Friday, June 14, 2013
Tabung haji
Tengok bangunan ni rasa macam ia sebuah tabung yang sangat besar. Bukan bangunan. Perasaan menabung tu macam membara-bara.
Dulu masa kanak-kanak ribena, ada 3,4 biji tabung ni kat rumah. Ada warna hitam, hijau dan merah. Sebijik sebentuk macam bangunan tabung haji ni. Aku rasa kalau kecik-kecik aku ternampak bangunan ni, harus jadi super super super ghairah. Opps, teruja. Dulu masa belajar ijazah, tak tahu lah apa yang aku teruja lebih sangat, aku masuk dewan kuliah dalam keadaan separuh berlari kat celah-celah kerusi yang sempit tu. Lepas aku duduk dengan menghenyak kerusi, ada seorang pelajar lelaki cina tengok aku dengan gaya tak puas hati gila. Mestilah dia tak puas, kerusi dia sebelah kerusi yang aku henyak tu. Kerusi dia mesti bergoyang sama. Kerusi kat dewan kuliah kan bercantum berbaris-baris. Kemungkinan besar dia bengang. Lepas dia tengok aku tergelak-gelak, terus dia tegur, "Kenapa ghairah sangat?"
Aku macam terpana pon ada. Ghairah? Bila plak lah aku buat aksi ghairah. Lepas 2,3 saat buat muka pelik, baru aku terfikir apa dia nak maksudkan. Excited. Encik, excited tu teruja ye. Kejadian ni masa first year, sampai final year kalau terserempak dia kat mana-mana, aku mesti cakap, "Ha..tu budak ghairah". Kalau aku tak perasan kehadiran budak tu, nanti member aku yang tegur, "Nisa, tu budak ghairah". Kesimpulannya nanti kalau terdengar sesiapa mengaku beliau ghairah dengan muka tak bersalah, mungkin maksudnya teruja. Tapi kalau dia mengaku ghairah dengan muka ghairah, haruslah jauhkan diri dengan secepat mungkin.
Oh, berbalik kepada bangunan tabung haji. Rindu betol aku nak menabung. Aku tak ingatlah banyak mana aku menabung dengan tabung tu, tapi bila aku tengok je tabung tu jiwa nak menabung tu membuak-buak. Dewasa ini (terasa sastera sungguh), banyak dah tabung aku beli tapi rasa dia tak sama dengan tabung haji ni. Kalau aku pergi rumah sebaya aku, mesti ada tabung ni. Budak-budak sekarang macam tak ada dah je tabung ni. Sian kome. Tabung aku pon dah tak ada. Kena buang kot. Dua kali sian kat aku. Pernah ada tapi tak menghargai.
p/s: aku tengok gambar ni banyak kali pon masih tak boleh anggap ni bangunan. Macam tengok replika tabung besar gila. BESAR GILA.
Saturday, June 1, 2013
Cakap siang pandang-pandang
Indahnya peribahasa. Tajuk pon orang dah tahu isi cerita. Maka terus kepada isi nya. Sungguh malas nampaknya nisa.
Hari itu aku ke universiti aku yang di utara tu, ada viva. Oh lupa. Aku dah lama tak henggat meninggalkan asrama. Alhamdulillah Allah izinkan aku dapat juga menghabiskan belajar yang sannggaattt lama itu. Seronok belajar lama-lama ye puan? Sengih dan angguk laju-laju.
Semenjak dua menjak ni kalau aku pergi ke U dari rumah untuk berbincang dengan penyelia. Aiceh..berbincanglah sangat. Mesti kena bawa pegawai pengiring. Untuk viva kali ni, aku bawa pegawai pengiring yang paling kecik. Sebab pegawai pengiring yang dewasa dh masuk belajar balik. Maka, bawa yang kecil saja.
Sebelum viva yang sebenar, aku ada viva olok-olok atau mock viva sebagai latihan sementelah aku ni orang melayu asli. Hanya terer berbahasa melayu. Viva haruslah bahasa inggeris sebab tesis pon dalam bahasa inggeris. Nasib baik tesis aku tak dalam bahasa cina ke, urdu ke. Kalau bahasa korea bolehlah sikit-sikit. Saranghae..
Nasib baik.
Maka, penyelia aku telah meng'sms' bertanyakan berkenaan mock viva ini tepat pukul 11pagi ketika aku baru keluar dari lebuh raya menuju ke U.
Sms beliau lebih kurang berbunyi begini, "Nisa, awak dah sedia untuk mock viva?"
Sambil aku membebel-bebel sebab aku lapar, aku pon balas, "Saya baru keluar lebuhraya Dr."
Sambil dalam hati berdoa agar Dr memahami maksud tersirat aku iaitu supaya mock viva diadakan sebelah petang sebab aku sangatlah lapar dan mau makan.
Dan..penyelia pon membalas, "Mock viva pada pukul 2 petang di lab dot dot. Ok?"
Doakan aku termakbul. Terima kasih Allah.
Eh..jap.
Aku baca balik sms beliau.
"...di lab dot dot. Ok?"
Apa?? Di lab? Serasa mahu pitam.
Mengapa Dr? Mengapa lab yang menjadi pilihan?
Aku bayangkan bilik mensyuarat ke, bilik mana-mana ke. Yang aku mahu BILIK. Definasi bilik; kecil dan private. Tapi Dr bagi lab atau makmal. Definasi makmal; besar dan kawasan umum. Maksudnya sesiapa sahaja boleh tonton mock viva itu. Arghh.Tidak!
Aku kembali membebel. Ya, saya kuat membebel. Antaranya bebelan adalah seperti berikut.
..Dr ni apa la..ramai orang la.
..Aish..saja je la.
..Dah la tak sedia lagi ni.
..Bla..bla..bla..
Sambil memecut sepantas 100km/j menuju ke tempat makan bersebelahan dengan universiti tercinta ku ini, aku masih lagi membebel. Dan tak balas lagi sms tersebut.
Bebelan aku masih tidak berakhir walaupon aku dah duduk di meja makan untuk menjamu perut bulat ini. Aku rasa adik aku merangkap pegawai pengiring mesti menanah telinga beliau dengar aku bebel. Tapi beliau dah biasa sebab dah bertahun-tahun beliau terpaksa berdepan dengan bebelan aku. Beliau redha.
Disebabkan lapar sangat aku pon balas sms penyelia dengan jawapan, "Ok Dr." Setelah berbakul-bakul beliau aku bebelkan.
Allah itu maha besar, nisa.
Ko bebel cikgu eh?
Inilah padahnya.
Ya.
Baju biru itu cikgu saya merangkap penyelia yang menghantar sms di awal cerita ini.
Dan saya berbaju kurung kelabu terketar-ketar ketakutan. Adik saya kata masa saya membebel, beliau sudah berada di belakang saya. (bila pulak lah belakang aku ada orang.adoii~~)
Kan dah tukar jadi saya.
Padan muka.
..Aish..saja je la.
..Dah la tak sedia lagi ni.
..Bla..bla..bla..
Bebelan aku masih tidak berakhir walaupon aku dah duduk di meja makan untuk menjamu perut bulat ini. Aku rasa adik aku merangkap pegawai pengiring mesti menanah telinga beliau dengar aku bebel. Tapi beliau dah biasa sebab dah bertahun-tahun beliau terpaksa berdepan dengan bebelan aku. Beliau redha.
Labels:
Pengalaman jarang berlaku