Friday, January 29, 2010

Minggu ini

Minggu yang kelam kabut untuk aku sekeluarga.

Ayah yang lemah sepanjang minggu.

Mak dah seminggu tak pergi kerja.

Aku mengendalakan homework.

Rumah yang tunggang terbalik.

Dugaan, ujian yang perlu dilalui dengan positif.

Sentiasa bersangka baik itu wajib.

Kata-kata ayah yang aku berharap tak akan lupa. Sebab aku sudah mula nak lupa huu~~

"Jangan tertipu dengan kesenangan. Kesusahan itu perlu untuk kita menjadi lebih baik"
Ayat yang depan tu sumpah betol. Ayat yang nombor dua tu ingat-ingat lupa.

Aku selalu mengadu tentang perjalanan ijazah yang 'hegeh-hegeh' bak kata izhar anak buah member seberang katil aku. Sepanjang aku tadika sampailah ijazah sarjana muda, jarang untuk aku berasa susah. Sehinggalah aku menyambung pelajaran ke peringkat sekarang. Dengan keadaan kewangan yang kais mengais, progress sangat lambat (dicampur dengan sikap malas dan suka melengah), ayat-ayat semangat ayah adalah sangat perlu. Ayah ialah bulan aku. Yang menyinari di kala malam dan menemani di kala siang. Gila puitis aku. Sekarang ayah tidak sihat dan aku....



sangat Jiwa Kacau.

Saturday, January 23, 2010

Impian yang 99% mustahil untuk tercapai

Mengapa 99% ?

Jauh di sudut hati aku teringin SANGAT-SANGAT untuk merealisasikan impian aku tu. Oleh itu, 1% adalah untuk menyejukkan perasaan sendiri.


1. Berjaya mendapatkan lesen kenderaan berat
Amik lesen lori ataupon lesen kenderaan kelas E merupakan impian aku di tangga pertama. Tercetusnya impian ini semasa aku di tingkatan satu. Aku ingat lagi hari itu hari Selasa, hari ujian memandu di Ipoh. Ketika aku sekeluarga melintas di hadapan kawasan memandu, ada seorang gadis sunti sedang diuji oleh JPJ hendak memandu keluar dari kawasan tersebut. Ya..dia memandu lori!! Orangnya kecik molek dan bertudung. Kagum kan? Ke aku sorang je kagum terlebih? Aku berazam ingin mengikut jejak langkah gadis comel itu.

Semakin aku menginjak dewasa, aku tau aku kena melupakan lesen lori tersebut. Walaupon aku menepati syarat-syarat untuk mengambil lesen kelas E iaitu calon hendaklah berumur 21 tahun ke atas dan sudah memiliki lesen memandu kelas D selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Tetapi membazir itu kan amalan syaiton. Bukannya ayah aku ada ladang sayur ke. Bisnes angkut barang ke.dan sewaktu dengannya.


2. Masuk kelas drift kereta
Ni impian aku yang aku rasa paling mahal. Dengar-dengar nya yuran kelas dia pon Ringgit Malaysia 700 sebulan. Memang ganas pengaliran keluar duitnya. Elaun aku pon lebih berapa ratus je dari yuran dia. Aku saje suka-suka je nak belajar. Nampak macam best. Lagi pon aku rasa kelas drift ni penting pada masa-masa kecemasan. Contoh kalau tayar pecah ke, brek tak makan ke, para pemandu tau macam mana nak kawal keadaan. Mungkin boleh kurangkan kadar kemalangan di Malaysia. Aku bagi alasan ni kat ayah aku tapi tak jalan. Apa yang ayah aku dapat simpulkan ialah jangan bawak laju. Nasib baiklah aku anak penurut kata.hehe


Panjang dah aku membebel. Mungkin boleh bersambung di lain entry.

Thursday, January 21, 2010

Senangnya Memasak....Ikan

Wah. Aku beli buku masak-masak. Mungkinkah untuk mencapai misi boleh memasak 30 resepi tidak termasuk telur goreng, maggi dan sekumpulan dengannya?



Sesi fotografi yang kunun-kunun


Sejak kecil aku tidak mendedahkan diri dengan acara memasak. Cuma diberi kepercayaan (percaya sangatla kot) menyediakan bahan masakan. Itupon level yang paling tinggi ditugaskan ialah aktiviti kupas mengupas seperti bawang merah, bawang besar, bawang putih, ubi kentang, dan lobak merah. Banyak jugak skill aku. Sedih~~

Bukannya aku tidak dipaksa ke dapur, tapi mungkin aku lebih gemar memegang pen dan pensil dari senduk dan sudip. Aiceh..macamla aku rajin belajar sangat. Semua tu alasan belaka. Kadang-kadang nak masak kicap pon kena tepon adik aku kat melaka. Adik-adik pompuan aku memang hebat memasak. Dihantar training budak-budak nih. Terbaik dari dapur Rumah Kerajaan Sitiawan.

Azam baru ialah paling kurang pon tau masak 10 resepi. Boleh ke? Musykil.
Yeay..aku dah ada 2 azam. Bukan Nor Azam k.

Selalu cedok ilmu member seberang katil. Jeng..jeng..jeng..Siapakah beliau?

Tuesday, January 19, 2010

Si baju merah

Pada suatu ketika, sedang aku bersiar-siar bersama teman dari satu rak ke satu rak kat kedai buku Popular Megamal Penang, aku ternampak satu benda yang bersinar-sinar. Baju merah. Ada katun-katun. Sangatlah comel sehingga berbinar-binar anak mata aku. 10 kali jugak la aku lalu pergi balik depan 'dia'. 3 kali buat-buat tak nampak, pandang-pandang jeling-jeling je. 4 kali dok angkat letak angkat letak, macam-macam suara berbisik-bisik kat telinga ni.





Akhirnya tanpa menghiraukan ongkos yang hampir kering di tengah bulan, tadaaa....................













buku yang bernilai RM 54.50 bersamaan duit makan aku 2 minggu.huu~~








Mata octopus tu srius bersinar-sinar sambil duduk besimpuh ayu, senyum-senyum manja lagi. Hati mana yang tak cair. En. Husin Kamdi bekas pengetua aku yang sangat garang pon mesti luluh perasaan punya.






Secara kesimpulannya, tiba-tiba azam baru aku adalah untuk belajar mengait ataupon crochet dengan nama baratnya.


Hari ni perkataan berganda aku begitu aktif sekali, mungkin kerana terlampau mengikut perasaan.maaf!

Pengumuman - pengumuman..

Adapon blog aku ni adalah tersangat anak jagung dan baru menjangkau 1 hari melihat dunia. Ilmu blogging dan penulisan aku pon berada di tahap rendah gila.

Sedang aku google berkenaan dengan beblog, Blog Anak Mat Nor berada di tangga teratas. Setelah aku telek-telek ternyata blog beliau sangat menarik dan tertarik. Penegasan yang aku nak buat di sini ialah sumpah aku tak berniat nak menumpang populariti beliau dengan menghampirkan nama blog aku seperti blog beliau. Walaupon tiada siapa berkata-kata tentang hal ini, malah aku sendiri pon tak popular. Aku terjumpa blog beliau selepas aku mewujudkan blog aku. Bersungguh-sungguh btol aku memberi penerangan. Mengapa? Aku pon tak tau.


Sejarah Blog Anak Pak Mat.


Raya Haji 2009


Ayah aku Roslan B. Noordin. Nama di kampung Ahmad Khidir. Aku pon baru tau. Sekampung Gunung Panjang ataupon sepekan Gopeng memanggil ayah aku Amat. Maka aku dikenali sebagai "anak Pak Mat". Kalau ada atok-atok atau nenek-nenek kampong tanya aku, kamu anak sape?Kalo aku jawab anak Roslan kompen akan terdengar bunyi emmmm...percaya la dorang tak kenal pon sape tu En. Roslan. Kalo aku jawab anak Amat, baru la bunyi mesra sikit, ooo...anak amat. Apa-apa pon, aku bangga menjadi anak Pak Mat.



Sekian.

Monday, January 18, 2010

hari pertama

Salam..
hari ini 18hb januari 2010, 2.36am merupakan detik pertama aku ingin beblog. Terlalu banyak sebab mengapa ini semua terjadi. Antara yang dapat aku kongsi ialah:-

1. Aku tak boleh tido.
Tiba-tiba mata tak boleh nak lelap.Bukan kata tak boleh nak lelap, rasa mengantuk pon segan nak datang. Sambil tengah melayan Ketika Cinta Betasbih 2 dan memuat turun video-video youtube, terasa nak buat sesuatu yang lama aku teringin nak buat tapi segan.Segan sebab aku bukan la penulis yang bagus. Aku tulis lain, orang paham lain. Sedih btol..huu~~

2. Teringin
Seperti yang diketahui, aku teringin beno nak beblog. Ini pon antara sumber inspirasi aku untuk berkongsi pendapat yang tak seberapa, aktiviti yang aku buat atau yang akan dibuat atau teringin nak buat dan lain-lain lagi (tak ada idea).Ate semua benda teringin. Untuk menambahkan checklist untuk 2010 pon ada jugak.huhu.

3. Meramaikan
Makin ramai member-member aku beblog. Rasa macam best je. Tapi bagi aku nak beblog ni kena ada objektif. Sesetengah tu cerita tentang masakan, ada yang tentang aktiviti harian, ada jugak tempat luahan perasaan. Kesimpulannya aku sendiri pon tak tau lagi apa objektif blog aku ni. Konflik identiti btol. Doakan aku di jalan yang lurus lagi tidak berliku-liku ye.




Begitu la antara sebab-sebab kukuh. Sebab-sebab yang tak berapa nak kukuh biarlah tidak diketahui umum. Dikuatiri akan memberi impak yang negatif.Sekian..