara sebab-sebab kukuh. Sebab-sebab yang tak berapa nak kukuh biarlah tidak diketahui umum. Dikuatiri akan memberi impak yang negatif.Sekian..

2 comments:

eton lin said...

huhu..tahniah2! dah ada blog tuuu!tapi ada gossip2 dalam ohbulan kata anak pak mat nih dah pernah ada blog dah...zaman toqnadoq dulu. betoi ka??huhu

Hanisah Roslan said...

saudari eton lin berjaya menemukan saya.tahniah diucapkan kerana saya sindri google blog saya tapi tak jumpa.sedih.huhu.kak eton, jgn pecaya semua maklumat pelesu tu.

Post a Comment