Kalau orang kata aku terdesak nak kurus, memang aku akui. Hari-hari aku mesti meluahkan tentang nak kurus pada kak eton (masa kak eton ada dulu la..aiyak, rindu nak bebel bebel, gosip gosip, sesi meluah perasaan dengan kak eton). Hampir dua tahun permasalahan ini diulang-ulang. Nasib baik kak eton baik orang nya. Kalau tak mungkin mulut aku dah kena jahit. Mulut je macam terdesak, padahal usaha sangat ciput dan separuh jalan sahaja. Sangat menyedihkan.
Usaha nak kurus aku punya lah kedekut. Tak nak beli produk kurus yang mahal-mahal ni. Asyik ulang je nak pergi London Weight Management. Tapi aku sangat kenal diri sendiri. Sedalam-dalam hati aku ini aku tahu aku tak akan pergi sana. Mahal gila. Sah-sah i kedekut dan tak berapa nak kaya.
Ada jugaklah aku beli produk-produk yang tak melebihi RM10 ni. Kedekut pahit. Pertama, teh JioGulan yang tersangat tak sedap untuk melancarkan sistem aliran darah dalam badan. Kedua, fiber kat Cosway untuk melancarkan sistem pencernaan. Tak jalan untuk aku yang tak berapa nak rajin ni. Tak sampai sebulan dah berhabuk. Kadang-kadang aku terlupa pernah membeli produk tersebut dan apabila ternampak ia terperosok dalam almari, hati aku mesti terdetik, "eh, benda apa ni?". Tak ke sedih?
Ciri-ciri teknik kurus idaman aku ada tiga. Satu, nak kurus tapi tak nak berpeluh. Kedua, tak nak tahan makan, nak makan banyak dan sedap sedap. Ketiga, tak nak makan ubat kurus.
Setahun selepas itu, baru aku tahu teknik kurus seperti ciri-ciri di atas adalah tidak wujud sama sekali. Aku kecewa.
Akhirnya aku memilih untuk mengawal kadar pemakanan aku dalam sehari. Aku akan pastikan aku makan nasi sehari sekali sahaja. Dan nasi mestilah sikit. Sangat sikit sampai kadang-kadang lepas makan pon lapar. Tapi sabarlah wahai perut. Sebab aku tak sanggup nak mengorbankan lenguh-lenguh badan akibat berjogging. Biarlah perut aku lapar.
Teknik kurus ini bermula secara serius pada bulan September 2010. Dari September 2010 sampai Mac 2011, turun 2 kilo je. Ulangan DUA SAHAJA. 7 bulan ikat perut tapi DUA SAHAJA yang turun. Memang rasa nak baling je penimbang tu walaupon bukan salah beliau. Nak baling diri sendiri tak larat. Baling atas katil terus tidur pulak nanti. Dilema dilema.
Pada akhir Mac 2011, aku tergerak hati hendak meminum madu campur air setiap pagi tanpa gagal. Rujuk sini. Berat aku yang degil gila semakin menurut kata.
Dengan masih mengekalkan teknik yang lama iaitu mengawal kadar ambilan makanan, masuk bulan Mei, sudah hilang satu kilo. Dan sekarang bulan Jun, hampir sekilo lagi bakal menghilang.
Tiga bulan untuk DUA KILO. Sangat berbaloi berbanding 7 bulan untuk DUA KILO.
Ini kesan madu terbesar pada diri aku selain ia juga melancarkan lagi sistem pencernaan. Punya lah panjang entri, satu kesan je aku bagi. Ces..ces..untuk diri sendiri.
Kesan-kesan lain aku tak kaji lagi. Nanti setelah dikaji, aku akan beritahu secepat mungkin.
Akhirnya berjaya menghabiskan sambungan kedua untuk topik ini setelah berlambak-lambak entri lain yang masih tidak tersambung-sambung.
P/S: Ayat agak tunggang tungging sebab baru bangun dari tidur yang tak berapa nak nyenyak.
Monday, June 13, 2011
Monday, June 6, 2011
Saya sangat tak setuju dengan pandangan Dr. Rohaya Mohamed, naib president Kelab Isteri Taat.
Saya sangat tidak berpuas hati dengan berita di dalam Berita Minggu ahad lepas bertarikh 5 Jun 2011 yang bertajuk 'Layan macam pelacur', Isteri 'dingin' di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar di mukasurat 6 betol-betol selepas berita politik. Penting sangat berita ini nampaknya.
Pertama, mengapa akhbar Berita Minggu hendak menrendahkan tahapmaruah kualiti mereka dengan mengeluarkan cerita persis akhbar Harian Metro? Seperti yang kita maklum Harian Metro memang sangat suka menyiarkan berita-berita tentang seks, seks, seks dan seks. Adakah Berita Mingguan hendak mencari publisiti murahan kerana di bawah ruangan berita ini ada tertulis
Kedua, siapa Dr. Rohaya Mohamed ini hendak merendahkan dengan sehina-hinanya martabat isteri yang mulia dengan martabat pelacur? Tak kisah lah pelacur kelas pertama ke, kedua ke, ketiga ke, terakhir ke. Pelacur tetap pelacur.
Adakah telah dibuktikan semua suami curang disebabkan kegagalan isteri melayan kehendak seks suami?
Tiada.
Suami curang adalah disebabkan suami itu bukan seorang pemimpin dan ketua keluarga yang baik. Kalau pon suami tidak berpuas hati dengan layanan isteri, suami tersebut perlulah berbincang dan bermesyuarat dengan isterinya secara baik dan berhemah. Bukannya dengan marah-marah dan mencari kepuasan di luar. Dia memang bukan suami yang baik. Semestinya bukan.
Satu lagi yang membuat saya sakit jantung, paru-paru, usus dan segala organ dalaman apabila Dr. Rohaya Mohamed ini mengatakan lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
Berdasarkan penyataan anda ini Dr. Rohaya Mohamed, mengapa pelacur masih juga banyak melacur di dunia ini? Mengapa lelaki-lelaki yang dikatakan suka sangat layanan pelacur tidak mengambil pelacur tersebut sebagai isteri? Sepatutnya semua pelacur sudah menjadi isteri orang yang melanggannya.
Hanya lelaki yang tidak baik menyukai pelacur kerana lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik dan wanita yang tidak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik.
Adakah kita hendak menyerahkan masa depan kita wanita untuk lelaki yang tidak baik? Jawapan saya, tidak.
P/S: Editor akhbar,majalah perlulah lebih bertanggungjawab dalam menyediakan bahan bacaan untuk masyarakat.
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.Kalau ikutkan hati yang membara-bara ni, memang ayat yang tak sedap keluar dari mulut saya. Tetapi kata-kata yang tak sedap itu hanya menjadi saya bertambah marah dan isi utama yang saya hendak perkatakan tidak dapat disampaikan dengan jayanya.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.
“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.
Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.
Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
Pertama, mengapa akhbar Berita Minggu hendak menrendahkan tahap
Berikan pandangan anda di BERITA MUTAKHIR(www.bharian.com.my), SERTAI KOMUNITI BH(facebook.com/bhinline), IKUTI KAMI DI(twitter.com/bharianmy)Saya selak helaian demi helaian dan tiada berita lain yang Berita Minggu hendak mendengar pandangan pembacanya selain berita ini. Padahal ada satu berita yang sangat bagus dan lebih memerlukan perhatian umum iaitu Waspada makanan halal bercampur produk babi, Pembekal tamak abai hak pengguna Islam, langgar peraturan di mukasurat 10. Selang 4 muka dari berita yang saya sangat tidak puas hati itu. Patutlah saya dah lama sangat tak baca akhbar Berita Minggu atau Berita Harian atau Harian Metro.
Kedua, siapa Dr. Rohaya Mohamed ini hendak merendahkan dengan sehina-hinanya martabat isteri yang mulia dengan martabat pelacur? Tak kisah lah pelacur kelas pertama ke, kedua ke, ketiga ke, terakhir ke. Pelacur tetap pelacur.
Adakah telah dibuktikan semua suami curang disebabkan kegagalan isteri melayan kehendak seks suami?
Tiada.
Suami curang adalah disebabkan suami itu bukan seorang pemimpin dan ketua keluarga yang baik. Kalau pon suami tidak berpuas hati dengan layanan isteri, suami tersebut perlulah berbincang dan bermesyuarat dengan isterinya secara baik dan berhemah. Bukannya dengan marah-marah dan mencari kepuasan di luar. Dia memang bukan suami yang baik. Semestinya bukan.
Satu lagi yang membuat saya sakit jantung, paru-paru, usus dan segala organ dalaman apabila Dr. Rohaya Mohamed ini mengatakan lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
Berdasarkan penyataan anda ini Dr. Rohaya Mohamed, mengapa pelacur masih juga banyak melacur di dunia ini? Mengapa lelaki-lelaki yang dikatakan suka sangat layanan pelacur tidak mengambil pelacur tersebut sebagai isteri? Sepatutnya semua pelacur sudah menjadi isteri orang yang melanggannya.
Hanya lelaki yang tidak baik menyukai pelacur kerana lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik dan wanita yang tidak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik.
Adakah kita hendak menyerahkan masa depan kita wanita untuk lelaki yang tidak baik? Jawapan saya, tidak.
P/S: Editor akhbar,majalah perlulah lebih bertanggungjawab dalam menyediakan bahan bacaan untuk masyarakat.
Labels:
Pandangan saya